Syurahbil merupakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah diserapkan untuk masuk ke dalam usrah yang dipimpin oleh Ustaz Daud. Malangnya tidak sampai dua bulan, Syurahbil telah meninggalkan usrah tersebut dan tidak mahu lagi melibatkan diri ke dalamnya. Apabila Halim, sahabat baiknya bertanyakan Syurahbil faktor ia tidak bersama lagi dalam usrah, rupa-rupanya Syurahbil berasa sedikit malu dan tertekan dengan bentuk usrah yang dilaksanakan oleh Ustaz Daud atas beberapa sebab.
Menurut Halim, terdapat empat sebab yang membuatkan Syurahbil jadi sebegitu. Pertama, Syurahbil berasa malu dan segan kerana usrah yang dijalankan bermula dengan bacaan al-Quran. Setiap orang diminta untuk membaca al-Quran dan ditegur secara terbuka. Syurahbil kebetulan tidak mempunyai suara yang baik dan tajwidnya tidak sebaik mana. Ini menyebabkan Syurahbil berasa rendah diri.
Kedua, Syurahbil berasa agak segan kerana hanya dia yang tidak berada dalam jurusan pengajian Islam sedangkan banyak perbincangan berkaitan dengan agama. Terasa sangat di hatinya akan kelemahan diri sekaligus mencalarkan sedikit motivasinya untuk kekal dalam usrah tersebut. Baginya, “Aku tidak layak berada dalam usrah tersebut”.
Ketiga, Ustaz Daud terlalu banyak bercakap dan masa usrah berjalan agak lama sehingga menimbulkan rasa bosan dalam diri Syurahbil. Faktor yang keempat ialah Syurahbil agak tertekan apabila Ustaz Daud langsung tidak mengambil brat tentang dirinya. Dia seorang yang bermasalah dari sudut kewangan tetapi Ustaz Daud tetap meminta kutipan derma RM 5 setiap bulan yang sebenarnya sudah agak banyak buar Syurahbil yang berasal dari keluarga yang susah.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
6 Cadangan/Pandangan:
Betul, betul, betul...
betul...betul...betul...
usrah tempat untuk mendidik bukannya mengajar..
kalau budak U diajar macam budak sekolah.. segan, malu, benci akan menjelma..
rancang usrah dengan menentukan siapa yang baca al quran. baru orang itu boleh persiapkan dirinya..
usrah tempat mendidik dan berukhwah
mamat.com
Salam.em.usrah kita perlu sesuai dengan tahap mad`u.naqib kena bijak bukan syok sendiri shj.buat aktiviti yang realistik seperti buat lawatan ke rumah org2 tua,buat kebajikan,atau bincang tentang ciptaan Allah,sesuai dengan bidang sains.jangan jadikan usrah itu hanya bincang agama sahaja.
Salam.. dalam usrah perlu juga selitkan dengan bacaan Al-Quran, kerana itu adalah panduan kita..jika ada dikalangan anak usrah yg tidak tahu maka prlu bgi kita utk mengajarnya.dan pengajarn tu bukan shj dalam usrah malah diluar usrah juga perlu dlaksanakn.. dan perbncngan agama juga pnting.. walaupun kita bncang mnengenai bidang engineering skalipun haruslah kita kaitkan dgn agama islam itu sendri.. Naqib harus menyelidik latar blakang anak usrah spy usrah yg dibawa lbh berkesan.. Wallahualam.
Tazkiyatunnafs~
Ego perlu dipunahkan. Dalam apa-apa pengajian ilmu pun di dunia ni, takde yg bermula dengan 'terus pandai'. Tazkiyatunnafs perlu dipupuk dalam jiwa. Tanggungjwb siapa?-Naqib?Ahli?
Usrah bukan tempat mencedok ilmu, tapi medan yang mencabar ahlinya untuk mencari ilmu di mana-mana pun.
Ustz Daud pun kena muhasabah/post mortem usrahnya.
Biarlah semua ahli nampak peranan mereka dalam usrah.
Usrah sebenar bermula dengan tasbih kafarah & suratul 'asr dan berakhir dengan Alfatihah.
Syurahbil perlu berubah.
Ustaz Daud perlu berubah.
~Kita perlu berubah~
-Iman-
itulah dia lumrah seorang p'dai'e..so...b'balik s'mula kpada faktor ia tidak bersama lagi dalam usrah:
1.malu dan segan
2.tidak berada dalam jurusan pengajian Islam
3.masa usrah berjalan agak lama dan banyak bercakap..
dkat c ni ana nak tkankn b'sama faktor k'seimbangan p'yampaian..dan b'lajar m'mahi 'character' ahli-ahli usrah n m'mahami s'tuasi also to me..sama-sama kt p'baiki diri n bkan sj naqib n naqibah tp ahlix2 kna 'keep n touch'...psal bca quran ni, mayb kes ni sama mcm kes ana cz tajwid ana tak brapa baik so blajar pula dlm p'jbat, dtang pula b'bbrapa ahli jemaah, c-kit ada rasa malu tapi balik s'mula niat kita...ni sumenya m'yentuh soal hati..so sentuhlah c-kit bab-bab hati atau tasawwuf n lg cntik tasawwuf yg d s'mpaikan m'lalui cerita n last bncag...asif klau p'dapat kurang releven...anyway cba yg t'mampu n jgan ptus asa...n now mcm mana nak pkat s'mula mad'u..
Catat Ulasan