Saya berbincang lagi tentang silibus usrah dengan sahabat saya Hasrul. Beliau tekun mendengarnya,namun saya tidak pasti sama ada beliau bersetuju atau tidak. Saya menyebutkan beberapa perkara yang saya rangkumkan dalam bentuk point:
1) Beberapa tajuk perbincangan silibus perlu dihazafkan atau dinilai seperti Aqidah dan Tuntutan, Islam sebagai al-Deen, Akhlak Dalam Islam, Konsep Ibadah, Sir Hazar, sedangkan yang lain belum saya perincikan.
2) Ubahkan beberapa tajuk tersebut menjadi seperti ini sebagai contoh: Islam, Dakwah dan Kekuasaan juga Aqidah Dan Kepimpinan.
3) Beberapa tajuk baru perlu diperbincangkan seperti tajuk: Ciri-ciri Kepimpinan Islam, Ciri-ciri Politik Islam, Konsep Ekonomi Islam, Ijtihad dan Mujtahid juga Faktor Kebangkitan dan Kejatuhan Tamadun Islam.
4) Wacanakan beberapa riwayat perjuangan tokoh dan pemikiran mereka seperti Pemikiran Abduh, Pan-Islamisme al-Afghani, Perjuangan Mahatma Ghandi, Bagaimana Lee Kuan Yew Membina Singapura, Karismatik Prof Zulkili Mohamad, Pemikiran Prof Dr Burhanuddin al-Helmi atau juga Kekuasaan Vladimir Putin.
5) Diskusikan beberapa buku seperti karya Dr Majid al-Zindani berkenaan pembinaan generasi Solahuddin al-Ayyubi, buku Protokol Zionis Antarabangsa yang ditulis Henre Ford dalam the International Jew, Generasi Muda Muslim dan Cabaran Globalisasi karya Nasih Ulwan dan sebagainya.
6) Diskusikan juga tentang liberalisasi yang menjadi teras kepada kemunculan isme-isme baru.
Beberapa kelemahan dikenalpasti lahir daripada sistem yang telah diguna pakai hampir puluhan tahun lamanya. Saya telah tegaskan, silibus yang digunapakai masa sekarang membuatkan pelajar aliran agama menyampah dan menyusahkan pelajar aliran lain.
Terlalu dibincangkan soal ciri-ciri Islam yang terkandung dalam Rabbaniyah, Syumuliah dan lain-lain sedangkan perbincangan tentang Ekonomi Islam, apa kontradiks dengan kapitalis dan apa pula persamaan dengan komunis tidak menjadi soal yang utama. Bagaimana bentuk mu’amalah dalam Islam tidak dibincangkan. Akhirnya pelajar terperangkap dalam serba-serbi kejahilan untuk berhujjah berkenaan PTPTN yang menekan mereka, terutamanya riba.
Mereka mengenal Islam sebagai agam yang syumul tetapi mereka masih termanggu-manggu dalam soal Tahaluf Siyasi. Islam itu agama syumul, tetapi berapa ramai sahaja yang terlibat dengan kolaborasi bersama gerakan aau front dari bangsa dan fahaman lain? Mereka memahami Islam sebagai agama waqi’iyah atau berpijak di bumi yang nyata tetapi tidak mencermati soal keberanian berijtihad untuk sesuaikan dengan kondisi semasa dan setempat.
Cantik juga jika ahli gerakan diperkenalkan dengan beberapa perkara praktikal. Terima kasih kepada adik UTMKL yang menyedarkan saya. Juga terima kasih kepada guru saya Cikgu Nazli. Kebolehan untuk mandi mayat, baca tahlil, solat jenazah mungkin (saya bimbang ramai ahli tidak terbiasa dengan solat jenazah sepanjang berada di IPT khususnya), kemampuan menyampaikan kuliah atau sekurang-kurangnya tazkirah ringkas, menjadi Imam dengan bacaan yang bertajwid dan yang seumpama dengannya. Ilmu praktikal ini, adalah untuk menguasai masyarakat kampung. Berkenaan dengan skill komputer, ia adalah satu nilai tambah yang sangat bermanfaat. Jadinya, perlu ada group tertentu yang menguasai bidang masing-masing.
Saya menginsafi ramai yang kurang bersetuju atau tersentak dengan pandangan saya. Saya anya melontarkan, ia tergantung-gantung di antara kebenaran dan kekhilafan. Saya tetap menyetujui Abduh dalam bab kelebihan akal dan pengetahuan Islami juga banyak bergantung kepada kemampuan akal untuk bertindak dan reflex.
Tanpa Nama menyatakan asas Islam terbina dengan Taqwa sebagai tiangnya. 90 peratus kekuatan sistem terbina melalui taqwa,manakala selebihnya adalah akal dan usaha. Saya menafikannya dengan menyebut, tanpa anggaran peratusan, bahawa umat Islam yang bertaqwa tetapi lembap anya menyusahkan Islam. Islam mahukan umatnya yang sihat dan kaya idea, teguh akal dan potensi berfikirnya, sehingga dengan akal yang bersih itulah mereka membina keutuhan taqwa dalam diri dan melalui akal yang jernih itulah, Islam terbina dengan gemilang.
Saya menegaskan pandangan Umar cuma, apapun, terpulang pada anda.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
4 Cadangan/Pandangan:
Seseorg yg brtqwa itu dia bersifat kreatif bukn lembab spt yg ust katakn...ulama' atau org2 alim terbhgi kpd 2,ada yg brsifat nabi dan ada yg brsifat rasul...yg brsifat dia hya dpt ilmu dr Tuhan dan dia hy mampu untk smpaikn pd dirinya dn yg trdkt dgn dirinya,ttp ulama yg brwatak rasul,Tuhan dah bekalkn mrk ilmu dan kebolehan utk memimpin sluruh msyrakat..bkn stakat hny brpgtahuan dan bramal dgn ilmu2 ketuhanan,ttp ilmu2 dunia juga ditanganya...mujadid itu,yg Tuhan hntarkn pd stiap awl kurun..Tuhan dh lengkapkn pd dia ilmu2 dunia dan akhrat,sbb itu mujadid2 ini digelar sohibuzzaman iaitu empunya zaman..takkan seseorg yg digelar empunya zaman ni,Tuhan x bekalkn pd dia ilmu2 yg ust kata perlu ada pd seorg pemimpin yg kreatif..malah dia paling tahu dan pandai bca selok belok politik dan perubhan yg brlaku stiap hari pd dunia...mgapa politik hr ini begini bentuknya dan mgapa politik hr itu bgtu bntuknya..tetapi bukan mengetahui itu menjadi keutamaan krn dunia hr ini kerosakknya bukn pd akal fikiran tetpi rosak rohnya..Tuhan sudah tidak ada dlm dri manusia,mksud sy Tuhan dah x ada tu,bukan bererti msyrkat x tahu Tuhan..ttp mrk tak cinta dan tkut Tuhan..akal mrk membenrkn wujudnya Tuhan,ttp hati mrk sudh tidk ada Tuhan..sbb itu brlaku,mnta maaf ye sy ckp..seorg ust yg pkai sogkok dn ilmunya jg dikira tggi bole mlakukn perkra trkutuk...untk bgunkn sistem islam ni ada cra dn strategi mgkut zaman...zaman hr ni manusia sudh rosak hatinya..jadi yg perlu dibaiki ialah hatinya dahulu,agar bila mrk berfikir dgn akal kelak terpandu..tak tersasar...sbb itu kbykn ulama meneknkn soal rohani krn itu asas..kalu asas tiada,mcm sbuah rumah..tiangnya tiada apala akn jadi..begitu...bukn brmkna ulama skg x tau dan x fham ttg ilmu2 ekönomi,politik dll..sy x sanggah pndpat ust yg byk ulama jumud dan lembab,ada stengahnya bgtu,krn dia bukn org pilihan Tuhn utk membgunkn ummah,dia hy diberi ilmu utk stakat memimpin msyrkt,bkn ummah...sy sgt tertarik dgn artikel2 ust wlupun brlainan pendapat di sesetengahnya,krn ust antra org yg dianugerahkn Tuhan watak pemimpin..insy...khilaf antra umat mmg xdpt dielakkn,ini adalah 1 rahmat..insy..
Seorg mujadid itu,dia paling tahu bgaimana utk membgunkn sistem islam....seorg yg brsifat penyelamat kpd manusia sejagat..sgt membwa manusia kpd Tuhan..dan Tuhan membuat kebgkitan islam kali ke2 ditanganya..dia sdang membina empayar islam..serta kedatanganya pd dunia sgt dinanti oleh org2 yg sgt menantikn kedatanganya..
tanpa nama ni orang2 tuhan ek?abuya anta sehat?
Ana hamba Tuhan..:)
Catat Ulasan