Khamis, 18 September 2008

SEKARANG JAM 2.30 PG DAN AKU MULA MENGARUT


“Ustaz, saya pengerusi majlis. Jadi, boleh saya ambil biodata ustaz sikit,” seorang budak berkaca mata merapati aku. Aiseyman, dia tak tahu ke aku ni pantang dengan pengerusi majlis. “Nak sikit je ke?” tanya saya balik, saja main-mainkan dia. Ha, baru padan muka, tu la, sape suruh jadi pengerusi.

“Err, banyak pun takpe ustaz,” tergagap-gagap budak tu sambil membetulkan kaca matanya. “Enta nama apa akhi?” tanya aku balik. “Enta sekarang belajar kat mana, ambil course apa, beat tak best belajar, enta suka ke datang program macam ni, enta bla bla bla…

Aduh, susah betul. Aku memang tak suka dengan pengerusi majlis. Aku juga sangat tidak suka dikenali. Yang jadi urusetia pun satu. Patutnya biodata penceramah macam aku ni kena la siap awal-awal. Ni bila aku datang barula kelam-kabut dapatkan maklumat. Patutnya urusetia yang bagi pada pengerusi awal-awal.

Soalan yang biasa tanya, ustaz dah kahwin? Alamak, aku dah kahwin ke belum, tak penting. Yang penting pengisian yang nak dibincangkan nanti. Aku mula kepanasan, rimas dengan suasana yang tidak menyenangkan ini. Mungkin ramai orang suka dengan pengerusi tetapi aku pula sangat anti dengan pengerusi. Bagi aku pengerusi tidak penting.

Aku mampir ke dewan kuliah. Aku jenguk-jenguk dari kejauhan. Wah, ramai jga pesertanya. Erm, kalau aku dah ada anak kan best. Aku akan bawa anak aku, lepas tu biar dia berlari-lari dalam dewan. Biar dia kacau peserta-peserta yang sedang dengar pengisian, pastu dia menangis.. wa, wa, apa lagi, aku suruh je mana-mana peserta pergi cucikan najis anak aku tu. Baru tamrin namanya.

Pastu orang akan kata. Wah, cantiknya anak ustaz, putih macam ustaz. Ha, kalau ada orang cakap macam tu, siapla. Bleh dia sindir aku ni putih pula. Aku tau aku gelap, tapi gelap-gelap manis. Eh, ada ke. Pastu orang tanya lagi, orang rumah mananya ustaz? Aku akan jawab, orang rumah tengah membuta pagi-pagi ni, haha. Eh, ntah pap aku ni.

Lepas ni aku kena bagi tajuk tentang Islam sebagai agama terbaik. Apa ye aku nak buat. Takkan aku nak ceramah je. Bukannya best pun. Nanti silap-silap, orang tidur je dengar aku ceramah sebab boring dan bosan. Aku kena fikirkan sesuatu yang menarik ni. Takkan nak suruh diorang berguling-guling, tak kena pulak. Takkan nak suruh diorang melompat-lompat macam katak, eh,ni bukan kem askar. Lagipun program di masjid.

Ah, hentam je la. Aku masuk selamba je ke dalam dewan. Aku tengok atas, bawah, tepi kanan, tepi kiri, dalam masa yang sama aku pastikan bahawa aku berada dalam keadaan terbaik untuk memberikan pengisian.

“Ok adik-adik sekalian, hari ni kita akan berkongsi tentang satu pengisian yang agak penting iaitu Islam sebagai aldeen. Ok, sekarang pecahkan kepada lima kumpulan. Gerak sekarang,” bergegas mereka bergerak membentuk lima kumpulan. Aku tersenyum melihat gelagak mereka. Ada yang terpinga-pinga mencari kumpulan. Ada yang terpiat-piat bangun. Ada yang cergas semacam, mungkin sebab dia makan biskut Tiger tadi.

Aku kemudiannya memberikan tugasan kepada mereka. Kumpulan pertama aku minta supaya senaraikan 70 orang tokoh Islam yang terkemuka dan berpengaruh selain nabi dan para sahabat. Ha, baru tahu. Terkial-kial mereka mencari 70 orang tokoh yang berpengaruh. Kalau diorang sebut Zinadine Zidane, siaplah diorang. Orang acam tu pemain bola, bukan tokoh yang berpengaruh pun. Misbun Sidek pun tidak. Maksud aku adalah berpengaruh dalam dunia Islam, bukan dunia badminton.

Kumpulan kedua diminta untuk menyenaraikan 15 kesan pemerintahan Islam masa dahulu terhadap dunia. Islam pernah memerintah Spain, Selatan Italia dan beberapa Negara lain. Pasti dan mesti ada kesan pemerintahan mereka. Cuma aku minta mereka senaraikan. Kalau sekadar Taj Mahal, itu tanda cinta membabi buta yang tidak patut sagnat diagung-agungkan. Membazir je raja zaman dulu. Asal dia bercinta je, nak orang faham perasaan dia.

“Kumpulan ketiga, sila senaraikan 20 petanda kemenangan Islam,” aku memberikan arahan yang seterusnya. Kumpulan keempat pula menyenaraikan 100 sikap muslim berjaya dan kumpulan kelima sebaliknya.

Semua ni berkait dengan Islam sebagai aldeen. Aldeen ni bukan duk di masjid je, tetapi ada juga di Gereja. Umar al-Khattab pernah mempamerkan keizzahan Islam di gereja. Baru mereka tahu penangan Islam. Selama ni agama lain ada yang cuba merendahkan Islam tetapi mereka tidak tahu Islam ni agama apa.

Sebut saje pasal Taj Mahal, aku membebel sendirian. Apa pasal la raja tu, demi isteri ang dah mati pun nak cinta lebih-lebih. Dah orang mati, nak buat macam mana. Ni kononnya buat bangunan besar-besar lambang cinta sejati, perabihkan duit je. Baik kahwin lain. Senang cerita.

Selesai sahaja mereka membentangkan perbincangan mereka, aku minta mereka senaraikan pula apakah sumbangan Islam terhadap dunia masa kini sama ada dari sudut Sains dan Teknologi, agama, kesatuan, keamanan dan lain-lain. Kadang-kadang tersentuh juga hati aku. Kenapalah orang Arab sibuk beli kelab Manchester City. Kalau bagi aku sejuta, boleh aku buat apa-apa program untuk Gamis. Beli kelab mahal-mahal sanggup, tapi Palestin sape nak tolong. Cinabeng betul orang macam ni. Mubahalah baru tahu.

“Ha, senaraikan 20 sumbangan Islam terhadap dunia. Jangan main-main,” aku bagi araha sempoi. Ala, sempoi je. “Ustaz, ni anak ustaz ganggu kami”

“Ha, anak? Bila masa pula aku ada anak?” dan aku termanggu-manggu

3 Cadangan/Pandangan:

KERINCHI CORNER on 21 September 2008 pada 3:27 PG berkata...

banyaknya program bulanan dia..macam presiden Pas..buat cerita, tak sah kalau tak cuit sikit bab kawin.. kau kawin jelah yoppp...hehe..
lawat blog baru ana, kalamkerinci.blogspot.com menggantikan kalamkerinchi.blogspot.com

Anak Muda Reform on 21 September 2008 pada 3:51 PTG berkata...

ustaz dzul, hang gilo ke??cite memang menarik, ringan..hang memang nak kahwin sangat dah nih, percepatkan, jangan tanguh2, merana empunya badan..hehehe..semoga hidup bahagia bersama tersayang..

Afzan Rahman on 21 September 2008 pada 6:49 PTG berkata...

huhuhu...
no komen...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE