Isnin, 23 Mac 2009

SEHARI BERSAMA MUSTAFA MASYHUR


“Ada sepuluh,” Ustaz Mustafa Masyhur memulakan bicaranya. Saya dan ahli Ikhwan yang lain menumpukan perhatian penuh kepada setiap patah lidahnya. Usrah yang diadakan di kawasan rahsia ini hanya dihadiri oleh beberapa orang Rijal sahaja. Rijal yang telah berbai’ah untuk menegakkan Islam dalam mengharmonikan dakwah.

“Sepuluh perkara yang mesti dimiliki oleh pimpinan dalam menjayakan agenda bertindak dakwah sekaligus memuncakkannya.

I. Keikhlasan yang bersih kepada Allah
II. Rasa sensitif terhadap pengawasan daripada Allah SWT yang mendorong mereka untuk sentiasa meningkatkan mutu kerja
III. Memohon pertolongan kepada Allah dalam segenap perkara
IV. Rasa tanggungjawab yang tinggi untuk melaksanakan amanah yang terpikul
V. Serius dalam usaha tarbiah ke arah melahirkan angkatan rijal yang mempunyai keinginan yang tinggi
VI. Kemurnian kasih sayang dan ukhuwah fillah
VII. Merangka perancangan dan perencanaan dengan baik dan jitu
VIII. Berasa berat amanah yang dipundak ke atas bahu masing-masing
IX. Bersungguh-sungguh dalam menyalakan cita-cita, mengobarkan azam dan harapan kalangan pendokong
X. Bersatu padu, mengikuti manhaj Rabbani dan menuruti lembah ketaatan.




Saya dan ikhwah yang lain menyalin setiap point penting yang terlafaz daripada mulut sang mursyid itu. Saya berkira-kira akan menyampaikan segala butiran penting itu kepada sahabat-sahabat saya di Malaysia yang tidak mempunyai ruang untuk berusrah bersama Ustaz Mustafa Masyhur.

“Al-Fadil, saya ada satu pertanyaan. Harap al-Fadil tidak keberatan untuk menjawabnya,” seorang ikhwah bangun untuk mengemukakan persoalan.

“Silakan anakku, moga-moga Allah memuliakanmu,” begitu lembut mursyid menjawabnya. Sang mursyid adalah seorang pendakwah handalam. Seorang pendakwah ini adalah orang yang sangat berminat dengan manusia sebagaimana disebutkan oleh Ustaz Hasrizal. Malah dalam konsep pendakwah, mereka berpegang,

“Mad’u sentiasa benar”.

“Al-Fadil, kami berharap al-Fadil dapat menerangkan kepada kami sifat-sifat pimpinan”.

Sang Mursyid mengangguk-angguk. Beliau kemudiannya tumduk seketika, seolah-olah sedang mengembara mencari idea. Kemudian, beliau mengangkat muda dan memandang ke arah kami. Wajahnya cukup tenang dan mendamaikan. Benarlah kata Imam al-Ghazali,

“Orang yang paling mulia adalah, apabila kita melihat mereka, kita teringatkan Allah SWT”

“Anak-anak yang saya kasihi, terdapat beberapa sifat yang seharusnya dihiasi oleh pimpinan gerakan Islam.
I. Pemikiran akhirat; hidupnya bermatlamatkan kehidupan yang baik di akhirat kelak
II. Akal yang berkuasa, bijaksana yang terpancar, mempunyai pandangan yang tajam dan pembacaan yang luas
III. Menghiasi akhlak dengan sifat al-Hilm iaitu lembut, santun, dan jauh dari percikan api kemarahan
IV. Berani, bermaruah, tidak bacul dan dalam masa yang sama tidak melulu-lulu
V. Sifat benar al-siddiq
VI. Tawadhu’ dan menyahkan kesombongan
VII. Ihsan terhadap orang yang melakukan kejahatan kepada kita
VIII. Menepati janji dan memenuhi sumpah setia
IX. Mempunyai kesabaran yang teguh
X. Bersifat al-‘iffah (suci hati) dan al-kiram (pemurah)
XI. Wara’ dan zuhud
XII. Keadilan yang tertegak
XIII. Menjauhi sikap al-mannu (suka mengungkit) dan memperkatakan kebaikan diri sendiri
XIV. Memelihara perkara yang dimuliakan Allah
XV. Kesejahteraan hati dengan tidak melayani budaya mengumpat dan adu domba
XVI. Keazaman tinggi, tawakal dan tidak ragu
XVII. Sederhana dalam semua perkara
XVIII. Bertahan bersama kebenaran tanpa sebarang kegoncangan
XIX. Menjauhi sikap pesimis atau terlalu optimis

“Inilah beberapa perkara yang sempat saya lemparkan kepada kamu semua. Semoga kalian akan beroleh limpahan rahmat daripada penguasa alam ini”.

Ustaz Mustafa Masyhur akhirnya menamatkan usrahnya pada hari yang berbahagia itu. Beliau kemudiannya berkejar ke tempat lain kerana ada beberapa urusan jihad yang perlu diselesaikan. Beliau memang seorang mujahid yang sudah mempersembahkan dirinya kepada Allah semata-mata.

Saya mendapatkan seorang pengurus usrah untuk bertanyakan beliau berkaitan Ustaz Mustafa. Saya sebelum ini hanya pernah mendengar nama, namun kali ini saya berkesempatan bertemu dengannya. Maka saya tidak mahu melepaskan peluang untuk mengenali lebih lanjut tentang mursyid yang ulung itu.

“Ustaz, maafkan ana kerana mencuri sedikit masa ustaz. Bolehkah ustaz tolong ceritakan kepada ana pakah mehnah yang telah dilalui oleh al-fadil mursyidul ‘am,” minta saya kepada pengurus usrah itu sungguh-sungguh. Saya berharap kisah mursyid akan membakar semangat saya untuk terus meningkatkan perjuangan dan terus teguh dalam jalan yang telah saya pilih.

“Akhi, mursyid dimasukkan ke dalam penjara tentera ketika berusia 33 tahun. Apabila beliau dihadapkan ke mahkamah tentera, dalam perbicaraan yang tidak sampai tiga minit, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Beliau juga telah dikurung dalam penjara bawah tanah dan kemudiannya ditahan di penjara padang pasir.

“Mursyid juga telah dipukul ratusan ribu kali. Kedua-dua tapak kakinya dipukul dengan sebatang alat keras sehingga menyebabkan tulang di kedua-dua tapak kakinya menjadi reput. Kesan akhirnya, mursyid menjadi tempang,” saya tergamam mendengar penderitaan yang dialami oleh mursyid.

Dalam perjuangan, tiada yang boleh bersenang.

Dalam perjuangan, tiada karomah yang boleh menyelamatkan diri daripada ujian sebegitu sahaja.

Dalam perjuangan, tiada istilah keselamatan mutlaq.

Saya meninggalkan usrah pada hari itu dengan 1001 pertanyaan bertubi-tubi menerpa benak saya. Bagaimanakan tarbiah yang dilalui oleh Mustafa Masyhur sehingga memungkinkan beliau untuk kekal dan istimrar dalam perjuangan meskipun terlalu dahsyat ujian yang beliau hadapi.

Persoalan ini ternyata sukar untuk dijawab.


1 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Masha-Allah, subhanallah akhie

anta punya peluang dan diberi peluang. beruntungnya. Syukran atas perkongsian anta.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE