Selasa, 2 Disember 2008

PEREMPUAN PUN NAK KE?


Saya naik gelak bila mendengar pandangan, bagi perempuan, ada bidadara yang akan melayan mereka kelak. Aduh, perempuan pun nak pelayan juga ke kat syurga? Tak cukup dengan suami yang ada? Aduh, ini sudah playgirl ni.

Saya menjawab spontan, bidadara tu perempuan, sebab ada perkataan ‘dara’. Masakan mungkin ada pelayan khusus untuk wanita, kecualilah dari kalangan kanak-kanak. Saya memberikan beberapa jawapan terhadap persoalan ini.

Satu: Ibn Qayyim menyebut, tiada pelayan khusus untuk wanita. Yang ada untuk melayan mereka adalah suami mereka di dunia, dan anak-anak kecil yang mati sebelum baligh.

Dua: Fitrah lelaki sukakan wanita. Di dunia pun nak kahwin empat, kat syurga apa lagi. Hukum poligami terbatal di syurga kelak. Nak kahwin berapa orang pun boleh. Wanita jangan cemburu pula, kena belajar-belajar terima. Tetapi nyatanya di syurga bukan tempat penghuninya duk melepaskan hawa nafsu dan menghabiskan masa untuk bercinta semata-mata, tetapi tempat mereka untuk menghirup nikmat Allah dengan penuh rasa kehambaan. Fitrah wanita pula sukakan perhiasan. Mereka gembira mendapat barang kemas. Kita yang lelaki ni, tengok barang kemas langsung tak kecur air liur.

Tiga: Memang tidak menepati fitrah kemanusiaan jika ada pelayan khusus untuk wanita. Saya pun marah kalau macam tu. Saya taknak ada orang lain yang melayan isteri saya kat syurga nanti. Ke anda mahu begitu?

Tidak ada, masakan ada, sememangnya tidak ada. Jangan duk menggatal sangat. Kita apabila masuk syurga (Insya-Allah), kita akan ingat apa yang berlaku di dunia. Saya tetap akan kenal siapa kawan baik saya. Kita akan sama-sama berkumpul dan berusrah seperti sekarang, bezanya tidak perlu kepada sir dan hazar, itu sahaja. Bila berkumpul bersama-sama, kita akan mengungkitkan semula kisah-kisah kita di dunia dahulu.

Orang perempuan yang tidak sempat berkahwin di dunia, jangan bimbang kerana anda boleh memohon kepada Allah untuk hidup dengan sesiapa yang anda kehendaki. Ada satu perbincangan, jika wanita berkahwin dua, dia kelak akan tinggal bersama suaminya yang mana? Masalah ini tidak timbul jika lelaki berkahwin dua, malah empat sekalipun. Masalah in timbul kalangan perempuan sahaja.

Dulu-dulu, saya dengar si wanita ini berhak memilih sesiapa sahaja daripada dua orang suaminya ni. Mungkin ia lebih cintakan yang pertama, cuma berkahwin kali kedua untuk melndungi dan menjaganya, sedangkan cintanya masih terlekat kepada yang pertama. Kemudian ada pula saya mendnegar, si wanita ini akan tinggal bersama suaminya yang kedua, kerana itu suami terakhir. Saya tidak tahu apa jawapannya. Wallahu a’alam. Siapa yang ada jawapan, sila letakkan komen anda ya. Saya ucapkan terima kasih kepada yang memberikan jawapan.

Apapun, perempuan cukuplah dengan suami. Jika tidak sempat berkahwin, pilih siapa sahaja yang anda berkenan. ‘Kami’ sudi menerimanya…

5 Cadangan/Pandangan:

Anak Muda Reform on 2 Disember 2008 pada 10:45 PG berkata...

ni tak adil...hahaha..mesti lah nak jugak, mane aci..bahkan hukum islam dalam syurga pun dah terbatal..suka hati lah nak bape pun..ke macam mane???ke ada hukum gak, perempuan tak leh ada lebih daripada sorang suami..nih bukan hujah akademik, just cuba mengkritikalkan pemikiran tak tak kritikal..huhu...

Tariq Ziad on 2 Disember 2008 pada 6:57 PTG berkata...

salam ziarah ust
geli hati membaca post kali nih
ada jugak yang pikir macam tu?

apa-apa pun
persoalan apa yang kita bakal dapat di syurga nanti serahkanlah pada ALLAH sahaja, kerana syurga tetap sebaik-baik tempat kembali berbanding neraka

persoalan sekarang bukan apa yang kita akan dapat di syurga nanti, tapi apa yang kita dah buat untuk menggapai syurga

mohon untuk mengkomen ust..hehe

Tanpa Nama berkata...

akhi.. benar wanita bersama dengan suami terakhirnya dalam syugra... ini disebut di dalam hadis sahih. boleh rujuk :

http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=2207&Option=FatwaId

:-)

Ummi Mujahidah on 19 Disember 2008 pada 10:18 PG berkata...

Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya la, kalau ditakdirkan kita masuk syurga, kita boleh minta apa-apa sahaja kan? Kalau minum arak tu boleh ke? Em persoalan sebenar, di syurga tu ada batasan ke? Saya bergaduh dengan abang pasal hal ni. Harap ustaz dpt berikan penjelasan.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum ustaz. Perempuan juga ade hawa nafsu. Kalo sorg lelaki tak mampu memenuhi kehendak saya. Saya mampu jatuh cinta dengan 5 lelaki.Dan fitrah manusia hendak rasa dipamper. Y ade double standard?

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE