Khamis, 14 Januari 2010

SERONOKNYA KAWEN


Saya berkahwin akhirnya, dengan muslimah yang paling sesuai dengan saya pastinya. Perkara yang paling menyeronokkan dalam berkahwin ialah dapat berbincang perkara yang bersifat ilmiah dengan isteri.

Saya beruntung dapat menjadi menantu sebuah keluarga yang bahagia bagi saya. Ayah mentua baik orangnya, serta mempunyai peribadi dan karismatik tersendiri. Beliau memiliki semangat kepimpinan yang luar biasa.

Saya masih ingat pesan ma, sebelum kami berkahwin, “Ngah akan kawen dengan orang yang ngah sendiri pilih. Jadi ngah kena harungi kehidupan dengan dia dan jangan menyesal.”




Alhamdulillah saya tidak menyesal kerana perkahwinan saya ini mendekatkan diri saya kepada Allah. Saya terasa nikmat berhubung dengan Allah sekarang.

Saya ada beberapa target yang mesti saya capai. Antaranya, isteri saya mesti menghabiskan bacaan 30 juzu’ dengan saya. Saya berkira-kira, dalam tempoh dua tahun Insya-Allah akan tamatlah 30 juzu’ itu.

Saya kini berteman ke kuliah-kuliah Maghrib. Sengaja saya membawa isteri bersama agar ia turut mendengar pengisian yang disampaikan saya. Lalu pengisian itu sebenarnya bertujuan untuk mendidik hati saya, isteri dan masyarakat masjid.

Jika isteri saya wajib mentaati saya, maka saya wajib berbuat baik kepadanya. Jika isteri wajib berwangi-wangian untuk suami, suami juga wajib berwangi-wangian untuk isteri. Jika isteri tidak boleh meninggikan suara (berkeras) dengan suami, maka suami juga begitu lakunya.

Saya memilih isteri saya sekarang bukan kerana ia muslimah yang terbaik. Dan ia memilih saya bukan kerana saya muslim terbaik. Masing-masing mengakui kelemahan. Cuma kami memilih pasangan hidup yang paling sesuai dengan keadaan diri kami.

Yang paling seronok ialah, saya dapat menjadikan perkahwinan sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Alangkah ruginya perkahwinan kami sekiranya kami sibuk bersama untuk bermesra tetapi perkahwinan kami akan bermakna jika kami bersama untuk mengingati Allah.

23 Cadangan/Pandangan:

Zahiruddin Zabidi on 14 Januari 2010 pada 2:52 PG berkata...

Allahuakbarrrrrrr.............

Syahadah Hafeezah on 14 Januari 2010 pada 3:08 PG berkata...

lamanya cuti...baru la sempat update blog lepas kawin yer...
kirim salam kak 'penyiasat muda'.
semoga terus sukses, khususnya untuk Pemuda PUM! :P
Doakan ana juga, dikasihani Allah dengan memberi hadiah dari Syurga :)

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum.

Ustaz masukkanlah gambar walimah ustaz denagn zaujah ustaz, kak raihana... =)

+AnamuSafir+ on 14 Januari 2010 pada 8:40 PG berkata...

salam.mabruk alaika ya ust...
:-)

Hamba Allah on 14 Januari 2010 pada 4:04 PTG berkata...

BARU TAHU....HE..HE

Aesyahumaira on 14 Januari 2010 pada 8:31 PTG berkata...

salam... mabruk alaik.. smoga bahagia dan tetap istiqomah dlm perjuangan.
attch la gambaq kawin ustaz. mesti ramai yg nk tertanya2 siapakah zaujah ustaz.

L Bro M on 15 Januari 2010 pada 7:44 PG berkata...

ish best..nak gak
nak kawen.. nak kawen =)

Tanpa Nama berkata...

kat blog k.munawirah ade gmbrnya.

Tanpa Nama berkata...

ape link blog k.munawirah???

Tanpa Nama berkata...

salam..alhamdulillah..rasanya, kita bersaudara..suami ana sepupu kepada raihana..

Tanpa Nama berkata...

salam..alhamdulillah..rasanya, kita bersaudara..suami ana sepupu kepada raihana..

Tanpa Nama berkata...

salam..alhamdulillah..rasanya, kita bersaudara..suami ana sepupu kepada raihana..

Tanpa Nama berkata...

salam..alhamdulillah..rasanya, kita bersaudara..suami ana sepupu kepada raihana..

Hasmora on 21 Januari 2010 pada 12:03 PG berkata...

sahabat.. tahniah.. selamat bercinta sampai syurga

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor on 30 Januari 2010 pada 10:24 PTG berkata...

x yah letak gambar pun x pe....mgkn sbb ustaz nak wajahnya untuk ustaz sorang...bukan utk tunjuk2...takut org fikir bukan2...just presuming...

ana uhibbukuma fillah wa lillah...

ros on 31 Januari 2010 pada 5:18 PTG berkata...

salam,ust..baarakalallahu fik..ana mintak maaf x dpt gi walimahnya.ana titipkan hadiah buat pengganti diri.moga bermanfaat

ainhany on 7 Februari 2010 pada 11:21 PTG berkata...

alhamdulillah

semuga mjdi psangan yg saling mlengkpi dan direstui dunia akhirat...

MSI on 8 Februari 2010 pada 5:15 PTG berkata...

Salam wbt

Tahniah Boss, semoga ke syurga bersama... :)

GAJAH berkata...

upload la.
ustaz kan popular.
sekurang-kurangnya letak 1 atau 2 gamba peristiwa bersejarah ustaz tu.

syukran.

Tanpa Nama berkata...

tahniah2...maburuq2...jg diri molek..jadi sharp shuter

muaz-xuitm

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...tahniah ustaz atas perkongsian yang memberi impian dan peringatan jua pada ana yang baru terbaca post ust ni...alhamdulillah ana doakan ust dan zaujah ust berbahagia dunia akhirat.doakan ana jua agar dapat manfaat seperti itu. syukran jazilan.

Tanpa Nama berkata...

nice share i like your post

situs live dingdong

Genanime on 3 Mei 2022 pada 4:34 PTG berkata...

Mantap postingan nya bang

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE