SAAT DAKWAH MEMASUKI DUNIA POLITIK
Hanya sekadar pandangan, dan anda bebas menilai dan mengkritiknya, kerana anda juga, punya akal dan perasaan,..
________________________________________________________________________
Saya teringat perbincangan saya dengan Cikgu Azmi Teras satu ketika. Saya bertanyakan kenapa beliau tidak mencerbukan diri ke dalam dunia politik. Pengalaman dan kekuatan serta pengalaman yang dimiliki oleh beliau, meyakinkan saya bahawa beliau mampu menjadi seorang politikus yang berjaya. Simpulnya beliau berkata, apabila saya berada dalam dunia politik, saya bimbang saya bekerja kerana menjaga nama, bukan kerana ketelusan hati.
Ahli politik kata beliau (bukan semua), ramai juga bekerja dan berjuang kerana menjaga nama, bukan kerana keikhlasan dalam berjuang. Mereka sentiasa berasa resah apabila terdapat kritikan-kritikan terhadap mereka, lalu mereka berfikir apakah cara dan strategi yang perli diaplikasikan demi membersihkan balik segala kritikan yang dilemaprkan kepada mereka. Ya, tapi bukan semua, cuma kebanyakan.
Saya bersetuju. Dunia politik dan dunia dakwah adalah dua dunia yang berbeza. Kedua-duanya Islam, tetapi aplikasi dan gaya persembahannya tetap berbeza. Dalam politik, siapa pantas dan licik, maka dia akan berada di hadapan. Lalu ia penuh dengan penipuan, atau kelicikan, atau kebijaksanaan, atau juga simpang-siur teknikal dan tektikal. Orang yang pandai mengambil peluang atau opportunis akan berada di hadapan meskipun kerjanya sedikit, manakala siapa yang bekerja kuat, serius dan ikhlas sekalipun, sekiranya ia tidak pandai mengambil desempatan atau menangguk di air keruh, ia tidak akan ke mana-mana.
Casparov adalah juara catur. Kepantasan dan kelicikan otak beliau dalam mengatur 10 langkah lebih ke hadapan dalam dunia catur nyatanya tidak memberikan banyak kelebihan untuk beliau mencapai kejayaan dalam dunia politik. Baru sahaja beliau mengorak langkah dalam dunia politik, Putin telah melaungkan ‘Shahmat’ atau ‘checkmate’ yang membuatkan beliau terpinga-pinga. Ternyata catur dan dunia politik adalah dua dimensi yang jauh malah sangat berbeza.
Maafkan saya, saya tidak berniat membezakan antara dakwah dengan politik, cuma saya membezakan antara orang berpolitik dalam dalam dakwah dengan dakwah yang sebenar. Dalam politik, mereka akan mengadakan demonstrasi untuk isu-isu yang menyentuh umat Islam sebagai contoh, menunjukkan rasa marah mereka terhadap kemelampauan menuduh Islam sebagai agama pengganas yang diterjemahkan melalui filem pendek Fitna. Tetapi demo hanya tinggal demo. Mereka hanya berdemonstrasi, yang saya sendiri tidak pasti, berdemonstrasi kerana geramkan isu Fitna atau kerana ingin menjadi juara dalam menguasai isu-isu sensiviti umat Islam.
Politik hanya tinggal politik. Selepas berdemonstrasi, mereka berasa sangat ghairah, melaung dan bersorak, kemudian mereka pulang sedangkan selain Islam tidak mengerti isu tersebut secara jelas. Saya tertanya-tanya seorang diri. Kenapa mesti demo kerana isu Fitna. Bagus, saya tidak nafikan. Kita pantano nabi kita dihina. Akan tetapi kenapa pantang kita itu hanya dipamerkan dengan demo tetapi gerak kerja memberi kefahaman tentang isu tersebut tidak dibuat? Kenapa kita hanya pandai berdemonstrasi, apatah lagi demo itu berlaku di masjid, dalam kawasan yang kecil, ramai yang tidak tahu, apataha lagi non-muslim kerana ia berlaku selepas Jumaat dan di sekitar masjid sahaja, tetapi kita tidak pandai untuk menggerakkan unit-unit penerangan kiat untuk membuat penjelasan?
Maka saya terfikir, berdemonstrasi mencari nama atau membuka ruang dakwah? Berdemonstrasi menunjukkan kekuatan dan jagoan atau memberi kefahaman? Bagaimana pula dengan pandangan orang awam, apakah ia menyemarakkan rasa cinta nabi atau semakin hairan dengan umat Islam yang mudah melatah dan meluahkan ‘kemelatahan’ itu dengan cara sebegitu?
Saya mohon maaf sebelum melangkah lebih jauh. Persatuan-persatuan Islam di kampus sangat pantas bekerja dan berprogram apabila tiba sahaja tarikh-tarikh yang melibatkan umat Islam. Isra’ Mikraj, Hijrah, Maulid, Tahun Baru Islam, dan juga tarikh kematian tokoh-tokoh. Kenapa mesti kita menjadikan hari-hari tersebut sebagai hari kesedaran, sedangkan usrah tetap lembap perjalanannya, dakwah masih berjalan bagaikan kura-kura, Madang-kadang menyembunyikan kepala. Kuat berpolitik, menyerang sesiapa sahaja yang dinggap sebagai lawan tetapi tidak pernah menganggap mereka sebagai kawan yang juga muslim.
Aduh, tolonglah. Kalau benar kita cinta nabi, nabi tidak pernah mendoakan kecelakaan buat Abu Sufran dan akhirnya beliau memeluk Islam. Ada nabi mendoakan kecelakaan untuk beberapa orang, tetapi hanya orang tertentu yang sudah dijamin neraka oleh Allah. Perlu kita ingat, baginda adalah nabi. Kita pula siapa? Kenapa mesti banyak menghukum bukan menerang? Kenapa dibenci aspirasi tidak dikasihi? Kenapa benci Pak Lah tidak dihormati. Bukan main lagi kita menyalahkan Umno yang tidak pandai mentadbir, menyalahkan aspirasi kerana tidak berjuang untuk mahasiswa, tetapi kita sendiri tidak mampu mengurus persatuan kita dengan baik walau ahli kita hanya dalam beberapa ratus sahaja.
Kita mengerahkan orang untuk berdemonstrasi, tetapi kita tidak cekal mengajak orang untuk memperbanyakkan ibadat. Kita begitu agresif menyerang dan mempertahankan diri, tetapi kegiatan dan aktiviti menerang serta berdakwah, kurang kita giatkan. Tanya sahaja sdra Yusri, berapa ramai yang melompat terjun dalam bidang dakwah dan bertindak memberikan kefahaman kepada yang kurang memahami?
Saya acap kali menyatakan kepada ahli gerakan student, kita adalah gerakan dakwah, bukan politik. Gerakan politik, kita serahkan kepada lajnah atau unit politik. Biar mereka yang bertindak. Mahu berdemonstrasi atau apa, biar mereka merancang. Tetapi masalahnya, semua orang nak berpolitik, tetapi kurang sangat nak berdakwah dan tarbiah.
Kalau nabi SAW berkeras hati dan menunjukkan sikap pemarah, pasti orang akan melarikan diri. Ternyata itu benar. Apabila kita keras, kononnya kitalah bayangan lagenda mahasiswa, mengembalikan zaman kegemilangan kononnya, berani mencabar itulah tradisi yang harus dikekalkan, maka harus kita ingat, itu hanya lagenda era 70-an, bukan tradisi kenabian yang dipusakai. Musa yang berdepan dengan Fir’aun sekalipun diminta bercakap lembut untuk memberikan penerangan. Kita pula, keras berbicara, kalau lembut sekalipun ia merupakan sinis berbisa.
Saya berjumpa dengan ramai orang, sangat ramai. Mereka orang berkebolehan, tetapi tiada orang membimbing. Tiada usrah untuk diikuti. Kenapa boleh tiada usrah? Bagaimana hendak ada usrah apabila semua orang sibuk berpolitik. Kalaupun ada usrah, ia hanya sistem. Selepas satu sem, ditinggalkan adik-adik terkapai-kapai. Saya meloihat situasi ini dengan penuh perasaan sedih dan ngilu. Kita pandai menyalahkan orang, tetapi kita pantang orang menyalahkan kita. Kita begitu retorik melaungkan agenda dakwah, tetapi dakwah kita keras memanjang. Rujuklah dalam sirah, beleklah dalam sejarah, pernahkah Islam bangkit dengan kekerasan? Atau Islam bangkit dengan kasih sayang.
Saidina Ali RA pernah menarik pedang daripada membunuh seorang kafir dalam satu peperangan, kerana tiak mahu membunuh kerana diludahi. Kita pula, marah kerana Allah atau emosi, sata kurang pasti. Kalau kita marah kerana Allah, benarkah? Sedangkan orang Islam yang baik adalah kasih dan marh kerana Allah SWT.
Beberapa orang cuba membunuh nabi, nabi melayani mereka dengan baik. Ya, saya memahami ada beberapa tindakan nabi yang kita istilahkan ‘keras’, tetapi ia hanya sedikit dan itu pun dilaksanakan oleh golongan tertentu sahaja. Kita pula, hanya golongan tertentu menjalankan dakwah tetpi ramai sibuk berpolitik.
Fahamilah, saya bukan maksudkan politik dalam erti kata yang luas, tetapi dalam skop yang biasa kita istilahkan.
Saya ada menyatakan, kita orang muda, darah panas. Saya muda, saya juga panas. Apabila kita tahu kita berdarah panas, seyogia kita perlu mengambil dan mengaut semampu mungkin hikmah yang dimiliki orang tua. Ada sahabat saya menyatakan, kita sebagai orang muda jangan lari dari kebiasaan orang muda, keras dan bersemangat. Saya menafikan, malah kenyataan us. Anwar satu ketika menyokong pandangan saya, bahawa bukan semangat membuta tuli sebagai tradisi kepemudaan, tetapi keberaniajn itu yang terpenting.
Gerakan, melihat kepada aspek keberanian. Siapa yang tidak berdemonstrasi, itulah pengecut, dan penakut, berjiwa kecil dan tidak mampu memimpin. Biasanya, yang memimpin demo dianggap berbisa. Lalu, bukan main lagi kita menyalahkan ahli yang bersikap ulat buku, katanya pemimpin bukan lahir dalam bilik kuliah, jiwa yang berani tidak lahir di masjid sahaja.
Abul A’la al-Maududi menyebut dalam satu tulisan, kalaulah ada berpuluh-puluh ribu orang berjuang di barisan hadapan, maka ketahuilah bahawa masih terdapat berpuluh-puluh ribu orang yang berjuang di barisan belakang. Ada juga istilah menarik saya dengar, ia agak lucu dan menggelikan hati. Jamaah nombor satu, akademik bukan nombor dua. Saya cukup muak dengan istilah yang melucukan ini. Habis tu, akademik nombor 10? Atau 20?
Kenapa kita mesti mengasingkan akademik dengan jamaah? Kita telah menyempitkan erti keluasan jamaah yang kita fahami selama ini. Syumuliah, itu konsep dalam jamaah. Seorang ahli yang cintakan ilmu memberitahu saya bahawa ia cintakan ilmu, sangat ghairah menuntut ilmu dan tidak sukakakan aktiviti yang agak haraki. Saya katakan kepadanya, tidak mengapa. Teruskan mencari lautan ilmu, belajar sampai PhD, tetapi kamu mesti bantu Islam dengan cara keilmuan yang kamu miliki.
Terbukalah wahai sahabat. Kenapa mesti dicemuh orang yang tidak berdemonstrasi sedangkan mereka boleh membantu kita daripada banyak sudut. Mereka juga punya citarasa tersendiri dan ada pandangan tersendiri. Ya, siapa yang tidak muak dan meluat dengan demonstrasi dan gerak kerja yang asyik menyerang bukan menerang bahkan gerak kerja tersebut mengalahkan kerja-kerja dakwah yang seharusnya dilaksanakan. Saya juga sudah meluat dengan kerja-kerja sebegini kerana apa? Kerana banyak kerja mencari populariti, agar lensa tertumpu kepada kita, sedangkan dakwah dan tarbiah terabai.
Jamaah kini hanya tertumpu untuk melahirkan siapa jagoan dalam bidang demonstrasi. Jamaah kini terfokus kepada gerak kerja menyerang dan mencantas sesiapa sahaja. Ramai yang boleh berjaga malam menjaga banner, tetapi jamaah tidak mampu melahirkan orang yang ke hospital melawat orang sakit. Kebajikan mahasiswa diperjuangkan hanya dengan air liur, mengkritik dan terus mengkritik, kelak bila mereka berkuasa, mereka sendiri entah mampu atau tidak dengan krtikan-krtikan tersebut. Semasa tidak berkuasa, mereka pandai mencari kesalahan pemimpin untuk dipamerkan, dan disalahkan. Apabila mereka berkuasa, mereka sendiri berselindung di sebalik wajah yang penuh kepuraan.
Sedarlah, inilah yang berlaku saat dakwah memasuki dunia politik. Saya bukan berniat menyalahkan sesiapa, dan membuka pekung di dada, tetapi ia sebagai bahan muhasabah dan peringatan bersama. Kononnya mereka mampu memimpin apabila memegang tampuk Majlis Perwakilan Mahasiswa, tetapi ternyata ramai juga yang mengkritik upaya mereka semasa mereka berkuasa dahulu. Hanya air liur dan kepetahan berbicara, itu sahaja modalnya.
Maafkan saya...
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
5 Cadangan/Pandangan:
oh akhi.. sedikit terkasima... jadi kelu pula tiba2... sinis sekali... dan sedikit terlintas... sedang muhasabah dirikah akhi??... dari satu sisi... akhi sedang menunjukkan sisi lainnya akhi... ah nanti ada yang kata ana memuji walaupun langkah akhi kali ini seakan kiri... ana sangat hormati pandangan ini... berjuanglah dilapanganmu... wahai pejuang... tiap kamu ada sumbangan... bertebarlah kamu... masukilah mana2 cabang yang kamu tahu... moga2 niat ikhlasmu yang ALlah nilai... berdemo itu pandanganku satu bentuk tindakan... dan sudah pasti telah di bincangkan dengan mendalam oleh pimpinan... teruskan... cuma ya benar... tidak semua mampu menerima caranya begini... malah mampu pula mendatangkan fitnah kemudian hari... terserah... sangat penting kau menyumbang... walau hanya dengan bermodal air liur... atau atas taipan jemarimu di dunia cyber... teruskan dengan caramu... tiada siapa yang berhak menyatakan caramu salah... kerana akhirnya, Allah yang akan menilai semua itu... saat dakwah memasuki dunia politik... sepatutnya politik menjadi medan dakwah!!... maaf aku hamba ALlah...
saya bersetuju dengan pandangan us Dzul dari beberapa sudut. Antaranya tentang "semua orang nak berpolitik, tetapi kurang sangat nak berdakwah dan tarbiah."
saya bukan orang sastera, jauh sekali orang politik. saya insan yang baru belajar, bertatih untuk mengenal bahasa alam.
"Bahasa politik. Celaka. Sungguh celaka bahasa politik ini tuan-tuan. Dengan bahasa politik kelak, tuan-tuan akan mengkhianati kata hati tuan-tuan (meski tuan-tuan tahu kebenaran entri saya ini) dengan alasan seperti; satu - 'ala ft cuma novelis, dia bukan tahu apa' atau dua - 'ala budak tu pelik, dia asyik kata nak ikut ahlul bait' atau macam-macam lagi bentuk diskredit lain. Bahasa politik sentiasa celaka. Teman saya seorang pomen kereta kata, 'bahasa politik itu babi'. Bezanya pada kata-kata sahaja. Macam beza bahasa politik untuk Majlis Silaturahim Antara Agama (IRGC) dengan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang mendapat bantahan daripada pelbagai pihak sebelum ini." "Kasihan orang PAS sudah lupa ini semua. Kerana kurangnya bahasa usrah dan tarbiyyah sejak bahasa politik mengambil tempat. Tahniahlah."(Kata-kata ini saya petik dari blog faisal Tehrani).
Saya tidak berniat untuk menunding jari kepada sesiapa, apatah lagi menghukum.
Kerana saya insan yang baru bertatih, dhaif ilmu dan taqhafahnya, kurang mahir dengan rentak politik, maka saya ingin mengajak kawan-kawan semua berfikir seketika. Membantu saya mungkin; menyelesaikan sedikir keserabutan setelah membaca entry, bait-bait perenggan yang saya petik di atas tadi. shukran.
Assalamualaikum...
Semua yg ditulis oleh akhi dzul itulah ape yg ana rasakan...terus terang ana katakan walaupun ana membesar di dalm persekiran islamik dr kecil sehingga besar, ttp ana rase kurang berkesannya dakwah itu, kerana bagaimana ana sbg seorg muslim yg terpelihara persekitarannya jugak boleh terjebak kpd perkara2 yg negative yg senantiasa menjadi cemuhan pihak2 yg memperjuangkan agama kononnya...bukan nak memperlekehkan usaha2 golongan ini, cume rase terkilan dgn cara penyampaian golongan ini...golongan yg baik2 la kononnya...tp mengapa bile ana cuba utk mendekat2kan diri kepada golongan ini,kebencian itu yg menghantui diri ini...stelah kesdaran diri ini muncul utk kembali ke pangkal jln, adalah begitu payah skali buat diriku...kononnya golongan ini dah byk buat gerak kerja, tp di manakah hasilnya...sbg seorg student yg telah menghuni di um ini selama 2thun, ana hny rasekan golongan ini syok sendiri...
maaflah atas komentar ana ini, cume luahan seorg hamba yg sentiasa inginkan perubahan kepada kebaikan,tetapi tidak dapat menerima sepenuhnya golongan ini...
Catat Ulasan