Satu hari selepas kuliah orang bertanya kepada saya, “Ustaz, bagaimana dengan orang yang tidak mengerjakan solat witir”?
Solat witir adalah sunat, itu jelas. Cuma Imam Abu Hanifah yang mengatakannya wajib, bukannya fardhu. Ini kerana wajib dan fardhu adalah berbeza dalam mazhab tersebut. Solat witir juga merupakan solat sunat yang terbaik dan ini diterangkan oleh Ibn Rajab al-Hanbali dalam Jami al-Ulum wa al-Hikam. Malah ia lebih berbanding tahajjud. Tahajjud, walaupun ia baik, namun tidak ada seorang pun kalangan ulama yang berselisih sama ada ia wajib atau sunat. Tetapi witir terdapat khilaf, menunjukkan peri penting mengerjakannya. Saya menyebut semasa menyampaikan tazkirah di Surau al-Amin di Bandar Tun Hussein Onn, barangsiapa ingin mengerjakan witir sebanyak tiga rakaat satu salam pun tidak mengapa, tetapi tiada tahiyat awal kerana ia berbeza dengan solat Maghrib. Nabi SAW juga ada berseru, “Wahai ahli Quran, hendaklah kamu mengerjakan solat witir, sesungguhnya Allah itu witir dan Dia mencintai witir”.
Itu kisah pertama. Kemudian, ada lagi yang bertanya. “Ustaz, bukankah kalau kita dipaksa untuk menjadi kafir, maka kita tidak boleh melakukannya”. Beliau juga mengemukakan contoh Yasir dan Sumaiyah yang teguh mempertahankan aqidah daripada dirobek. Saya menjelaskan, untuk mengambil pendirian Yasir pun boleh, nak ambil pendirian Ammar pun boleh. Ammar hanya kafir pada lisan tetapi hatinya teguh dengan pancaran Iman. Ada hadis nabi yang berbunyi, “Allah tidak mengambil kira tiga perbuatan yang atas umatku, iaitu yang tersilap, terlupa dan yang dipaksa”. Saya menjelaskan lagi, bagi orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi maka mereka mesti berpegang kepada kebenaran meskipun pahit. Lalu saya mendatangkan kisah Imam Ahmad bin Hanbal yang tetap mempertahankan al-Quran sebagai kalamullah bukannya makhluk sedangkan terdapat ulama yang mengambil jalan menyelamatkan diri. Imam Ahmad wajar teguh dengan pendiriannya kerana dibimbangi jika beliau mengambil langkah selamat, maka perbuatannya akan menjadi ikutan kepada ummah.
Sekarang orang mula bertanyakan umur saya. Belajar, sudah habis, umurnya berapa. Saya sambil tersenyum menjawab 24. Lalu mulalah pakcik-pakcik sibuk Tanya bila nak kahwin. Menariknya seorang pakcik menyebut saya ada satu kekurangan iaitu belum berkahwin. Siap bagi warning, tahun depan dia nak tengok saya sudah kahwin.
Kahwin ni, mudah pada sebutan lidah, tetapi berat dari sudut pelaksanaannya. Sesuai mungkin saya nak sebutkan isu ini, sebagai satu peringatan buat diri saya dan rakan-rakan yang sudah mula ingin menjejakkan kaki ke alam rumah tangga. Saya nak sebut beberapa kesukaran dalam berkahwin sebagai yang gila-gila nak kahwin, ingatlah…
1- Yang nak jadi suami atau isteri, mesti perkasakan ilmu. Dada mesti sarat dengan ilmu, paling kurang hati bersungguh untuk menuntut ilmu. Ilmu diperolehi sama ada dengan mendengar atau membaca atau juga berbincang. Yang lelaki mesti juga memahami permasalahan wanita seperti darah-darah khusus untuk wanita supaya dengan itu ia dapat membimbing isterinya. Dengan ilmu lah kita dapat jadi pasangan yang bahagia. Kalaulah kita malas, dapat pula orang malas, maka kita akan rugi.
2- Kita mesti rajin dalam bab ibadah. Nabi sebut, Allah member rahmat kepada suami atau isteri yang mengejutkan pasangan masing-masing untuk bertahajud sehingga direnjiskan air ke muka jika belum jaga. Pasangan tahajud ini bukan senang ingin dicari. Kalau kedua-dua pasangan gila meratah buah tahajud, maka ini pastilah pasangan yang berbahagia. Tapi bagaimana pula kalau kedua-dua pasangan yang jenis Subuh pun lewat. Ha, susah kalau macamtu. Sebab tu saya nak kita, saya sendiri check, kita ni kena rajin bangun malam dulu sebelum nak pinang anak orang. Seminggu dua kali pun jadilah, tapi dalam bulan Ramadhan, mesti kalau boleh, tiap-tiap malam. Jangan miss.
3- Kuat berjihad juga syarat yang penting. Kalau kahwin, isteri tidak boleh duduk berjauhan dengan suami, atau suami gatal je nak bersebelahan dengan isteri setiap masa, maka perkahwinan itu adalah merugikan. Sebab itu kita mesti berkahwin dengan perjuangan dulu, malah menjadikan perkahwinan kita itu adalah untuk perjuangan. Tahniah kepada saudara saya Nasaei dan pasangan Amiratul Muniroh. Nasaei menjadi rajin menuntut ilmu apabila berkahwin dengan pencinta ilmu manakala Amirah menjadi rajin berjihad kerana berkahwin dengan seorang mujahid. Tahniah buat kalian.
4- Berkahwin bererti menambahkan bebanan akhirat. Dunia mungkin kita boleh lepas, tetapi apabila tiba hari akhirat kelak? Apakah kamu didik isteri kamu? Kenapa isteri kamu rajin mengumpat? Kenapa kamu leka dalam dakapan isteri kamu sehingga meninggalkan jihad? Jadi, semua benda nip ayah.
Maka, saya nak syorkan kepada diri saya dan sahabat sekalian…
1- Jadilah penggila ilmu sebelum berkahwin. Cari jadual kuliah-kuliah Maghrib yang ada, ataupun seminar-seminar, wacana-wacana, atau apa sahaja yang berkonsepkan ilmu. Pergi dan dalami ilmu, bukan semata-mata kursus kahwin. Cantik juga kalau kita ada tamrin pra-perkahwinan.
2- Banyakkan beribadah. Sekarang, mulut kena ringan-ringan berzikir dan membaca al-Quran, badan kena kuat-kuat untuk kerjakan solat sunat, baca al-Mathurat sekurang-kurangnya atau beramal dengan mana-mana hizib. Jangan kita ni jenis nak habiskan solat je, tetapi jadilah orang yang inginkan kepuasan dalam solat.
3- Kita kena serius memikirkan soal ummah. Jangan sibuk nak membentuk generasi masa depan yang lahir daripada benih kita sahaja, tetapi kita mesti serius memikirkan soal kebangkitan Islam dan penderitaan ummah sekarang. Maka kita kena paksa diri kita untuk Islam. Tak cukup kalau kita sekadar nak menjadi forum tetap dalam usrah. Kita tak nak jadi golongan penerima ilmu dan pembuat kerja bawahan sahaja, tetapi kita ingin melakukan sesuatu yang sanagt bermakna untuk Islam dan kita tidak akan redha selagi mana umat Islam berada di bawah dan menjadi mangsa kepada pembaratan.
Lalu, saya dendangkan kata-kata ini kepada diri saya, hanya untuk diri saya,
Engkau ingin berkahwin, tetapi ilmu kontang di dada…
Engkau ingin berkahwin, tetapi amal sedikit cuma…
Engkau ingin berkahwin, tetapi jihadmu tidak seberapa…
Engkau ingin berkahwin, tetapi zikirmu jarang basah untuk zikir…
Engkau ingin berkahwin, pastikan bukan untuk nafsu semata-mata…
Engkau ingin berkahwin, tetapi ingatlah, syurga dan neraka…
Saya mengambil kesempatan, TAHNIAH BUAT SAHABAT SAYA YANG SAYA CINTAI DAN SAYA YAKINI KETEGUHANNYA DALAM PERJUANGAN YANG BARU SAHAJA MENDIRIKAN MASJID IAITU SAUDARA SYED FAIZ DAN ISTERI. DOAKAN SAYA…
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
4 Cadangan/Pandangan:
Salam
Abi:Abi mnta maaf ya neng akhir2 ni abi sibuk bangat jd enggak sempat 'sembang' dgn kamu dan anak2.
Ummi:enggak apa2 abi,udah risiko jd isteri anggota 'pendai'e'.
Abi:Kamu senang jd isteri kpd anggota 'pendai'e'?
Ummi:Biasa aja...tp ummi lbh senang jd isteri abi yang dl...
Abi:Kenapa?
Ummi:Tu rambut sudah jd putih semua...pikirin negara ya...
Abi:Ada yang lebih berat neng pikirin ummat.....
Wallahualam......
Assalamualaikum..bila baca artikel ustaz teringat cerpen ini yang pernah dibaca.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya"
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… ” Fatimah mula sebak.
“Tak. Maksud saya…”
“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.
“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?”suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.
“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.
“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.
“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.
“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,”luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
“Perjuangan, ” jawab Fikri.
assalamualaikum...
subhanallah..
kan bgus klu sume org pk mcm us
cmne ye kdg2 2 kte selalu terpk...
hmm...
bgus la...
insyaALLAH ana akn amalkn ape yg us cdgkn
Catat Ulasan