Saya membaca satu tulisan yang sangat baik oleh seorang ulama, berkaitan bertasbih menggunakan tangan kanan. Kapankah kita menggunakan tangan kiri? Satu persoalan yang sangat menarik untuk dikupas.
Saya bukannya ulama untuk membincangkan soal ini, Cuma saya sekadar membawa pandangan ulama tersebut. Dalam hal ini, saya juga tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang dalil berdasarkan al-Quran dan hadis.
Ulama tersebut mengambil kesimpulan daripada beberapa hadis dan pandangan ulama, ia berpandangan semestinya tasbih itu menggunakan tangan kanan dan tidak elok digunakan tangan kiri. Ini kerana tangan kiri biasanya digunakan untuk memegang atau menyentuh sesuatu yang kotor seperti membasuh najis sedangkan tangan kanan digunakan untuk perkara yang baik.
Mungkin orang akan mempertikaikan. Bukankah dalam solat, sama ada ketika ruku’ dan sujud kita juga menggunakan tangan kiri?
Maka kita menjawab di sini, selagi mana sesuatu pekerjaan itu boleh dilakukan tanpa menggunakan tangan kiri seperti tasbih, maka janganlah digunakan tangan kiri. Solat pula membutuhkan tangan kanan dan kiri.
Ada persoalan daripada BUDAK U yang ingin mengenali siapa ana dan bagaimana watak ana. Telah ana terangkan ana hanyalah orang biasa yang menggunakan blog untuk tatapan umum, bukan tatapan agamawan atau intelektual. Ana tidak berhajat untuk memuatkan soal politik dan ilmiah yang berat kerana kelak yang membaca dan menatap hanya sedikit.
Bukankah dakwah ada mau’izah hasanah? Bercerita tentang yang baik, lawak yang terpandu, hikmah Ilahiyah, supaya dengan itu kita dapat menyentuh hati yang mahu berfikir. REDHASHA bertanyakan bagaimana harus kita menegur ibu ayah kita. Maka boleh ana katakan sebegini, merendah diri, menghormati, mengasihi, mendoakan, malah cara memberikan taulan itu banyak. Gunakan kelebihan alam siber dan digital, CD-CD, video-video, malah banyak lagi.
Orang Muslim Afrika di Amerika menggunakan tarian hip-hop untuk menyebarkan dakwah. Kumpulan rock mendendangkan lagu rock untuk memahamkan pendengar tentang Islam seperti kumpulan SOLDIER OF ALLAH. Maka apakah apabila Rabi’ah menggunakan muzik untuk berdakwah lalu kita katakan Rabi’ah seorang yang tidak thiqah?
SINICHI cukup bagus memberikan komentar dan saya ucapkan terima kasih. Saya terbuka insya-Allah dan saya berharap SINICHI dapat buat sesuatu yang lebih baik untuk ISLAM berbanding saya. Apapun, perjuangan ini adalah perlaksanaan kata-kata sebagaimana ungkapan Cikgu Badrul Hisyam.
Saya berasa sedikit pelik. Apabila saya menulis artikel ilmiah, tidak ramai yang menyahut dan memberikan pandangan. Tetapi apabila saya menulis tentang cinta, cerita-cerita ‘selamba’, bermain bola, ramai pula yang menyahut malah tidak kurang yang berasa pelik apatah lagi saya presiden gamis.
Bermakna ia satu kepuasan buat saya. Orang seperti SINICHI turut memberikan luahan dan saya pun tidak pasti adakah SINICHI sudah menatap karya-karya ilmiah seperti Rosenthal, Hamka dan Al-Attas, atau membaca pemikiran dan ideology berpengaruh seperti Komunisme yang terkandung dalam Das Capital atau Darwin dalam The Speacies By Origin.
Ternyata melalui penulisan saya, saya membawa satu identity, dan saya mempunyai mesej untuk Islam, bukan untuk dipuja dan dipuji. Saya tekankan, dalam blog ni, saya adalah DZUL KHAIRI bukannya sebagai PRESIDEN GAMIS. Sebagai DZUL KHAIRI, saya tidak hanya punya kawan yang gila beribadat sehingga tertidur dalam tahajjud ataupun gila membaca sehingga berserabut minda, tetapi saya punya sahabat yang merangkumi REDHASHA, AFZANURRAHMAN, BAD, FAKHRURRAZI, BUDAK MARANG, OTAI, DAN RAMAI LAGI.
Masing-masing punya watak tersendiri. Mungkin ada yang meminati persoalan khayalan Yunani di Kota Athens seperti Xenophos, Archimedes, dan juga Zeus. Mungkin ada meminati perjuangan yang mana wira-wiranya adalah seperti Mehdi Akef, Bonaparte, Hertzl, Lee Kuan Yew, dan juga Henry Ford.
Ada macam-macam watak. 8 Mac hanya menyaksikan sedikit sahaja perubahan berlaku, namun dakwah tetap mesti diteruskan. Maafkan saya atas silap bicara, moga-moga Allah senang kita sebagai hambaNya…
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
4 Cadangan/Pandangan:
Salam 'alaik buat shbt2 seperjuangan.. Pertama sekali, ingin sekali ana menyatakan bahawa ana bukanlah org yg layak untuk memberi komen di sini. Memang tak dinafikan komen yang membina itu bagus. Tetapi ingatlah sahabat2. Apa tujuan kita hidup di muka bumi ini. Tak dinafikan kebanyakan meletakkan cita-cita untuk menjadi seorang Daie. Tetapi janganlah kita lupa bahawa Allah itu Maha Berkuasa. Maka, Dia telah menjadikan hamba-hamba-Nya di dalam keadaan yang pelbagai. Jadi, Daie yg lahir juga tidak sama. Maksud ana di sini dari segi method penyampaiannya. Ada yang tegas, ada yg lembut, ada yg serius dn ada juga yg mampu menghiburkan. Begitu jugalah dengan penulisan. Lain org, lain penulisannya. Yang penting kita amik pengajaran yang baik untuk kita perbaiki diri ini agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Maaf andai ana menyinggung mana-mana hati sahabat. Ana menyatakan hal ini bukanlah hendak menasihati sahabat2 tetapi untuk mengingatkan diri ini yg sering terlupa juga.. Akhir kata, terimalah sahabat kita seadanya kerana, jika kita tidak mampu menerima kekurangan menunjukkan kita memandang rendah pada ciptaan Allah.. Nauzubillah.. Ana juga memohon ampun dan maaf andai ana terkasar bahasa.. Siiru 'ala barakatillah (^_-)v
salam ukhuwwah buat semua,
ALlahuakhbar, adikku yang disayangi seorang lagi,afzan, pun dah jawab.Tadi konsesi dakwah, sehati sejiwa kita =).Tak mengapa, saya ingin perjelaskan dengan lebih lanjut mengenai penulisan saudara dzul ni.
Pertama sekali, buat sinichi, budak u dan seangkatan dengannya, saya bukanlah peminat setia mahupun penyokong fanatik dzul khairi.mahupun sahabt baik atau sahabat beliau.kalau pernah terjumpa pun atas urusan kerja antara pimpinan dan ahli biasa GAMIS. jadi, komen saya ini boleh dikategorikan sebagai tidak berpihak pada mana-mana pihak.saya hanya seorang musafir yang singgah sebentar dan menyaksikan apa yang berlaku.
Sebenarnya jika diamati, dzul ada kepelbagaian kaedah cara berdakwah yang beliau terjemahkan dalam blog ini.Saudara cubalah semak artikel2 sperti pemuda dan kepemudaan, orang muda dan politik, dan pendidikan serta kontradiksi kecenderungan. (sekadar ambil beberapa cth) di situ, kita akan dapat lihat, dzul sebagai seorang budak yang berfikiran agak bersemangat,kritikal dan politik skit.Mempunyai jiwa kemahasiswaan. (Betul kata beliau, artikel ni takde pula yang nak komen panjang2.saya pun hairan)
Cuma artikel2 kebelakangan ini agak ringan dan santai. Ini kerana, artikel yang serius, dan berat agak sukar dirasai dekat di hati mad'u atau sasaran dakwah tertentu.pembaca blog ini terdiri dari pelbagai jenis pembaca. dan yang saya faham (pandangan peribadi) dzul cuba mendekati golongan yang baru berjinak dengan Islam dan dunia dakwah juga secara tak langsung.
Walaubagaimanapun, jika dianalisa setiap penulisan beliau di artikel santai, bukan kosong.ia juga berupa peringatan dan boleh diambil manfaat oleh orang yang sudah lama bergiat dengan kancah perjuangn seperti saudara =).
Cth, artikel pasal kahwin. (tgh2 orang sibuk PRU , dia sibuk cerita pasal kahwin, kenapa?ha, ni jawabnya) point sebenar artikel tersebut, bukanlah nak cerita pasal dia punya banyak pilihan sebenarnya dan tak sabar nak kahwin.Sengaja dimainkan mood dia melayan perasaan agar tak nampak berat. Mesej sebenar yang nak disampaikan adalah kepada pejuang2 yang tengah menggila berjuang. walau sehebat mana berjuang, jgn lupa menanam tanaman di dunia, means perbanyakkan zuriat.Mutakhir ini, ramai pejuang muda memandang enteng bab kahwin. Sedangkan, apa yg saya faham, kerisauan yang membengkak di hati dzul adalah, ramai muslimat yang terlibat dalam perjuangan belum lagi dipinang lelaki soleh.Fenomena ini agak menakutkan kerana jika musliamt yang asalnya begitu tinggi semangat jihad utk perjuangan jatuh pada lelaki yang tidak dapat membimbing, alangkah malangnya..Di artikel ini juga beliau tekankan tentang betapa pentingnya hafazan al-Quran dalam membentuk baitul muslim. Indahnya rumahtangga jika semua menghafaz al-Quran. Melalui artikel ini, dzul menyeru pada semua secara tidak langsung , marilah menghafaz al-Quran.Perjuangan lebih indah jika kita mendekati kitabuLlah.dan septutnya, orang yg terlibat dengan perjuangan, nak tak nak, harus mewajibkan diri, hafazlah al-Quran.Katalah, ramai hafiz meninggal dunia termasuk si dzul, takke naya. buatnye para orientalis mula buat onar, diubahnya ayat2 al-Quran, kita pun tak sedar. jadi, kena juga hadamkan al-Quran dalam diri!
Artikel tentang redhasha. Artikel ini bukan sahaja untuk membalas jawapan redhasha, akan tetapi, juga bermanfaat pada semua. Soalan yang ditya oleh sahabat saya fillah redhasha (tak nak lawat blog ana lagike?bagilah komen ye..tya soalan ke hehe gurau je, sori soalan hari tu tak dapat nak ulas sebab ustaz hazrizal di www.saifulislam.com dah jawab.jawapan ana sama le dengan dia =)) adalah cukup bagus kerana ramai di kalngan kita mempunyai masalah yang sama tapi segan nak tya.betul??
Dzul menghuraikan persoalan itu dengan bijak sekali di mana dia menekankan uslub atau kaedah berdakwah yang pelbagai. perhatikan.Dia tidak memberi jawapan yang rigid. Sebenarnya dalam artikel tersebut sgt berguna buat kita para perjuang untuk memperbaharui teknik kita dalam menawan masyarakat..Penting juga untk PRU dan memperbaiki situasi masyarakat.
Sebenarnya banyak lagi, tapi terlalu panjang pula harus ditulis. jARI DAH LETIH.Apapun, tahniah kepada sinichi dan budak u dan rakan-rakan kerana berani mengorbankan diri bertanya soalan killer pada dzul.Benar, tidak dinafikan dzul juga perlu di " ketuk" kadang-kadang. tapi saya tidak nampak apa yang perlu diketuk dalam blog ni. Kalau gerak kerja , ye, mungkin =)
Kepada penyokong dan peminat fanatik dzul berlapang dadalah. hikmah menegur bukan terletak pada kelembutan semata. Hikmah itu luas. teguran secara kasar juga merupakan hikmah jika kena pada tempatnya..=) seek first to be understand then be understood.
nanti ana hurai pasal hikmAh ni.
penutup ngomelan, jemputlah lawat blog saya, seorang aktivis GAMIS.ha, ni boleh juga baca cara berfikir orang bawahan pula. kita boleh bertukar fikiran.sedia ditegur mohon diajar.
p/s: maaf jika ayat berbelit-belit
salam perjuangan menuju mardhatillah,
puteri_rijalullah
http://mawarmunawwarah.blogspot.com
Salam perjuangan buat ust.dzul..rasanya takde ape yg perlu dijelaskan lagi sgalanya telah tersurat dlm komen saudari afzan n puteri rijalullah..Kpd ust dzul,sy harap kritikan yg di beri akn menambahkan lg semangt perjuangan saudara..ingatlh di atas muka bumi ini terdpat banyak jenis manusia..ada yg tak dpt melihat kejayaan org lain,dan ada juga yg sukar menerima perubahan..sy yakin dan percaya berdasarkan penulisan ust melambangkan kekentalan semangat ust dlm berjuang..keberanian dan kelantangan suara ust dlm mencengah kemungkaran jg pernah menitiskan air mata ini..Perlu di ingat bahawa pujian yg di beri bkn minta di balas,tapi sbg peniup smngt kpd anak muda yg bernama DZUL KHAIRI ini agar agar lebih kental dlm berjuang..kpd yg mengkritik jg di harap agar banyak2 muhasabah diri adakah anda di landasan yg benar skrg..Sekiranya kritikan yg di beri ikhlas dari hati demi melihat kejayaan President GAMIS ini alhamdulillah..sekiranya sebaliknya kembalilah kpd Yg Maha Pencipta utk menilai
''Apapun, perjuangan ini adalah perlaksanaan kata-kata sebagaimana ungkapan Cikgu Badrul Hisyam.''-vs khairy jamaluddin di rembau
http://chegubard.blogspot.com/
itu kata-kata puisi WS Rendra sebenarnya .....
Kesadaran adalah matahari
adalah matahari
Kesabaran adalah bumi
adalah bumi
Keberanian menjadi cakrawala
menjadi cakrawala
Dan perjuangan
adalah pelaksanaan kata-kata
pelaksanaan kata-kata
(Kalimat di atas merupakan sepenggal puisi WS Rendra berjudul "Paman Doblang")
Catat Ulasan