Isnin, 2 Februari 2009

JAWABLAH DENGAN TELUS


Saya ingin bertanya, dan saya mahu kita sama-sama menjawabnya.

1) Apakah usrah di kampus kita tidak berjalan disebabkan naqib atau manhaj yang digunapakai?
2) Apakah kita masih dibelenggu dengan persoalan wala’ sehingga membantutkan perjalanan kekreatifan akal kita?
3) Apakah kampus kita berpecah belah sehingga melahirkan dua puak yang saling bertelagahan?
4) Apakah kita masuk dalam Jamaah atas dasar kefahaman atau ikut-ikutan, atau paksa-paksaan?
5) Apakah kita serius memikirkan soal perkembangan tarbiah di kampus kita?

OK, sekarang, anda cuba menjawab persoalan seterusnya berdasarkan hati nurani anda. Jujur, dan jangan bohongi diri sendiri.



1) Saya seorang yang berkeyakinan tinggi dan tidak mudah patah semangat.
2) Saya tidak suka mengkritik pimpinan sebaliknya suka berbincang dengan mereka.
3) Saya sentiasa berfikir bagaimana cara mengembangkan Islam di kampus saya.
4) Saya seorang yang sangat menjaga disiplin waktu.
5) Saya seorang pengurus yang baik.
6) Saya sedia dan suka membantu rakan saya yang dalam kesusahan.
7) Saya rajin membaca buku dan mencari info tentang isu-isu semasa.
8) Saya seorang naqib/at yang berjaya.
9) Saya tidak suka bersangka buruk dengan seseorang.
10) Saya menjaga amal ibadat saya sebaiknya.

Jika jawapan YA anda adalah 8-10, maka anda merupakan seorang ahli jamaah yang sangat berjaya. Tahniah, anda mesti mengekalka prestasi momentum anda.

Jika jawapan YA anda adalah 4-7, maka anda perlu sentiasa berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai tahapan ahli Jamaah yang baik.

Jika jawapan YA anda hanya 1-3, maka ketahuilah bahawa sebenarnya anda tidak layak untuk menjadi ahli Jamaah. Tapi anda masih punya peluang berubah. Berubahlah untuk kebaikan Islam dan jangan sekali-kali berputus asa.

2 Cadangan/Pandangan:

nur on 4 Februari 2009 pada 9:23 PG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

usrah dikampus tak jln sebab Najib.. bukan sebab naqib.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE