Manusia itu antaranya cirinya adalah bersikap suka mencabar dan pantang dicabar. Apabila kita dilahirkan ke alam dunia yang sarat dengan cabaran ini, sebenarnya kita telah berjaya dalam satu alam perlumbaan. Ya, kita cuba bayangkan. Dalam 250 juta sperma yang yang dipancutkan, hanya 1000 sahaja yang berjaya menghampiri ovum. Di akhir perjalanan selama lima minit ini, ovum yang bersaiz setengah batir garam ini hanya membenarkan sebutir unit sperma sahaja menembusinya, dan itulah kita.
Fastabiqul khayrat merupakan gagasan untuk manusia yang bersifat daya saing ini. Daya saing merupakan satu sikap yang baik, malah nabi sangat menggalakkan daya saing bagi merebut ketinggian ilmu dan kekayaan harta sebagai pelaburan untuk Islam. Harimau tidak mampu mengejar sang kijang yang mampu berlari 80 kilometer sejam selama beberapa jam. Sejenis burung camar mampu terbang berpuluh-puluh ribu kilometer dalam masa enam bulan. Sang unta mampu berjalan jauh di padang pasir tanpa minum dan mampu menaham debu pasir panas daripada memasuki matanya.
Inilah arena perlumbaan. Imaginasilah! Tenaga yang terpancar dalam letupan di matahari bersamaan dengan 100 billion atom yang digugurkan di Hiroshima. Namun atmosfera dan Jalur Van Allen mencabar kekuatan matahari yang berkuasa ini, lalu melindungi bumi daripada kesan haba yang sangat panas ini. Lapisan magnetosfera yang terbentuk daripada medan magnet bumi melindungi bumi daripada ancaman meteor, meteoraid, asteroid, sinaran zarah dan zarah-zarah yang berbahaya.
Musa bangkit di celah-celah cengkaman kuku besi Fir’aun dan Haman. Kekuasaan Fir’aun dan kelicikan politikus Haman tidak berjaya menghalang kebijaksanaan Musa dan kesaksamaan Harun untuk menumbangkang kerajaan mereka. Ibrahim juga menggunakan kepintaran akalnya untuk mengubah gelombang kekejaman Namruz. Malah Muhammad, pertama kali seorang pemimpin satu kabilah memerhatikan sosok tubuhnya, ia terus terkesima dan dapat merasakan Muhammad mampu menerajui dunia. Semangat berdaya saing dan mencabar secara baik mengalir deras dalam jiwa pemuda-pemuda Rabbani ini sehingga mereka berjaya memahat satu sejarah baru dalam dunia ini.
Kata seorang panglima Cina, ”Bila bergerak, bergeraklah sepantas angin”. Bagi ahli seni bela diri, mereka pasti akan mengetahui pesan Raja Kungfu Bruce Lee agar melakukan sesuatu perkara dengan pantas. Kepantasan menjadikan Brazil kekal sebagai Raja Samba yang digeruni dalam dunia bola sepak. Kekuatan inilah yang menjadikan Lin Dan sebagai pemain badminton terkemuka dunia yang sukar digugat. Malah, bagi yang mendalami sunnah, mereka mendapati nabi berjalan pantas kerana mengejar masa.
Jangan disangka gunung yang tampak tetap itu tidak bergerak, kerana sesungguhnya ia bergerak (Al-Naml: 88). Sang singa yang berkurung dalam gua akan kelaparan jika ia tidak keluar mendapatkan buruan. Panah tidak akan mengena sasaran selagi mana ia tidak dilepaskan daripada busurnya. Air akan busuk jika tidak mengalir. Laut ada pasang surutnya. Kata sarjana, ”Sesuatu yang tetap berlaku adalah perubahan”.
Fastabiqul khayrat adalah gagasan samawi. Ia datang sebagai satu cabaran dan seruan daripada Tuhan yang menciptakan kita. Dalam kalam-Nya yang lain, Dia menyeru “Dan beramallah kamu, kelak Allah memerhatikan kamu, begitu juga Rasul dan orang yang beriman”. Jiwa-jiwa perkasa tidak akan mudah mengeluh dan mengaduh malah ia sentiasa bangkit dan bangkit, menatang semangat yang bergelora dan jiwa yang membara. Golongan sufi menyebut, “Jiwa yang bersinar dan keinginan yang menyala-nyala”. Lalu roh yang terpandu dengan gagasan Fastabiqul khayrat melaungkan slogan, “Tuhanku, Engkaulah yang aku tuju dan redha-Mu lah yang aku tuntut”.
Arena pertarungan alami ini bukanlah untuk yang berjiwa lemah dan rapuh. Ia mesti untuk orang yang tidak mudah patah semangat. Bukankah Allah pernah berkata bahawa bumi adalah warisan untuk orang-orang soleh? Orang soleh sentiasa seolah-olah mendengar orang berseru kepada-Nya, ”Kita punya tangan, kita punya tanggungjawab. Kita punya masa depan, kita mesti beramal”. Bahkan seruan ”Jangan kamu berasa lemah dan jangan bimbang, sedangkan kamu yang tertinggi jika kamu beriman”.
Bangsa nomadik Monggolia membina tamadun di atas keruntuhan empayar-empayar besar sehingga meranapkan keunggulan bangsa lagenda 1001 malam. Muhammad bin Murad al-Fatih berusaha membuka kota Konstantin yang digelar ibu kota dunia oleh Napolean Bonaparte. Pemikiran genius Einstein melahirkan teori kerelatifan. Sudah lama epal jatuh ke bumi sehingga Isaac Newton menemui teori graviti. Tentera Isalm menang sebelum bertarung dengan tentera bersekutu dengan kebijaksanaan Salman al-Farisi dan kepintaran Nu’aim yang menyamar.
Fastabiqul khayrat menggesa hamba-Nya untuk memperbanyakkan ibadat dan berselera untuk menunaikannya. Seorang pensyarah menyebut, orang yang rapat dengan Allah rela menghabiskan masa untuk solat dan terasa bimbang setiap kali satu rakaat luput kerana ia tanda solat akan berakhir. Bukan sahaja zikir dan tasbih memuja Tuhan, malah selawat tanda cinta Rasul menjadi mainan bibirnya. Mereka yang soleh ini, seolah-olah menjadikan dunia seperti pen yang diputar-putar oleh jari-jemari, dan mereka merelakan diri mereka menjadi anak kepada akhirat.
Mereka bangkit dari lena yang panjang. Mereka sedar, hanya dengan Islam , mereka menjadi gemilang. Hanya Islam memuliakan mereka. Umar tegar berseru, ”Kami adalah satu kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam, maka barangsiapa yang mencari kemuliaan selain Islam, maka ia akan dihina Allah”. Kerana Islam kita mulia. Kerana Islam, kita bangkit sebagai bangsa yang berdaya saing dan bersikap mencabar.
Tradisi kepemudaan, jangan tinggalkan warisan keberanian Tariq bin Ziyad yang membuka Cordova. Tradisi kepemudaan, jangan tinggalkan kepemimpinan al-Zinki yang berjiwa. Maka jika begitu kekuatan yang kita warisi, maka gagasan samawi Fastabiqul khayrat tidak lapuk dan lekang dalam permainan syaitan.
Kita mesti menjadi Jalur Van Allen yang berani menentang kekuasaan matahari itu...
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)
jalur itu hasilnya dari medan magnet bumi... maka ketahuilah... untuk menjadi sekuat ia, marilah sama2 kita mengukuhkan medan diri dan jemaah... moga2 akan terpancar seribu van allen!!
"berani"
ana sangat teruja tatkala membaca artikel ini.semacam satu semboyan sudah dilepaskan untuk para pemuda kembali bangkit menawan Islam.
Sesungguhnya dunia Islam kini, sudah tidak sabar lagi menantikan kembalinya suara2 jihad muda yang berhempas pulas mernacang dengan penuh kritis, menawan dunia kembali dengan naungan Islam!
Bermula dengan mengejutkan semangat fi sabilillah di jiwa setiap penghuni Malaysia terlebih dahulu..
Seperti yang sedia maklum , apa guna msemangat menggila seandainya tidak didasari dengan kefahaman yang mantap dan strategi yang dinamis?
Sabda Rasulullah :
Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi umat akhir ini, kerana adanya sifat bakhil dan banyaknya angan-angan " (Hadith Bukhori dan Muslim)
ikhwah akhwat yang disayangi sekalian,
apabila berbicara mengenai kebangkitan Islam, ana percaya kebanyakkan jiwa-jiwa kita mula memberontak dan menyala-nyala.Ini adalah fitrah sebagai jiwa pejuang. Jika tidak kerana semgat itu, maka barangkali akan lembab juga gerakan kita.Namun perkara pokok yang boleh kita perhalusi bersama ialah sejauhmana kita salurkan semangat jiddiyyah itu juga dalam gerak kerja?jiddiyyah dalam gerak kerja bukan semata program yang gah mahupun membuat laporan berdegar-degar semata tapi hasil tah ke mana.jiddiyyah juga boleh diertikan sebagai kesungguhan kita bersiap sedia dalam menghadapi medan yang dihadapi.
satu fenomena yang kita boleh ambil ialah, peristiwa DAP tersilap langkah ingin emosi sewaktu perlantikan MB Perak tampoh hari.Umat Islam malaysia khususnya bangsa melayu mula cuak, katanya "habislah cina nak rampas malaysia.."
Kejadian ini sebenarnya mengotak balik ruang kotak berfikir saya dan memuhasabah kembali gerak kerja dakwah kita di malaysia.Kita baru tersedar,selama ini kita berada di zon yang selesa selama ini. sebab itu, maaf , agak kasar, gerak kerja dakwah kita agak lembap.saya katakan begini kerana, fenomena ini memperlihatkan betapa terlepas pandang gerak kerja dakwah pada non-muslim.Mengapa perlu takut pada kebangkitan cina sedangkan kita adalah satu, asalnya dari keturunan nabi Adam.Apakah seluruh kaum di Malaysia tidak mampu disatukan di bawah satu asas aqidah yang sama?jawapnnya ada pada kita..sejauhmana kita yakin dan mula membuat persediaan semaksima mungkin baik dari segi ilmu dakwah, ilmu siasah, ilmu profesional, pertahanan, EQ,SQ, dan lain-lain dalam melancarkan perang alaf baru ini. yakni perang minda ,perang pemikiran.
ikhwah akhwat yang dicintai sekalian,
jangan sesekali kita tumpulkan smgat apabila berhadapan dgn satu -satu cbrn, biarpun kdg2 kita merasa ;emah, menangis sehingga terduduk!rasa itu sentiasa ada, cuma, kita harus cepat2 bangkit kembali kerana perjuangan kita masih pnjang!tanamkan tekad, apapun berlaku, aku mesti syahid untuk Islam.dengan itu, akan lahirlah, semgt jiddiyyah yang takkan padam.kita harus sentiasa mempersiapkan diri dan membantu rakan2 yang lain dalam masa yang sama, untuk menjadi duta2 Islam ayng berpengaruh mulai sekarang!ya, mulai kampus kita usaha takluki dengan cahaya Islam , daerah, negeri, dan seterunya Malaysia!moga malaysia mampu menjadi seperti Bandar suci Mekah Mukarramah dan Madinah!
Sama-sama berusaha.Biar terkorban hari ini, seandainya pengorbanan kita hari ini mampu membangkitkan kembali seribu kebangkitan pemuda yang lain!
Catat Ulasan