Rabu, 10 September 2008

AKU NAK ANAK


Hai, bila la aku nak ada anak. Kalau ada anak kan best. Ada juga orang yang picit-picitkan aku, pijak-pijak belakang badan aku, urut-urut tangan aku. Nak suruh Azmi pijak badan aku, mau mati aku dibuatnya. Kalau Shahir yang asyik bersenam tak tentu hala tu picit-picit aku, mau patah tulang sum-sum aku.

Apa nak jadi, apa nak jadi, sampai sekarang tak ada anak lagi, apa nak jadi. Alahai, sampai lagi orang pun aku ubah. Pandai-pandai je aku ubah lagu orang. Nanti orang saman aku nanti, mau mati aku nak bayar. Dahla aku bukan ada duit sangat sekarang.

Anak ni maksudnya, anak lah. Anak ni bukan adik, bukan bapa, dan bukannya pakcik sebelah mak. Ish, takkanlah definisi anak ni pakcik sebelah mak, har har har harun salim bachik. Buat aku ketawa jer. Anak ni adalah sejenis makhluk yang ada iras muka mak atau ayah dia, begitu juga dengan lenggang-lenggok suara dan bentuk tubuh badan. Habis tu, suara anak aku kasar macam aku la. Alamak, kalau macam ni, kena cari orang suara halus la nak bagi balancing.

Semalam masa aku bagi tazkirah di Kg Puah Seberang, aku solat di saff paling belakang bersama dengan budak-budak. Lepas je dua rakaat, sorang budak tu, kiut mukanya Tanya satu soalan killer. Ustaz, hispa rokok ni haram ke? Alahai, cerdiknya budak ni. Bila aku Tanya, umutnya baru Sembilan tahun, tapi bijak je mukanya. Ni buat aku makin nak ada anak ni. Anak, anak, anak. Aku diam je dengar soalan dia. Pastu aku tanya, kenapa, nak hisap rokok ke?

Semayang lagi dua rakaat. Budak sebelah dia pula Tanya. Ustaz, kalau orang tolak kita masa semayang, kita nak buat macam mana? Cinabeng betul budak ni, dia yang duk tolak-tolak orang masa semayang, dia Tanya camtu pula. Aku tau la sebab aku nampak dia tolak tadi masa semayang. Alamak, kantoi aku semayang tak khusyuk tadi. Ala, janganlah bagitau orang lain, malu kome. Eh, kome ni aku ke engkau? Erm, lantaklah.

Aku bilang pada budak tu, kalau ada orang tolak kita masa kita semayang, kita tolak dia balik. Aku jawab soalan tadi sambil tolak budak. Ha, baru pueh hati aku. Padan muka dengan budak tu, tu la, tolak-tolak orang sangat masa semayang. Jahat jugak aku ni. Aku semayang lagi dua rakaat. Budak mula-mula tadi tanya lagi soalan. Ustaz, tengok tempat sujud masa semayang sunat ke wajib ustaz. Ish, banyak songeh betul budak tu. Nak je aku jawab, tengok je kat bawah tu, takut tahi cicak jatuh.

Eiii, bestnya jika ada anak. Nak je aku lambung-lambung anak aku dengan bini aku. Aku lambung, hang sambut. Hang lambung, aku sambut. Aku bagi pada hang, hang bagi pada aku, aku bagi lagi pada hang, hang bagi pada aku, aku lambung lagi, hang pun lambung, nah, aku bagi pula buah lambung, hang pun smash, pap, peh, mesti power punya. Eh, ingat anak ni buah badminton ke?

Nahi dah dapat anak. Katanya nak bubuh nama Nurul Nuha. Nuha ni kawan aku, bekas timbalan bendahari gamis, sekarang jadi wartawan. Jumpa aku je sekarang, ek je. Yela, orang dah jadi wartawan, boleh jumpa orang-orang besar. Anak Nahi lawa la, macam bapak dia. Mungkin mak dia pun lawa, aku tak tahu. Yang aku tahu, Nahi tu lawa orangnya, jadi logikla dapat anak yang lawa.

Ish, kalau dapat anak macam Adi Putra agaknya best tak? Pandai Matematik, ha, boleh aku jual pil mendapat anak cerdik. Mesti kaya raya aku. Lepas tu aku akan buat seminar sana, seminar sini, anak aku jadi penceramah, aku pula tersengih-sengih bilang duit di belakang. Tapi aku memang respect dengan ayah Adi Putra, pandai dia jaga Adi Putra dari sudut genius tu. Moga-moga dia masuk syurga sebab pandai jaga anak-anak.

Anak ni, betul ke tiket masuk syurga? Kalau kita jaga anak baik-baik, suruh dia hafaz al-Quran, tanam semangat jihad, hantar dia pada orang-orang alim, tuntut ilmu, perkasakan akhlak, mesti anak tu jadi tiket masuk syurga. Dalam syurga, kalau budak-budak ni mati awal, maka mereka akan jadi ghilman. Boleh masuk syurga free. Best gak masuk syurga free.

Aku nak anak. Aku bagitau abang Zam, aku nak anak. “Abang Zam, kan best kalau kita dapat anak. Betul tak?” Tanya aku. “Nta ni zul, pot pet pot pet…” la, dia membebel lagi. Suka je abang Zam ni membebel. Dahla kat rumah isteri aku asyik membebel je, jumpa dia, dia membebel lagi. Ops, isteri mana pulak ni. Mengarut je aku.

Aku jumpa ustaz Husaini. “Ustaz, best kan kalau kita dapat anak?” Tanya aku. “Nta nak ada anak pun, kena ada mak dia dulu”. Oh, nak ada anak, kena ada mak dulu ke. Jadi bermakna, kalau aku nak anak, aku kena cari orang nak jadi mak anak aku dulu. Kenapa benda ini mesti berlaku. Kenapa ramai juga orang yang dah ada pasangan hidup, tetapi tidak ada anak. Kenapa ada juga orang yang ada anak, tapi tak ada pasangan hidup.

Hari tu ada orang perempuan tiba-tiba beranak tapi dia tak kahwin lagi. Jadi itu apa? Dia tak kahwin, tapi dia ada anak. Tapi aku pula menurut Ustaz Husaini, kalau aku nak ada anak, aku kena cari mak anak dulu. Ini tak aci, orang lain boleh je ada anak tanpa ada pasangan.

“Enta ni zul, mereka tu buat kerja tak elok. Ada pasangan tapi tak ada ikatan. Tu zeena namanya”, terang abang Zam lagi. Habis tu, ada orang lelaki tu, ada anak. Macam mana pula. Abang Zam bengang je layan aku. “Enta ni Zul, tu mungkin dia ambil anak angkat,” bebel abang Zam. Membebel je kerja dia.

Jadi, aku kena ada mak untuk anak dulu. Ya, aku setuju. Tapi, biarlah dulu. Pentingnya, jangan tinggi dan besar daripada aku, nanti tak balance. Dahla aku ni kecik je. Biarlah, aku nak fikir tentang anak, bukannya mak anak. Kalau aku dapat anak lelaki, mungkin aku boleh bubuh nama Muhammad, Zamzuri dan Nik Affendy jangan sekali-kali. Ha, nama Fasihah cantik juga. Aku nak je bubuh nama Meryem, Eisya, Mehmeth, tapi takut orang marah pula.

“Fasihah, jom ikut papa ke masjid, kit abaca Quran sama-sama”. “Muhammad, jangan lupa zikir kepada Allah. Biar basah lidah tu dengan zikir ye”. “Faqih, baca buku rajin-rajin. Bila besar, jadi ulama yang berani, tegak yang ma’ruf, cegah yang mungkar”.

Hari tu, bila aku pulang ke kampung, tok aku sinis berkata padaku, “Bila la aku nak menimang cicit ye”. Erm, ke situ pulak..

10 Cadangan/Pandangan:

Mentor_ulung on 10 September 2008 pada 11:19 PTG berkata...

Tiba2 ter'jumpe' blog saudara...saye senyum sorang2..hihi, klaka ;)..dan bernas 'aqal

Afzan Rahman on 12 September 2008 pada 7:54 PTG berkata...

tahniah...penulisan yg santai...sepanjang masa ana tergelak sendiri semasa membaca artikel ni...bgus..teruskan menulis

zamzuri_mustapha on 12 September 2008 pada 10:26 PTG berkata...

Kepada pembaca blog ini, sila berkunjung ke blog saya. tak aci kalau baca blog ni je. barulah kalian tau siapa aku, sikit2. Dzul pun manusia juga. Hahaha.

Masa kecil si Dzul ni dijaga oleh jiranku.

Dzul, kalau ana nak, ana boleh buat analisis 'entry' nta yang dikatakan santai ni dengan menggunakan pendekatan psikologi atau konseptual kata kunci. Dan dari situ ana dapat tahu apa yang 'duk bersarang di dadamu dan bermain di kepalamu.

Miss X on 13 September 2008 pada 11:42 PG berkata...

btul,, apsal la nak anak mesti ade bapak die..

Pernah tanya kat muslimat2, kalo kene pilih antara due, anak n bapak. 9/10 jawab, anak! Uhuhu.. sian bapak..

Aku Bukan Umar Al-Khatab on 14 September 2008 pada 6:25 PG berkata...

oh ustaz... haha.. mungkin ustaz kene hurai hukum kene nikah... jatuh wajibkah.. sunatkah... makruhkah.. atau haramkah... erm agak2nya mana kategori kita ya.. huhu

syuhadah dzarawi on 14 September 2008 pada 5:48 PTG berkata...

nak anak..tak nak mak~nak anak tak nak ayah..? hmm..sebab tu remaja skang tak 'balance' gamatnya. kesian..jgn begitu ya...

Unknown on 20 September 2008 pada 8:45 PG berkata...

heheh..kelakar ceritanya..tak kisahlah nak anak ke, mak ke, ayah ke, yang penting sama-sama dapat membina keluarga mithali..memberi makna pada Islam dan dunia..:)

nanti bleh buat novel mengenai NAK YANG MANA..hhehe

Tanpa Nama berkata...

salam
penulisan yg menarik tapi pelik..
tak tahan ana gelak..
btul2 ..skarang dah tak balance nak anak tak nak mak n sebaliknya
ada ke ?nak anak tak de mak..
blehla anak angkat..tapi tak natural la...
tapi pasal ank ikut ciri mak n abah tu..?
kadang2 anak nya tu tak sama pun muka ngan mak n abah //
tapi sama ngan moyang atau datuknya.....so..maybe bleh ubahla definition tuk anak tu ye..;>

Tanpa Nama berkata...

SALAM.Bertuahlah org yg memiliki anak, krn sesungguhnya ALLAH telah memerintahkan setiap anak itu utk mendokan kedua ibu bapanya...al-Isra' 24.

syu berkata...

seronok baca artikel ni...sy takde anak lg..dh dua tahun kawen...teringin sgt nk ad ank...jd mama...mst lg berseri rumahtangga...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE