Isnin, 15 September 2008

MERINDUI KASIH ILLAHI


“Abi, benarkah Islam itu agama yang syumul?” tanya anakku sambl bermain-main dengan janggutku yang sejemput. Isteriku yang sedang melaipat kain hanya tersenyum mendengar persoalan daripada anakku yang sememangnya petah berkata-kata. Lidahnya panjang sampai ke dagu. Kata orang, orang berlidah panjang ni, banyak dan petah berkata. Adikku Sumaiyah juga begitu.

Aku mengusap-usap rambut anak perempuanku yang amat ku kasih. Inilah permata hidup kami, lambang cinta kain yang sejati. Ia juga merupakan lambang kasih Allah kepada hamba-Nya dengan memberikan rezeki berupa zuriat yang baik. Aku sejak dahulu lagi sentiasa mendoakan agar aku mendapat zuriat yang baik dan soleh serta mampu memberikan kebaikan kepadaku di akhirat kelak.

”Along, benar sayang. Islam itu agama yang syumul, satu-satunya agama samawi yang diiktiraf Allah sejak zaman Nabi Adam higga sekarang. Islam bukan sahaja agama duna bahkan agama akhirat. Islam agama untuk kanak-kanak macam Along dan untuk orang tua macam ummi,” aku sengaja menekankan perkataan tua itu pada isteriku. Fasihah tertawa kecil apabila aku cuba mengusik-usik umminya. Isteriku pula hanya mengetap bibir sambil melemparkan kain yang dilipatnya ke arah aku. Haha, aku hanya tertawa sedangkan isteriku menggerutu kecil.

”Ayah, kenapa kita mesti hidup semula selepas dimatikan?” aku tersentak mendengar persoalan anakku. Umurnya baru mencecah tiga tahun, tetapi pelbagai persoalan yang menarik sentiasa terpacul daripada mulutnya. Dulu, pernah dia bertanya padaku apakah untungnya baca al-Quran jika umat islam masih dalam kedaan lemah dan ditekan musuh. Aku sangat bersyukur kepada Allah, lalu kucium ubun-ubunnya. Seketika, kedengaran bunyi tangisan Faqih, anakku yang baru sahaja mencecah umur setahun. Lapar agaknya. Isteriku bergegas mendapatkan Faqih lalu mendukungnya.

”Along, kita dihidupkan semula untuk menerima semula pembalasan daripada Allah taala. Kalau kita baik, kita akan dapat masuk syurga, dan jika tidak mendengar perintah Allah, kita akan mesuk ke dalam neraka,” terang aku, harap-harap dia akan memahami penjelasanku ni suatau masa nanti. Aku ternyata tidak pandai barangkali untuk melayan persoalan dan kerenah anak-anak kecil. Dulu pernah Abah menegurku kerana tidak pandai elayan kerenah Sumaiyah adikku yang ketika tu berumur tujuh tahun. Sekarang umurnya sudah mencecah 11 tahun.

”Ya Along, sebab itulah Along kena dengar nasihat abi dan ummi,” isteriku menyampuk di tengah-tengah. ”Orang yang mendengar nasihat ayah dan ibunya dijanjikan alah dengan syurga. Tetapi sesiapa yang ingkar dengan kata-kata orang tuanya akan mendapat kemurkaan dan marah daripada Allah. Along mahu? Soal isteriku. Anakku cepat-cepat menggelengkan kepala seraya memelukku erat. ”Along taknak masuk neraka abi, Along taknak masuk neraka. Alng takut dengan Allah,” rengek anakku sambil menangis kecil. Aku cepat-cepat memujuknya sambil membaca beberapa doa anak sulungku mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah yang Maha kaya.

Sering kali juga aku berbincang dengan isterku tentang Fasihah. Rasanya, kami pelik benar. Telatah anakku ini sangat pelik, dan persoalan yang ditimbulkan olehnya sangat di luar jangkaan. Pernah satu kali aku mendengar dia berdoa agar Allah memberikannya keimanan dan diberikan kekuatan untuk memahami agama dengan baik. Kadang-kadang dia mengenakan pakaian sembahyang isteriku dan berkurung dalam bilik hampir sejam lamanya tanpa bergerak-gerak. Bila aku merapatnya, dia berkata perlahan, Along takutkan neraka, abi.

”Ummi ummi, ceritalah lagi. Ceritalah lagi.” Isteriku yang sememangnya garang dan tegas, menampung sikapku yang sentiasa berlembut dengan kanak-kanak meminta agar anakku mendengarnya daripadaku. Aku hanya menggeleng-geleng kepala. Macam tu lah isterku, tegas. Pantang diganggu jika ada kerja yang perlu disiapkan. Kadang-kadang sengaja aku mengusiknya. ”Abang tau la yang awak tu Doktor Falsafah, pensyarah, sibuk memanjang, tapi masa untuk anak pun perlu diperuntukkan juga. Takkan awak nak bag masa awak yang kosong tu untuk saya je?” sengaja aku mengusik isteri kesayanganku itu. Sebagaimana biasa, pasti cubitan maut akan hinggap di pahaku dan aku akan mengaduh sakit.

”Ala ummi ni, bila membaca je, lupa dunia, bila membaca je, lupa dunia,” omel anakku. Aku hanya tergelak kecil. Isterku aku memang rajin membaca. Pantang ada masa kosong, pasti matanya gatal untuk menghadap buku. Aku juga begitu, tetapi tidaklah aku sampai hati untuk menghampakan hati anakku.

”Along, jom ikut abi keluar. Abi ada usrah sekarang dengan Um Azlan,” ajak aku. ”Um Azlan abi? Yeye, along dah lama tak jumpa dengan Um Azlan. Jom abi, along nak minta coklat yang mahal-mahal dengan Um Azlan,” anakku pantas sahaja bila mendengar nama kawanku Azlan. Sememangnya dia sangat rapat dan manja dengan kawanku itu. Seringkali juga Azlan memberikannya coklat dan hadiah buku untuk mewarna. Isteriku seperti biasa, membebel je kerjanya. Diberi coklat, salah. Katanya nanti rongak gigi anak kita. Kalau diberi buku mewarna pun marah. Katanya buku dah berlambak kat rumah. Apa la yang betul pada pandangan dia aku pun tak tahu. Tetapi sebenarnya dia hanya tidak mahu menyusahkan orang lain sahaja. Dia tegas Cuma, tetapi dalam banyak hal, dia sangat berlembut dan bila sahaja kami bertengkar, pasti dia yang akan mengalah. Pandai sekali dian menjaga hatiku, Cuma biarlah dia membebel. Bukankah itu fitrah dan hobi seorang wanita?

Along, kenapa along suka jumpa dengan Um Azlan?” tanya aku sambil memandu kereta berhati-hati. Kam sudah berjanji akan mengadakan usrah di Pejabat Kerajaan Selangor, membincangkan soal pentarbiahan untuk Universiti malaya. Naim, ya Dr Khairul Naim yang baru sahaja pulang dari oversea terus dlantik menjadi TNC HEPA di UM telah meminta kami untuk mengadakan kaderisasi baru di Um secara terbuka. Biasanya aku dan Azlan akan bersama dalam bidang pentarbiahan ini. Kawan-kawanku yang lan seperti Abang syaari, Ustaz Riduan, Sheikh Umar dan beberapa orang lagi kini telah menjawat jawatan yang penting dalam kerajaan sejak Pakatan rakyat mengambil alih kepimpinan darpada Barisan Nasional.

”Along, kenapa diam?” tanya aku lagi. Anakku memalingkan kepalanya kepadaku, diam sahaja. Sejurus, dia menjawab, ”Um Azlan selalu pesan kepada along, kalau kita junjung Islam walau dengan dua batang jari in, kita akan masuk syurga abi,” jelas anakku sambil menunjukkan jari telunjuk dan tengahnya. ”Jadi, along rindu mendengar nasihat jihad daripada Um Azlan,” aku terkedu mendengar jawapan anakku. Dan aku memang terkedu...

1 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

ust2.. moga2 Allah kabulkan angan2 ust tu.. tp kan ust, anak ust yg name fasihah tu memang berlawanan ngan ana, yg juga bernama fasihah. time kecik dulu ana dilabelkan pendiam n suke memendam rsa. tp loni, mulut ana ni smakin lantang berbicara dan InsyaAllah lantang utk perjuangan Islam..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE