Ahad, 22 Mac 2009

TAJDID


Ust Ramadhan Fitri selalu berpesan, “Jangan jadi seperti budaya dinasour. Takut berubah sehingga mereka hancur”. Lalu saya semat dalam hati, saya tidak mahu jadi seperti dinasour.

Ust Tayyib pula memberi nasihat. Kata pujangga Barat, “Perkara yang tetap berlaku ialah perubahan”. Maka saya menanam tekad untuk berani dan sentiasa berubah.

Imam al-Syafei menyebut dalam syair, “Air yang bertakung akan berbau busuk”. Saya tidak mahu menjadi seperti air yang bertakung. Saya mesti sentiasa mengalir.

Dahulu orang takut-takut menzahirkan tarbiah. Saya pula tidak mahu menyembunyikannya lagi. Orang yang ada kuasa, zahirkan sahaja. UMNO ada tamrin mereka, BTN namanya.

Pantang dalam parti ada pengkritik. PAS mengkritik UMNO kerana UMNO tidak demokrasi dan tidak membenarkan kritikan kepada pemimpin mereka. Tapi rupanya ada pimpinan sub-PAS pun tidak memberikan izin kepada orang dalam parti untuk mengkritik.

Dalam gerakan anak muda ada masalah. Ada dua golongan semenjak dua menjak ni. Satu golongan membawa tarbiah dan mencipta perubahan. Satu golongan lagi menjadi pengkritik setia.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun marahkan Umar al-Khattab yang terpukau dengan Taurat. Lantaran sudah ada al-Quran yang membawa gagasan baru dan ada yang berbeza dengan Taurat.

Kalau Imam Hanbali hidup pada zaman sekarang, pasti ada mazhab baru yang diciptanya untuk memperbaiki mazhab yang lama. Sebagaimana mazhab al-Syafei di Mesir yang berbeza dengan Baghdad.

Imam al-Banna pun akan marahkan Malaysia jika terlalu menurut gagasannya di Mesir. Malah kalau Nabi dilahirkan di Malaysia, Nabi akan bercakap Melayu bukannya Arab.

Sebab itu saya menghairani beberapa perkara yang masih lagi mengekalkan sistem lama, atau membawa sistem Timur Tengah di Malaysia. Antaranya konsep sir hazar yang melampau. Atau wala’ tidak bertempat.

Salafiah bermaksud, membawa roh pemikiran mereka dalam kehidupan kita. Mereka berijtihad pada zaman mereka dan kita berijtihad pada zaman kita. Bukan mengikut mereka satu persatu. Sedangkan kalangan mereka pun berbeza ijtihad.

Saya nyatakan kepada adik-adik UTM. Fikrah kita belum tajarrud. Bila ada kes Ummah Centric, ramai yang goncang. Bila Hizbut Tahrir melanda, ramai terpengaruh.

Lalu saya bawa idea baru dalam ta’addud. Idea saya hanya ringkas. Jangan salahkan jamaah lain dan jangan mendakwa hanya kita yang benar.

Jangan ajar orang lain bahawa kita yang betul dan yang lain salah tanpa penerangan yang baik. Terangkan, jangan hanya salahkan. Kemudian, terpulang kepada orang untuk mengikut jamaah mana yang dia berkenan.

Barulah ia memilih dengan tajarrud bukan kerana kawan dan bukan kerana naqib. Saya sendiri, sangat pasti ada beberapa perkara dalam mazhab al-Syafei yang saya tidak bersetuju. Namun saya masih dalam mazhab beliau.

1 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

salam

mengambil sikap mengkaji sesuatu terlebih dahulu sevelum mengkeritik amatlah penting...jauhkan diri dr ersikap ghulu(taksub) adalah jln terbaik dlm berbeda pandangan..cari persamaan lbh utama dr mencari perbezaan

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE