Sahabat saya meniupkan semangat yang padu kepada saya. Katanya, sudah tiba masanya untuk kita merapati golongan ilmuan bagi memperkasakan nilai kebijaksanaan kita. Saya bersetuju, malah sangat sangat bersetuju. Sudah lama saya melaungkan gagasan ini namun nampaknya kurang bersambut.
Saya pun lembap juga. Sepatutnya saya jangan menunggu orang bersetuju atau tidak. Saya harus pergi dahulu, dan buktikan. Saya mesti merapati golongan ilmuan ini dahulu, sebagaimana sekarang saya sedang merapati golongan murabbi di Kelantan. Murabbi di Kelantan sangat berilmu, saya rasa sangat seronok.
Apabila saya ke rumah Ustaz Yahya Othman baru-baru ini, beliau bangun menymbut saya. Beliau ingat saya. Dulu pun beliau ingat saya. Kini pun beliau masih ingat. Harap esok lusa, beliau tetap ingat. Apabila ingin berpisah, beliau perkenalkan saya kepada orang lain, ini orang kanan….
Kita takut merapati ulama dan ilmuan, walhal merekalah yang paling mudah dirapati. Tawadhu’ itu sikap dan pakaian mereka. Mereka ibarat padi, tunduk apabila semakin berisi. Sudah ramai orang yang saya takut untuk rapati gara-gara ilmu mereka, rupanya mereka sangat lembut dan ramah. Yang tidak ramah pun, sangat lembut. Bila ceramah, menakutkan. Bila berbicara, aduh, sangat lembut dan menyenangkan.
Saya masih ingat kenangan malam tu, malam yang membuka satu lagi paradigma baru dalam diri saya. Saya bersama tiga empat orang sahabat sedang berbincang tentang strategi mengukuhkan lagi penguasaan gerakan Islam masa depan. Kami berbincang tentang Negara, dalam masa yang sama membincangkan tentang kampus. Ada dua epilog bicara yang mengubah minda saya. Satu, ia terpacul keluar dari mulut seorang yang lain, dan satu ia terkeluar daripada keazaman saya sendiri selepas terkena percikan semangat yang lain oada malam yang bertuah itu.
Pertama, kita bukan lagi group strategi semata-mata, strategi hanyalah skill dan kepintaran, sebaliknya kita adalah pemimpin Negara masa depan. Saya teruja sama sekali. Ya, strategi hanyalah satu kepintaran. Benar juga pandangan sebegitu. Lantas, saya pula menyebut, bulan tiga tahun depan (2009), ana sudah tidak mahu menjadikan kampus sebagai soal utama perbincangan kita, sebaliknya kita mahu berbncang soal Negara dan dunia. Tinggalkan kampus, ambil jiwa Negara.
Semalam, sahabat saya mengirimkan idea baru kepada saya, kuasai INSTAC, atau dalam pengertian lain menurut syarah saya, rapatilah golongan intelektual dan kuasai kemahiran berfikir mereka. Ya, ia membuatkan saya kian teruja dan terkesima.
Saya sudah ingin meninggalkan dunia kampus, tidak lama lagi kata saya kepada Ustaz Ridhuan. Saya ingin melangkah terus ke depan. Saya tidak suka alam sekolah, saya juga ingin tiinggalkan alam kampus. Tetapi jiwa tarbiah, tetap meresap dalam segenap pelosok. Tarbiah itu suatu perkara yang lain. Strategi politik, orang lain lah yang ambil. Saya ambil bahagian tarbiah.
Bila saya berkecimpung dalam dunia sekolah dengan mengadakan program untuk pelajar (ayat ini hanya untuk saya, harap yang lain tidak terasa), saya rasakan pemikiran saya akan tersekat. Saya tidak akan puas dengan menjadi budak sekolah. Saya ingin mendewasakan pemikiran saya sepantas mungkin. Jika ada program sekolah, saya hanya ingin menjadi pengurus, bukan orang yang turun berprogram. Memberi pengisian pun kalau boleh saya ingin elakkan. Cuma setakat ini saya masih turun untuk memberikan pengisian. Satu hari, saya ingin tinggalkan. Anda mesti memahami, tinggalkan bukan bermaksud, saya tidak akan terlibat. Tinggalkan maksudnya, saya tidak mahu pemikiran saya masih kekal berada di situ. Tetapi jasa mesti ditabur, ilmu mesti dicucur, pengalaman mesti dikongsi.
Pemikiran saya mesti luas. Justeru, saya belajar berfikir dan belajar menganalisis kebijaksanaan orang lain. Sebab itulah saya berani menentang gerakan arus sekarang. Orang suka belajar Usul 20 yang dibawa Ikhwan, saya pula tidak suka. Orang suka memahami teori Maratibul Amal, saya pula tidak suka. Saya menganalisis dan berfikir, rupanya kita banyak mencedok pemikiran al-Banna tanpa mengambil kefahaman Rukun Bai’ah yang pertama iaitu Daya Kefahaman. Nah, situasi kita, gerakan kita, kita lebih memahaminya berbanding al-Banna. Jadi, mengapa kita masih sibuk-sibuk dengan pemikiran puluhan tahun yang lepas yang bermula di Mesir. Jiwa Mesir dengan jiwa Melayu berbeza.
Maafkan saya, sudah saya jelaskan, saya cuma belajar menganalisis. Jika salah, tidak mengapalah. Saya akan belajar lagi.
Kebijaksanaan bagi saya akan terlahir apabila kita bersama dengan orang-orang yang memilikinya. Tetapi jangan sampai tertakluk dengan pemikiran mereka, tetapi analisis. Saya berforum bersama Ustazah Sakinah, saya ada tidak bersetuju dengan pandangan mereka meskipun umumnya berpegang begitu. Mungkin pemikiran Kuala Lumpur berbeza dengan pemikiran Kelantan. Saya juga ada tidak bersetuju dengan pemikiran Ramadhan Fitri, tetapi apakah ini salah dalam Islam? Tidak salah, malah inilah kemurnian berfikir yang sepatutnya disemai. Malah jika satu ketika saya tidak bersetuju dengan Tuan Guru Nik Aziz, apakah ini salah dalam Islam?
Tuan Guru bukannya Nabi. Tetapi beliau seorang ahli hikmah yang mempunyai pengikut yang sangat ramai. Jka Anwar disentuh, orang berdemonstrasi sehingga mencetuskan reformasi. Jika Tuan Guru, saya tidak tahu apa yang akan menimpa Malaysia. Sebab itu mereka tidak berani menyentuh Tuan Guru. Bahaya, bahaya. Tetapi, apakah salah saya berbeza pandangan dengan beliau? Sudah tentu tidak salah.
Tarbiah melahirkan orang yang bijaksana, yang mampu berijtihad. Meskipun al-Syafei murid kepada Imam Malik, tetapi ia tidak menghalang al-Syafei mengasaskan mazhab baru, begitu juga dengan Imam Ahmad. Inilah nilai kebijaksanaan dan tidaklah pula Imam Malik menghalang al-Syafei. Malah Imam Malik sangat menyintai perbezaan pendapat dalam mencari kebenaran hakiki.
Balik KL nanti, saya ingin bertemu dengan golongan ilmuan, saya mahu kembangkan daya berfikir saya sepantas mungkin.
Masalah Umum Segitiga Dudukan Motor serta Tips Mengatasinya
Seminggu yang lalu
7 Cadangan/Pandangan:
Assalamua'laikum..
Ustaz, bg ana apa yg ustaz sebutkan sbgai analisis sma seperi memproses maklumat tersebut..
Bkn nk bg pndangan tp sebalikny nak mtk pndangan ustaz..mcm mn nk ajak sahabat2 yg bgerak kerja bersama untuk sama2 'memproses' maklumat yg diterima dan m'terjemahkannya dlm bntuk tindakan sbb ana sbg sahabat menghadapi masalah ni dan ianya sgt mencabar dan menuntut kesabaran walaupun berkaitan perkara asas..gerakkerja juga m'jd sukar..
A'la kulli hal, syukran ustaz..
ya mendampingi ulama' pelajari ilmu mereka dan corak pemikiran...bagaimana untuk bijak dalam menganalisis? perlu ada ilmu..apakah ilmu kita lebih hebat dr para ilmuan y kita dampingi?? hanya mereka y lebih berilmu drpda ilmuan itu boleh menganalisis para ilmuan y didampingi..wasalam----aku yang sedang belajar ilmu menganalisis
tukang masak Upm
pemikir ini org hampir dgn kebenaran mungkin. kalu kita tgk dan perhalusi scr tak langsung diri kita sendiri, kenapa kita berfikir, kenapa kita rela pecahkan dan semakkan otak duk fikir akan sesuatu isu dan situasi? kerana kita ada kepentingan...sbg ahli gerakan dakwah ni, of course kepentingan kita adalah Islam (masa depan islam didepan)..inilah kpntingn puak kita. berbalik kpd mendampingi ilmuan spt yg dicadangkan, ya..bagus sgtlah.. at least, kalu kita tak mampu nak 'sentuh' apa yg diperkatakan, kita belajar dan perhatikan CARA MEREKA BERFIKIR! nah, inilah kuncinya... CARA!
Islam membekalkan CARA, bukan penyelesaian semata. CARA itu nnti kita aplikasikan dlm khidupn.bukan stakat kepompong kemahasiswaan dan kampus, malah negara dan dunia global. ana nak tanya shbt2..dan ust dzul khususnya, apa pndapat antum ttg kefahaman Syiah dan keberjayaan golo ini melahirkan insan yg BERFIKIR DILUAR KOTAK?
Ya akhi, terima kasih kerana menghubungi saya dua hari lepas. Tuhan selalu mengajak kita menjadi pemikir di atas sebesar-besar hingga sekecil-kecil perkara.. tidak kiralah berfikir secara lateral, terbalik, kritikal, analitikal, kreatif, atau apa saja, kita mesti, 'think as an inventor!'. Rapatilah orang alim, kerana di situ lubuknya..
ulama ikhwan mengatakah"wa taawanu ala ma ittifakna fih wa yakziru ba'dhuna ba'dhan fi ma ikhtilafna fih"
jika ingin bertukar pandangan berkenaan pemikiran dialukan.
salam perjuangan,
alfaqir ila rabbih
zulwaqar ibn mumtaz
Salam ya akhi,
Syukran. satu topik yang amat ana sukai. Ana berfikiran begitu, berfikir benda yang lain. Memproses n memproses.. Ana x nak benda yang biasa.. Sebab sekarang amanah kita besar.. Untuk mencapai balik daulah islam...
~~
menganalisis, bukan hanya bertaqlid... tapi, selalunya. x ramai yang setuju dengan ana.. hehe.. ada sahabat satu fikrah mesti best.. insyaAllah, sentiasa doakan ana untuk thabat dalam perjungan dan senyuman ya..
Sama la kita ustaz.Perlu duduk dengan ustaz bincang lagi. Ana xda kapasiti yang besar untuk mobilisasi.
Catat Ulasan