Khamis, 11 Disember 2008

IA HANYA SATU PANDANGAN


Saya rasa tidak salah jika saya mengungkapkan pandangan saya dengan jujur, asal saya tidak takabbur dan menjauhi sikap ingin mencari populariti Apa yang saya ingin sebutkan ini sekadar perbincangan ilmiah, bukan untuk diherot-perot atau dipanjang-panjangkan. Ya, ia perbincangan cuma. Saya melontarkan pandangan. Anda berhak menerima dan menolaknya. Tetapi, cubalah analisis terlebih dahulu tanpa sebarang prejudis dan prasangka.

Apa pandangan anda tentang maratibul amal? Adakah ia satu teori atau praktikal? Ya, bagi sesiapa yang belum mengetahui maratibul amal yang digagaskan oleh Ikhwan, maka izinkan saya untuk menjelaskannya di ruang yang ada ini. Maratibul Amal adalah satu gagasan penguasaan dunia berdasarkan teori bertahap.

Tahapan pertama, Ikhwan mahukan fardu Muslim yang salih. Hasil daripada fardu Muslim yang salih itulah, dikahwinkan dengan muslimah yang baik, akan terbentuklah Bait Muslim atau keluarga Islam yang baik. Natijah kemudiannya adalah mujtama’ (masyarakat) Islam yang yang berkualiti.

Ini tiga tahapan pertama yang perlu dicapai. Ia boleh dianggap sebagai peringkat pertama dalam proses menundukkan dunia seluruhnya di bawah kekuatan Islam sebagai agama pemerintah. Selepas melalui peringkat pertama ini, maka Ikhwan meletakkan target membentuk Negara Islam yang boleh dianggap sebagai titik tolak pertama untuk melaksanakan dakwah secara universal. Selepas itu, bebaskan Negara daripada unsur penjajahan dan pembaratan, membentuk khilafah Islamiyah dan kesudahannya adalah menjadi pemimpin dunia.

Ini teori atau impian? Ia terlalu ideal, jadi saya tertanya-tanya, apakah ia semata-mata teori atau satu lontaran semangat motivasi supaya semua orang bekerja? Sekiranya ia satu teori yang perlu dicapai dan digapai, maka saya kurang setuju. Tetapi jika ia hanya impian atau semangat motivasi, saya tidak mahu memberikan sebarang komentar. Anggaplah ia sebagai satu teori yang perlu dipraktikkan sebagaimana difahami oleh banyak orang.

Ya, ramai beranggapan bahawa kia perlu membina dari bawahan secara bertahap untuk memimpin dunia. Ia terlalu ideal. Mungkin gagasan inilah yang menyebabkan orang terlalu memilih dalam tarbiah, berkahwin sesama sendiri, tetapi dari dulu sampai sekarang, hasilnya kurang memberansangkan. Ya, masih belum menunjukkan prestasi yang terbaik.

Saya pada pandangan yang cetek melihat penguasaan dunia tidak memerlukan teori ini. Kuasai peringkat atasan, menguasai politik dan pemerintahan, kemudian menerapkan elemen Islam, tanpa perlu melalui peringkat Bait Muslim dan Mujtama’ Muslim, bukankah Islam juga boleh tertegak begini? Lagipun terlalu teori untuk menunggu gagasan Ikhwan, tunggu satu demi satu buah yang putih menjadi masak. Terlalu teoretikel dan terlalu lambat, walhal kemenangan Islam ini boleh dipercepatkan.

Bagi saya, saya ulangi, tidak mengapa jika Bait Muslim dan Mujtama’ Muslim tidak terbentuk lagi, tapi kuasai Negara terlebih dahulu dan menjadikan Negara ini sebagai Negara yang mengamalkan Islam secara holistik, barulah menatijahkan Bait dan Mujtama’ Muslim. Anda tidak bersetuju, tidak kisahlah. Mungkin saya tersilap faham dengan teori ini, maka mohon betulkanlah. Saya hanya iingin mengemukakan pandangan, tidak salah bukan?

Kalau salah, maka tersekatlah nilai kebijaksanaan akal saya…

4 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan pandangan..tetapi mungkin lebih berbentuk soalan daripada saya yang jahil

cuma saya pernah terdengar tentang untuk menggerakkan Islam perlunya untuk kita mengikut jalan sepertimana perjalanan perjuangan dakwah Rasulullah.adakah maratibul amal ini selari dengan jalan yang Rasulullah tunjukkan?

adakah dengan kita terus menguasai negara dalam masa yang sama kita masih kekurangan dari sudut pentarbiyahan di peringkat akar umbi tergolong dalam golongan al-musta'jilun?

adakah perlantikan 12 orang nuqaba' oleh Rasulullah semasa perjanjian aqabah bertujuan untuk menyediakan masyarakat madinah dengan fikrah islamiyah sebelum kedatangan Rasulullah untuk membina negara?

maaflah kalau soalan saya kebudak-budakan sebab saya memang budak-budak pun...tapi saya nak jadi dewasa dan matang macam yang ustaz kata...

Tanpa Nama berkata...

maratib amal ana adalah sebagai tahap yang kita nak tengok apa sebenarnya kita nak capai. ya, praktikal adalah berbeza. sebab itulah sudut pelaksanaan berdasarkan waqie adalah penting. semua benda dalam maratib amal tu bagi ana dilaksana secara serentak. pandangan tidak salah jika ia berdasarkan hujah yang benar hasil analisis. wallahu a'lam.

TilMiz Ila Jannah on 31 Disember 2008 pada 9:14 PTG berkata...

sokongan untuk enta ya akhi..
bagi ana, perlaksanaan maratibal amal adalah selari dalm pentarbalikannya. mencapai yang tertinggi dahulu.. Membentuk negara islam dalam masa yang sama membentuk peribadi dan masyarakat muslim..

laily on 3 Januari 2009 pada 3:11 PG berkata...

i thought that only me think about it...for me...sumer berjalan hampir seiring...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE