Orang tanya saya, bagaimana nak menjaga hati daripada bersangka buruk dengan sesiapa. Letih saya nak jawab soalan ni, sedangkan saya bukanlah orang baik dan kadang-kadang hinggap juga perasaan buruk terhadap orang lain angkara syaitan yang rajin menghasut.
Mari kita cuba bincang. Saya tanya diri saya, dan sdra atau sdri ANA yang bertanya pun tanya diri sendiri juga. Pertama kita nak tanya, kita ke, atau orang yang kita pandang buruk itu ahli syurga? Kalau kita ahli syurga dan di ahli neraka, nah, tidak mengapa jika kita nak bersangka buruk. Masalahnya, kita tak tahu sama ada kita atau dia ahli syurga, tengok-tengok, kita ni yang jadi ahli nereka na’uzubillah manakla dia di syurga.
Kedua kita nak tanya, cuba senaraikan seorang sahaja selain para anbiya’ yang tidak pernah buat dosa. Nah, Saidina Umar dulu pun orang jahat, orang gedebe yang banyak menyusahkan nabi. Kita patutnya letak diri kita sebagai orang yang buruk, busuk, dan kalau kita tak wujud pun Islam tetap berkembang bahkan mungkin Islam lebih laju tanpa kita. Kita ni, bila kita letak tahap kita di tahap orang-orang biasa, yang sentiasa tidak selamat dengan janji buruk Allah, maka baru kita bersungguh membuat amalan dan membersihkan hati. Jadi kalau dia buat salah atau dosa, maka bentu tu biasa, normal sebagai manusia. Kalau kita nak berkawan dengan orang baik je, maka kita berkawan dengan malaikat cukup sebab malaikat takkan buat dosa.
Ketiga, kita nak ketuk hati kita, apa guna kita buruk sangka pada orang? Boleh pahala ke? Tenang ke hati kita? Dapat duit ke kita? Jadi tak ada untungnya kita berburuk sangka, malah hati sdri pun mesti tidak tenang sekarang sebab banyak berburuk sangka. Betul? Maka kalau benda yang rugi, baik kita jauh-jauhkan. Baik kita lupakan benda buruk yang dia buat, sebab dia pun manusia, maka ada silap salah dia.
Keempat, kita ni jangan duk fikir buruk orang sahaja. Baik kita fikir sungguh-sungguh burk kita, dan kita ingat baik dia, lupabaik kita. Kalau kita ingat baik dia je, hati kita tenang. Kita pun jatuh saying pada dia. tapi kalau kita duk fikir buruk diasaja, maka hati kita tidak tenang dan ini akan menyusahkan kita sahaja. Kita juga kena ingat buruk kita. Sebagai contoh, kawan kita jenis dating dengan kawan dia, duk pegang tangan. Kita patutnya bersyukur kerana kita tidak diuji dengan percintaan, rasa sayang pada dia dengan kita cuba bawa berbincang, dan kena fikir, kalau aku dijui begitu pun, mungkin aku pun tumbang dengan jerat hawa nafsu, na’uzubillah.
Kelima, mak ayah kita ni jenis orang yang paling patut kita saying. Takkanlah dengan sedikit kesilapan yang mereka lakukan, kita teruskan membenci mereka. Nah, siapa yang lahirkan kita? Siapa yang jaga, basuh berak dan kencing kita? Siapa yang bersusah payah pelihara dan didik kita? Maka dengan sekian banyaknya jasa mereka, maka takkan kita terus berasa benci dengan mereka. Geram geram juga, tapi jangan dilayan. Mereka manusia, macam kita juga. Apakah kita ingat kita orang paling baik maka semua orang saying kita. Maaf sdri jika bahasa saya sedikit kasar, kerana saya juga menulis sebagai muhasabah diri saya. Kita kena ingat, bahawa ada ramai juga orang yang bencikan kita, tidak suka kepada kita, malah berburuk sangka kepada kita. Maka apabila kita memahami perkara ini, baru kita rasa taknak bersangka buruk kepada orang. Bila kita tengok orang dengan penuh rahmah, maka orang lain pun tengok kta secara rahmah.
Saya minta maaf kepada yang bertanya jika jawapan saya tidak menepati kehendak. Banyak-banyaklah berselawat dan menyebut kebaikan orang yang kita tidak suka, mudah-mudahan kita akan kasih kepada mereka dan mereka pun turut mengasihi kita, dan seterusnya Allah akan mengasihi kita semua. Moga Allah mencurahkan kebaikan buat sdri yang bertanya, terima kasih.
Ini 7 Cara Bermain Lords of the Fallen bagi yang Masih Pemula
Seminggu yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan