Sabtu, 23 Ogos 2008

PENGAJIAN HADIS


Ada satu hadis nabi SAW yang berbunyi “Ajaban (alangkah peliknya) orang mukmin, semua perkara bagi mereka adalah baik, dan hal ini tidak berlaku kecuali kepada orang mukmin. Apabila mereka mendapat kebaikan, mereka bersyukur, maka itu adalah baik buat mereka dan jika mereka mendapat keburukan mereka bersabar dan itu adalah baik untuk mereka”.

Hadis ni dimulakan dengan satu perkataan yang cukup menarik perhatian. Ini namanya uslub dalam mengalihkan perhatian orang lain supaya menumpukan terhadap apa yang ingin diperkatakan. Nabi ni selaku orang yang bijak berdakwah, menggunakan uslub yang membuatkan semua mata terbuka dan telinga terpasang. Apa yang ajaibnya? Apa yang pelik nabi nak sebut ni? Ha, ni namanya teknik mengalih perhatian orang kepada kita.

Macam apabila orang jual ubat kuat, mereka akan sebut “ubat kuat ubat kuat” berulang kali sehingga semua orang berpakat nak dengar. Apa yang kuatnya? Begitu juga orang akan sebut “murah murah” supaya semua orang pakat-pakat gi ke kedai dia. Semua benda ni adalah uslub. Yang bercakap dalam hadis tadi sape? Nabi. Nabi tu pula siapa? Orang pendakwah yang paling pandai dan paling bijak cairkan hati orang dan membuatkan orang sedap dan tertarik untuk mendengar kata-katanya, nasihatnya, ceramah dan pidatonya.

Satu…yang kedua pula, bila nabi semua “pelik”, maka bermakna perkara tu memang pelik sungguh. Kenapa saya kata begitu? Kerana nabi ni orang yang pelik, menjalani kehidupan yang pelik. Kita pula orang biasa. Kalau kita orang biasa pun, bila kita sebut sesuatu itu pelik, orang akan tumpu perhatian kepada kita, maka apatah lagi orang yang jadi nabi. Kita yang tak pelik ni pun bila kita nak cerita tentang benda pelik boleh menyebabkan semua orang nak dengar, maka kalaulah orang semacam nabi nak cerita benda pelik, apatah lagi lah. Pelik pelik ni, pelik macam mana. Bukannya pelik fizikal. Sama je nabi dengan kita, bezanya nabi jenis orang segak kita pula orang-orang biasa.

Pelik yang saya maksudkan tu ialah cara hidup nabi, perjalanan dan ibadah baginda yang sungguh pelik. Kita solat, solat juga, tapi dalam keadaan malas. Bila lah nak habis solat ni, lamanya empat rakaat asar. Ha, tu kita. Lamanya imam baca hari ni. Ha, tu perangai kita hak jenis masa solat culas tapi masa tengok main bola, terlopong sejam dua. Saya pun begitu. Tapi nabi ni, jenis lain sungguh. Baginda ni menjadikan solat tempat yang tenang dan sejuk hati. Bila solat, Allah, rasa sedap hati, rasa tenang jiwa. Bila berdiri, macam pokok kayu yang tidak bergoncang. Yang geraknya hanyalah bahu kerana tahan menangis. Seolah-olah, jasad ada atas muka bumi tapi hati duk dekat Allah.

Bila baginda rukuk dan sujud, maksud saya semasa solat sunat, lama, lama sangat. Kita rukuk dan sujud tak sampai 10 saat, baginda pula tak tahu berapa minit. Mungkin 30 minit, mungkin sejam, mungkin lebih sejam. Sujud ni barang letak dahi atas tanah, atas muka bumi. Tak lain tak bukan nak bangkit asal kita. Hey manusia, kamu ni dari tanah, setakat tanah ni, tempat orang pijak, tempat orang buang kahak, air besar. Habis tu, kenapa mung ni bila dapat sahaja kuasa, mula lah kamu buat kerja Iblis, kerja syaitan. Kenapa? Mung jenis tak sedar mung dari tanah tempat orang buang najis, tempat binatang buang najis.

Tapi bila kita merendahkan diri kepada Allah dalam keadaan sujud, maka Allah angkat sangat dekat dengan kita dan Allah angkat martabat kita setinggi-tingginya. Jadi nabi ni, jenis masa solat, macam duduk alam lain, iaitu alam rabbani yang fana’, penuh dengan perasaan dzuq cintakan Allah. “Dan orang yang beriman itu, sangat-sangat cintakan Allah”.

Jadi orang sepelik nabi ni, bila baginda nak cerita benda pelik, maka semua orang pakat nak dengar kerana confirm cerita tu memang cerita pelik dan harus diberikan perhatian yang sewajarnya.

(Insya Allah bersambung)

2 Cadangan/Pandangan:

Muhamad Alihanafiah b. Norasid on 24 Ogos 2008 pada 11:31 PG berkata...

Bestlah... Ana dapat idea yang "pelik" tapi bernas lepas baca artikel ni...

Muhamad Alihanafiah b. Norasid on 24 Ogos 2008 pada 11:33 PG berkata...

Bestlah... Ana dapat idea yang "pelik" tapi bernas lepas baca artikel ni...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE