Khamis, 19 Jun 2008


Saya dijemput menyampaikan kuliah pada waktu subuh dalam satu program nuqaba'. Saya sangat terkejut mendapati jumlah kehadiran sangat sedikit berbanding jumlah peserta sebenar. Bahkan, sangat sedikit.

Saya menyebut beberapa kelemahan dalam usrah yang mesti diambil perhatian. Di sini saya kemukakan secara point sahaja sebagai renuangan dan perbincangan bersama.

1- Nuqaba' hanya memilih orang yang baik sahaja untuk dikaderkan.
2- Nuqaba' tidak mencari ahli usrah sebaliknya menantikan ahli usrah datang bertemu dengan mereka. Lalu mereka berdalih: Saya sudah mesej adik-adik supaya datang tetapi mereka tidak datang.
3- Nuqaba' hanya berbaik dengan ahli usrah dalam perbincangan sahaja. Apabila di luar perbincangan. mesej pun tidak, tegur pun tidak, malah melemparkan senyuman semasa berselisih pun tidak. Nuqaba' sebegini dinamakan "Nuqaba' Bulat-bulat".
4- Nuqaba' hanya memegang adik-adik dalam masa satu sem sahaja. Setelah adik-adik itu tidak berjaya dikaderkan, mereka terus meninggalkan adik-adik itu terkapai-kapai dahagakan pengisian.
5- Nuqaba' hanya menumpukan silibus buku sebagai bahan perbincangan tanpa meluaskan lagi skop perbincangan mereka kepada isu-isu semasa. Nuqaba' sebegini dinamakan "Nuqaba' Silibus".
6- Nuqaba' hanya memberikan arahan kepada ketua usrah untuk mengumpulkan ahli usrah sedangkan mereka hanya bergoyang kaki. Nuqaba' ini dinamakan "Nuqaba' Pemalas".
7- Nuqaba' yang asyik berasa rendah diri kerana kekontangan ilmu sedangkan mereka tidak sedar bahawa usrah umum adalah lebih kepada pembinaan ukhuwah manakala ilmu boleh didapati sekiranya nuqaba' membawa ahlinya mendengar kuliah-kuliah dsbg.
8- Nuqaba' yang sibuk memaksa ahli usrah untuk ke program Pmi tetapi mereka sendiri tidak pernah ke tempat progra yang dianjurkan oleh adik-adik usrah mereka sama ada dalam kolej, fakulti dan anak negeri.

Saya pun sama, namun saya bertekad ntuk membaiki kelemahan saya. Saya sendiri berazam untuk melahirkan 1000 orang kader di bawah tangan saya seorang sahaja.

Fikir-fikirkan, renung-renungkan, moga Allah membantu kita

2 Cadangan/Pandangan:

AsMa on 25 Jun 2008 pada 6:36 PTG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
AsMa on 26 Jun 2008 pada 10:43 PG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE