Rabu, 14 Januari 2009

UMMAH TALK


Saya dan Afifi akan menggerakkan Ummah Talk. Tujuannya, membina pemikiran dan meluaskan paradigma. Resolusi ini kami putuskan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke KL. Hasilnya ialah, hidupkan semula Ummah Talk sebagai medan keilmuan dan intelektual. Saya sebagai Ketua Pengarah dan Afifi sebagai Ketua Penerangan.

Saya serius kali ini. Saya mesti membina pemimpin masa depan yang celik maklumat. Tahniah dahulu buat ABIM dan PKPIM yang serius dalam membina keintelektualan. Saya menyanjungi kepimpinan Abang Helmi dan keseriusan kawan saya Physal dan Zulzaidi. Maka kini masa untuk saya buktikan bahawa saya juga mampu seperti mereka, seiring dan sejiwa.

Rabu minggu pertama dan ketiga dijadikan pilihan. 4 Feb 09 merupakan titik tolak yang pertama. Sebelum ini pernah saya laksanakan berkali-kali tetapi tidak maintain dan tidak seimbang. Maka kali ini biarlah saya dan Afifi menggerakkannya, dan harap-haraplah Allahmembantu kami dalam hal ini.

Metodenya, perbincangan yang berat-berat dan bersifat professional. Isunya,mesti besar dan membina, malah mencabar dan menggugah. Saya tidak mahu pemikiran biasa malah saya ingin sekali menyajikan pemikiran yang pelbagai dan mencabar. Mencabar minda. Mencabar kebiasaan. Seolah-olah, saya ulangi, seolah-olah, kalaulah selama ini kita memandang pesimis kepada ekonomi komunis, rupanya komunis ada kaitan dengan Islamis. Saya bilang sekali lagi, seolah-olah.

Saya cintakan perubahan dan cabaran. Saya tidak mahu berfkir dalam skala pemikiran yang sama. Saya mahu meningkatkan kualiti berfikir saya sehingga saya mampu untuk tidak bersetuju dengan Syed Qutb misalannya, atau boleh tidak sependapat dengan profesor-profesor yang ada. Meskipun saya sendiri masih di tingkat yang pertama.

Maka bermula 4 Feb ini, kami mulakan denganringan-ringan dahulu. Ustaz Hasrizal Jamil akan membentangkan tajuk Kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Beliau akan membentangkan apakah strategi yang digunakan al-Fatih dalam membuka Konstantinopel, apa kekuatan dan apa kelemahan lawan.

Pada 18 Feb pula, saya berura-ura untuk menjemput Ust Ismail Omar untuk membentangkan tajuk Pendedahan Konspirasi illuminati. Saya berkira-kira, perbincangan seterusnya adalah berkaitan Ekonomi Islam, Kapitalis dan Komunis. Kemudian berbincang pula tentang Pertembungan Tamadun Barat dengan Islam. Dan banyak lagi isi perbincangan berat yang ingin ditampilkan dalam Ummah Talk anjuran Gamis kali ini.

Siapa ingin bersama saya dalam meniupkan angin perubahan ini,saya alu-alukan.

4 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

salam 'alaik ust dzul... sy asti dari kampus uum sintok..alhamdulillah penulisan ust sebenarnya banyak membuka pemikiran sy yang begitu buntu dalam memecahkan persoalan yg berlegar2 dalam benak saya ini...mungkin kurang pandai menafsir menggunakan akal yang ada....harapan sy semoga pertemuan yang disusun akan dapat mencambahkan pengetahuan saya...mungkin ketika ini sy bersetuju dengan ust dan masa akan datang menjadi muslimat yang boleh menolak hujah ust dengan ilmu yang dimiliki ketika itu....

Tanpa Nama berkata...

salam ukhwah

insya-Allah ana di sana, tadi ana ada tanya Abu Saif. Tapi untuk lebih kepastian nak tanya dari syeikh sendiri, 4 Februari (Rabu) pukul 9 malam?

Tanpa Nama berkata...

salam,ust..msj yg ana dpt dri ust tu tak lengkap la...cuma ada tarikh n tmpt..

Tanpa Nama berkata...

saya sangat2 bersetuju dgn saudara..cumanya saya sangat mengharapkan perubahan dalam GAMIS di bawah pimpinan saudara.soal method dan approach.PRU12 menunjukkan orentasi perjuangan mesti diubah.bukan semua.saya mengimpikan ahli JIK menerima konsep ini.intelektualisme sbg batu asas...harapan tinggal harapan

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE