Kalau orang tanya, apa yang ingin aku lakukan sekarang. Ingin aku menjawab,
“Ana ingin sekali ke Baitul Qurra’ untuk belajar dengan Ustaz Zulkifli sekurang-kurangnya seminggu. Ana juga ingin sekali membeli Nailul Awtar al-Syawkani dan Majmu’atul Fatawa Ibn Taimiyah”.
Kalau ada yang bertanya, apa yang ingin aku lakukan setelah memegang Gamis.
“Ana ingin sekali berziarah ke Yaman, bertemu dengan para ulama yang soleh di sana dan mengambil kesempatan menuntut ilmu dengan Habaib di sana, dan ana tidak akan melepaskan peluang untuk mendengar bicara ilmu daripada Habib Omar. Ana juga ingin sekali berkelana ke Syria paling kurang sebulan. Tujuan ana bukan sekadar untuk menuntut ilmu malah menambahkan kantung pengalaman supaya dijadikan irsyad dalam kehidupanku”
Aku sebenarnya ketika menjadi tamu undangan ke Terengganu semasa Pilihan Raya baru-baru ini bertemu dengan seorang nyonya yang kebetulan bersebelahan denganku dalam flight. Katanya, “Kamu bila kerja nanti kena target melancong. Pergi ke negara orang untuk timba pengalaman. Orang Melayu saya tengok suka sangat kahwin awal selepas belajar. Kamu sepatutnya kumpul duit untuk melancong”. Dalam diam-diam, aku bersetuju dengan banyak point yang dikemukakannya.
Ya, melancong sangat seronok. Aku suka sekali melancong, malah inilah impianku sejak dulu. Ketika aku ke Mekah mengerjakan umarh, aku telah berniat,
“Ya Allah, aku datang ke sini bukan sekadar untuk beribadat. Malah aku ingin sekali meneladani tradisi ulama silam yang berkelana mencari ilmu. Aku ingin sekali menghayati perjuangan nabi-Mu dan para sahabat dalam menegakkan tiang Islam. Aku ingin sekali menambahkan pahala dan ilmu serta pengalaman dalam dadaku”.
Siapa ingin bersama aku, kita melancong melihat peradaban Eropah yang sudah lama aku kagumi. Keindahan istana Isabella di bumi Sepanyol, Masjid Biru di Turkey, Tembok Besar di China, binaan-binaan bersejarah di kota Romawi, alangkah, hati mana tidak kepingin untuk menyaksikan semua itu. Apatah lagi, hati pasti akan berasa sedih melihat dan berziarah ke tempat yang pernah menjadikan perkampungan Islam satu ketika seperti di Barcellona dan Seville.
Jika ditanya, apa yang aku cinta? Akan kujawab, aku cintakan kitab-kitab. Jika ditanya, apa yang kamu kasih? Akan kujawab, aku sangat kasihkan para ulama yang soleh. Jika ditanya, apa yang aku impikan? Aka kujawab, aku ingin sekali melawat peradaban dunia di seluruh dunia, jika aku mampu.
Aku ingin sekali meneladani keteguhan Imam Ahmad yang sanggup menjadikan belakang tubuh badannya sebagai sasaran kerajaan melepaskan geram demi mempertahankan aqidah bahawa al-Quran adalah kalamullah, bukannya makhluk. Aku juga ingin mencontohi ketaqwaan Hassan al-Basri yang tenggelam dalam asyik-makhsyuk beribadat kepada Allah, sehingga wajahnya sentiasa digarisi rasa takut bagaikan baru pulang dari tanah perkuburan. Aku juga ingin mencontohi hikmahnya Ibn ‘Athaillah dan al-Ghazali dalam mendidik dan menuntut jiwa manusia.
“Ustaz, assalamualaikum,” satu suara kedengaran dari corong HP aku yang berwarna biru.
“Wa’alaikumussalam, siapa di sana?”, aku membalas salam seramah mungkin. Oh, rupanya ada jemputan kuliah di Kuantan, di Akademi al-Rasyidin tempat Ustaz Nasruddin Tantawi. Alahai, bilalah orang Cordowa dan Pulau Sicily ingin menjemput aku untuk menyampaikan kuliah pula ya. Bumi Malaysia ni sudah aku ratah, aku ingin pula menjamah bumi lain.
Ya, dalam diam-diam aku ingin menjejakkan kaki ke Russia. Kalau boleh ingin sekali aku bertemu mata dengan Vladimir Putin, pemimpin gergasi dunia yang sangat aku kagumi. Daya kepimpinannya bukan sahaja menakutkan kuasa polis dunia malah menggemparkan seluruh dunia. Vladimir Putin dan Barrack Obama, dua orang tokoh kepimpinan dunia yang sangat berpengaruh pada masa sekarang.
Gurau Sheikh Umar tadi, muka Alan mirip muka Obama. Lalu diberi nama Alan Obama.
Muka aku pula, mirip Berbatov ke? Erm, entahlah…
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
1 Cadangan/Pandangan:
Enta macam Saiful yang bersumpah hari. Macam je, bukan sebijik. Cuba tengok dahinya.
Catat Ulasan