Isnin, 21 April 2008

SAJAK KONTROVERSI


Seseorang bertanyakan saya tentang sebuah sajak yang agak menarik. Kata penyajak tersebut, Tuhan bukan untuk ditakuti, sebaliknya Tuhan adalah untuk dicintai. Menjadi satu kesilapan apabila melakuan ibadat kerana takutkan Tuhan, kerana sepatutnya seseorang hamba itu mesti beribadat kerana perasaan cinta.

Aduh, saya mengeluh sendirian. Mengapa mesti wujud perbahasan sebegini secara umum. Saya tidak pasti sama ada penyajak itu seorang sufi atau seorang yang terkhilaf dengan bahasa kesufian yang penuh dengan permainan bahasa.

Beribadat kerana takutkan Tuhan, atau kerana cintakan Tuhan, kedua-duanya diterima Allah. Beribadat kerana inginkan syurga dan takutkan neraka, adalah benar. Beribadat kerana cinta juga adalah benar. Manakala martabat tertinggi adalah beribadat kerana syukur sebagaimana jawapan nabi kepada Aisyah.

Ulama telah menyatakan tidak mengapa beribadat kerana takutkan Allah. Sila rujuk surah Al-Insan ayat ke-9. Ali dan Fatimah berkata, "Kami memberi makan kepada mereka (orang miskin, anak yatim tawanan perang) untuk mencari redha Allah, dan kami tidak berharap daripada mereka sebarang pembalasan mahupun ucapan terima kasih". Ayat ke-10 pula berbunyi, "Sesungguhnya kami takutkan Tuhan kami...". Nah, bukankah di sana ada gabungan antara cinta dan takut?

Takut dan harap adalah dua elemen penting dalam beribadat. Saya beramal kerana takut Allah membenci saya, dalam masa yang sama saya berharap Allah menerima amalan saya. Takut adalah satu elemen unuk mengelakkan orang daripada melakukan maksiat manakala pengharapan pula adalah galakan dan motivasi untuk mengelakkan rasa putus asa. Lalu ada ulama mengharmonikan kesemua elemen ini dengan membuat ibarat, bahawa amalan ini umpama seekor burung. Sayap kanannya membawa rasa takut, sayap kiri pula membawa rasa harap manakala burung itu sendiri adalah rasa cinta.

Saya menerangkan serba ringkas melalui sms. Tampaknya ia berpuas hati kemudiannya. Alhamdulillah, segala jawapan adalah hasil ilham Allah jua yang diberikan melalui haba-Nya yang terlalu kerdil.

3 Cadangan/Pandangan:

NOOR HAFIZAH MOHAMAD GHAZALI on 21 April 2008 pada 11:44 PG berkata...

Assalamualaikum.

Us Dzulkhairi dan sahabat-sahabiah seluruhnya yang saya hormati..

lama juga tidak menjengah ke sini. Sebelum ana meneruskan bicara, izinkan ana menyampaikan salam dari us Hairul Nizam Mat Hussin, Mantan Presiden PMRAM 07. katanya, sudah lama tidak nampak us Dzul YM.

Boleh ke ana bertanya satu soalan? Apakah pandangan us tentang budaya menonton 'cerita' atau filem dikalangan 'pejuang'. sejauhmanakh daie itu perlu dan dibolehkan untuk menonton filem-filem yang berbaur-baur seperti comolot, akhirat dan lain-lain lagi?

Setiap perkara pasti ada pro dan kontra. Namun, apa yang ana risaukan ialah adanya golongan yang mengambil kesempatan dibolehkan tengok untuk keperluan dakwah akhirnya bertukar menjadi gian.

Begitu juga ada ahli yang mengambil alasan boleh menonton semua filem-filem yang ada setelah terserempak dengan 'exco' yang pernah menonton di rumah sahabatnya, padahal kadang tu orang tu bukan datang untuk tengok pun, dah tuan rumah kebetulan buka masa kita pergi ziarah dia..

Beberapa orang sahabat ana mengatakan ianya tak salah tapi bersyaratlah. Tengok tempat, masa dan keadaan. ke camne ye??

wassalam
shukran jazilan.
:. Ana yang Haqir lagi faqir :.

hambaAllah86 on 29 April 2008 pada 10:03 PTG berkata...

Assalamualaikum..

bila mmbaca ulasan us Dzulkhairi, terint kate2 kawan saya...ye kluarkan sebuah analogi..kita takutkan manusia,kita daripada manusia tetapi kita takutkan Allah,makin dkt kita padaNya...Waullahulam...mohon..tunjuk ajar kpd insan biasa..

Tanpa Nama berkata...

salam. cinta memang tidak dipisahkan dengan takut.

Orang yang bercinta sudah tentu takut ditinggalkan kekasih yang dicintai dan lebih takutkan kemarahan si kekasih melebihi kemarahan dari orang lain.

kepada yang pernah merasa perasaan bercinta, sudah pasti tahu perasaan ini.

sama juga menyemai cinta pada Allah.orang yang bercinta dengan Allah, akan berasa sangat takut kalau2 Allah akan tinggalkanNya,maka sanggup dia berbuat apa sahaja demi meraih terus menerus perhatian dari tuhanNya.

menurut ibn Qayyim - ibada itu cinta.Maka dengan cinta kita juga dibayangi risiko lain yang mungkin akan menyebabkan timbul perasaan takut.

ya, TAKUT AKAN KEHILANGAN CINTA!

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE