Saya telah dipanggil untuk temuduga sebagai pensyarah di Kolej Negeri di Seremban 2. Apabila sampai di sana, rupanya saya bukannya dipanggil untuk interview sebaliknya terus diterima bekerja, sedangkan saya belum lagi memohon pekerjaan tersebut kerana ingin memfokuskan kepada Gamis.
Rupanya seorang ustaz telah menghantar resume saya kepada pihak kolej negeri. Saya sedikit terkedu kerana terpaksa memulakan kerja pada awal Julai sedangkan saya langsung tidak bersedia dan masih lagi ingin menumpukan kerja-kerja dalam Gamis. Malah apa yang lebih mengejutkan saya ialah saya ditawarkan untuk menjadi Pegawai Hep yang mesti menguatkuasakan Auku bukannya pensyarah sebagaimana yang saya maklumkan sebelum ini.
Seminggu kemudian, saya menolak dengan hati yang sangat berat. Saya telah meminta pandangan daripada ramai pihak dan murabbi saya ternyata tidak bersetuju untuk saya meninggalkan KL sebaliknya meminta saya untuk meneruskan tugasan di bumi yang penuh dengan lumpur ini.
Tidak lama kemudian, seseorang secara berseloroh menawarkan kerja yang bergaji lumayan kepada saya. Sekali lagi saya terkedu. Apatah lagi kawan-kawan saya yang lain telah bekerja dan mendapat gaji yang lumayan, malah ada yang mencecah RM 2000 ke atas seawal kerja. Nafsu saya membisik, hati saya terusik.
Baru sahaja saya mendapat tawaran yang menggugatkan hati itu, sekali lagi saya ditawarkan kerja sebagai pensyarah di sebuah kolej yang telah lama saya idamkan. Saya juga diminta untuk membina pemikiran dan daya haraki kalangan pelajar kolej tersebut. Sekali lagi dengan hati yang berat saya menolak kerja yang menjadi impian saya sejak sekian lama.
Saya menyatakan hal tersebut kepada ibu saya. Alhamdulillah ternyata ibu seorang yang memahami dan tidak bersikap mengongkong anaknya. Namun kata ibu, peluang yang baik hanya datang sekali. Balas saya, peluang yang baik itu adalah berada dalam Gamis.
Sebetulnya saya, Ustaz Riduan Othman (Timb Presiden Gamis) dan Ustaz Syaari (SU Gamis) telah berjanji setia akan menumpukan gerak kerja dakwah secara sepenuh masa dalam meningkatkan kualiti gerakan anak muda masa sekarang. Kami telah menyatakan prinsip kami untuk hidup senang dan susah bersama. Biar apa pun yang berlaku, kami tetap dengan prinsip dan janji setia kami dan kami tidak akan melanggarnya.
Satu malam, kami meletakkan tangan kami bertiga di atas secawan air Nescafe seraya berbai’ah dalam hati untuk terus bersama menegakkan syiar Islam. Erm, saya bersuara perlahan, Inilah Bai’ah Nescafe”.
Moga Allah memurahkan rezeki keimanan kepada kami…
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
8 Cadangan/Pandangan:
Yo la.. mujur tak baiah depan tv.kalau tak soheh baiah jakie chan!!! baguslah..tapi kena buat projek sikitlah..mudah nak gerak..ana sokong 100 peratus Gamis jd ngo...
tapi kalau syarat nak luluskan ngo tu sampai kena tukar nama gamis,,ana tak setuju lah..bukan apa, yang mahal tu nama gamis...
subhanallah..semoga ust n shbt2 ust yang lain memperolehi kehidupan yang penuh dengan keberkatan.
wah..ini salah satu ciri2 orang hebat..Dalm 7 HAbit of Highly effective people.. Kehidupan berpusatkan prinsip..
Barakallah..moga ALLAh merahmatimu...
Takbir!!!
Smg kite sumer trus thabat dlm agama Allah dan perjuangan mendaulatkannya..amin..
tahniah atas ijtihad. semoga Allah terus menerus memberi kekuatan kepada ustaz dan para sahabat bagi teruskan perjuangan GAMIS. ana dah masuk 1st year, kejuruteraan cadcam. sama seperti akh fathi dan akh hilman. doakan perjuangan kami semua...
jazakallah...
takbir!!!
Hmmm. Ya, selain perjuangan membawa perempuan ke ranjang, banyak juga perjuangan lain yang perlu diselesaikan.
salam, tahniah..nilah sebenarnya halangan kita sebagai aktivis, masuk lapangan yang mendedahkan kita dengan dunia penuh kebendaan dan maddiyyah..sebab gerak kerja islam tidak menjanjikan harta, tapi allah janjikan syurga dan pahal, dan lebih daripada itu, keredhaan allah yang kita cari..
kawin bile pulak, ijtihad terus menjad aktivis dah selesai, kahwin???selamat berijtihad lagi
Catat Ulasan