Sabtu, 23 Ogos 2008

JANGAN CARI AIB ORANG


Saya acap kali marah dan benar-benar marah dengan perangai orang yang suka mencari silap dan salah orang. Inibukan perangai baik malah sangat dikutuk oleh Allah SWT.

Dalam bab ni, kita pegang betul-betul hadis nabi SAW, barangsiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya pada hari kiamat. Apa yang menyedihkan ialah kita terlalu suka mencari aib sahabat kita malah kita mengorek rahsia tersebut.

Orang jenis macam ni ada beberapa jenis. Satu jenis, dia konon-kononnya nak korek rahsia orang dengan tujuan untuk membuktikan bahawa seseorang itu tidak layak jadi pejuang Islam dan tidak layak menjadi pimpinan. Masya Allah, siapa kita yang nak menentukan seseorang itu layak atau tidak menjadi pejuang dan pimpinan. Bila dia dapat tahu masalah-masalah dan keaiban diri seseorang, mulalah dia membawa cerita dan sedikit penambah rasa agar cerita tu makin sedap dan berselera orang untuk mendengarnya.

Jenis kedua ialah orang yang suka mendengar masalah orang. Bila dia tahu masalah orang, dia dapat rasakan diri dia hebat kerana semua rahsia orang berada dalam tangannya. Jenis ketiga ialah orang yang konon-konon nak mencari dan menegakkan kebenaran. Dia mencari kebenaran dengan mencari kesalahan dan aib seseorang. Seolah-olah, dia menanam tanaman syurga dengan benih neraka. Dia nak rasa kedinginan syuga dengan panasnya api neraka.

Kenapa kita nak sangat tahu masalah dan aib orang. Kita malaikat ke yang ditugaskan Allah untuk mencatit dosa pahala orang? Kita Tuhan ke nak campak orang tu ke syurga atau neraka. Perangai macam ni perangai orang tak jughuh, cari dosa orang dengan membuat dosa.

Kita ni baik sangat ke? Kita ni masuk syurga Allah ke? Tengok-tengok kita yang banyak amalan masuk neraka sedangkan kawan kita yang banyak dosa masuk syurga. Wal’iyazabillah. Kita ni, kenapa nak tahu sangat aib orang. Bila kita taku aib orang, kita juga susah hati. Kita juga buruk sangka pada orang. Kita juga akan benci pada orang tersebut. Tapi kalau kita tak tahu aib dia, kita tenang, tak serabut malah kita akan sentiasa senang untuk berkawan dengan dia.

Kita kena ingat, bahawa kita manusia, ada hawa nafsu. Ahli jamaah ke, pejuang ke, mujahidin ke, semua ada hawa nafsu. Nafsu nafsu ni, benda buruk bila salah guna tapi jadi baik bila guna kena pada tempatnya. Guna nafsu masa bersama isteri, dapat pahala. Guna nafsu dalam beribadat, dapat dosa walau beribadat sekalipun. Pokok kata, jangan salah guna.

Jadi bila kita memahami manusia ni ada nafsu, maka kita kena memahami bahawa setiap orang ada masalah dan masalah ni perkara normal. Buat dosa ni kerja manusia, cuma taubat kena ada. Adakah kita sendiri maksum daripada berbuat dosa?

Orang tak suka bila kita duk sibuk cari aib dia. Kita pun sama, tak suka orang cari rahsia kita. Yang kita duk buka sms orang, ingat orang suka? Bukan sekadar tak suka, malah dia pula laknat kita. Sebab tu kita sendiri tengok dengan mata kepala, orang yang selama ni duk kata Umno kafir, akhirnya dia masuk Umno. Orang yang selama ni benci dengan orang yang ada pasangan, tengok-tengok dia yang duk keluar sekali dengan pasangannya. Benda benda macam ni berlaku kerana orang benci dan laknat kita, dan juga satu ujian yang Allah campakkan kepada kita.

Saya sendiri, tak suka kata orang tu mutasaqit, orang tu futur, orang tu jahat, orang tu dah tinggal kerja dakwah, orang tu buruk sebab suka couple, orang tu sekian sekian, kerana kita takut kita akan diuji Allah. Masa sekarang takpelah, sebab kita belum diuji Allah. Iblis pun petik jari tengok kita. Cukuplah dia hantar tentera syaitan yang paling lekeh untuk sesatkan kita.

Ulama ada sebut, jangan kamu pandang lekeh dengan orang baik yang buat dosa kerana yang menyesatkan orang baik tersebut adalah syaitan yang kelas tinggi. Kita pula, hanya syaitan taraf rendah je jaga kita. Tu pun banyak kali tumbang, rebah, tak larat.

Cukuplah kita duk cari rahsia orang. Tinggallah perbuatan Abu Lahab tu, perangai yang mana akan memasukkan kita ke dalam golongan yang dibenci dan dilaknat. Patutnya kita berdoa,

“YA ALLAH, JANGANLAH KAMU TUNJUKKAN AIB SAUDARA AKU SEBAB AKU TAK MAHU TAHU. TOLONGLAH SOROKKAN AIB SAUDARA AKU YA ALLAH AGAR DENGAN ITU AKU TIDAK AKAN MEMBENCINYA. AKU TAK SUKA KALAU AIB AKU BOCOR DAN AKU MINTA KAMU JAGA MOLEK DOSA DAN RAHSIA AKU, BEGITU JUGA DOSA DAN AIB SAUDARA AKU”

Cuykuplah buat dosa dengan mencari dosa orang, cukuplah, nanti kena bakar dengan api neraka, tak larat kita nak tahan. Kalau kita tahu, sorok cepat-cepat. Jangan cerita pada orang dan tolong pertahankan saudara kita tu.

Cukuplah, saya tak nak saya dan sahabat-sahabat saya masuk neraka…

1 Cadangan/Pandangan:

Perokok Soleh on 23 Ogos 2008 pada 4:24 PTG berkata...

salam.........
orang yg jenis pertama adalah baguss,
kita memang kena cari silap pemimpin...
kenpa kena ngumpat pemimpin?
memang la...
ada golongan yg boleh dicari silapnya..
aku cuma xsuka bila cter politik dorang ngumpat ahli2x sesuatu parti,tue aku xsuka...(^^)
kalo xnak kena ngumpat,jgn jadi pemimpin k..(^^)
dan kalo nak lg jelas,
cuba baca buku adab islamiyah..
dalam bab mengumpat,
dan kalo ko blaja hadith..
ko akan tahu aper itu takjil dan aper tah lagi satu...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE