Selasa, 28 April 2009

KONSERT ANTARA DUNIA


KONSERT ANTARA DUNIA
PERASMIAN OLEH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN OLEH KUMPULAN SOUTUL HARAKAH DAN UNGU DARI INDONESIA, RABBANI DAN MEET UNCLE HUSSIN.
1 OGOS 2009, SABTU, JAM 7-11 MALAM
BERTEMPAT DI STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM.
ANDA DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI

Entah macam mana, tiba-tiba tercetus dalam diri saya untuk melaksanakan dua progam besar bagi Gamis. Satu, Kongress Pendidikan yang kini sedang digerakkan oleh TSUA Gamis dan satu lagi konsert yang digerakkan oleh Muhaimin dan Zahidah.

Mengapa saya mahukan mengadakan konsert? Dan saya yang paling bersungguh. Konsert yang diadakan Gamis bukanlah bertujuan untuk menunjukkan konsert Islamik mahupun alternatif. Tidak sama sekali. Ini kerana Kerajaan Kelantan dan sudah banyak pihak yang telah menunjukkan konsert ala Islamik dan alternatif.



Maka saya mahu dedahkan apakah kebaikan yang diperolehi daripada konsert ini. Ia merupakan satu kebaikan yang tidak terhingga kepada Gamis dan ahli Gamis itu sendiri.

Pertama, Gamis akan memperbanyakkan link dengan pelbagai pihak khususnya Rabbani. Tujuan mengadakan link adalah untuk melatih Gamis bermasyarakat secara realisitik. Bukan senang untuk bermasyarakat secara professional sebenarnya.

Kedua, kesatuan antara ahli Gamis akan terbentuk. Bayangkan AJK untuk konsert adalah seramai 50 orang. Maka apabila semua ahli Gamis berkumpul dalam satu komuniti AJK, maka satu kesatuan yang utuh akan terbentuk.

Ketiga, jika selama ini Gamis hanya dimonopoli dan digerakkan oleh pimpinan utama, maka kini sudah tiba untuk Gamis digerakan oleh semua ahli secara bersepadu. Tahniah kepada Muhaimin, Zahidah dan Aisyah yan telah membawa pencerahn kepada Gamis. Tidak lupa kepada Qahar yang terlibat sebagai AJK penerbitan dan semua.

Keempat, selama ini Gamis banyak bergerak sebagai underground dan watchdog. Maka dengan adanya program Mega seperti konsert, sudah tiba masanya Gamis untuk menunjukkan taringnya secara legal bukannya illegal. Zaman sekarang mesti begitu.

Kelima, Gamis akan berpeluang untuk mengubah paradigma. Jika selama ini gamis hanya dikenali sebagai gerakan membangkang dan mendesak, kini Gamis mahu menjadi gerakang yang mencadang dan menasihat. Bukan lagi hanya serangan tetapi juga penerangan.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Rabbani yang telah memberikan tunjuk ajar dan kerjasama yang baik kepada gamis. Terima kasih kepada anda, moga kerjasama anara kita akan terus terjalin.










32 Cadangan/Pandangan:

dak IPTS berkata...

salam

best juga ada konsert ni

tapi apa2 pun konsert ni biar nampak macam konsert islamic juga.

kalau dah jemput MUH, confirm ramai dak2 indie turun.

sape yang kawal suasana konsert, kena betul2 mahir dalam mengawal situasi.

Jemput plak Ungu, rakyat jelata indonesia mesti turun punye... tengok Pasha.

p/s: Alang2 jemput BunkFace skali. Nak jugak saya tengok persembahan live dak2 indie

Tanpa Nama berkata...

betol3x......

nk ajak budak2 skunk nie bkn teros ke masjid....
we have to do something diferent.....
selagi xlanggar batasan oke jer bg sy.....
mesti remaja semangat nk pg.....
wah excitednye....

dr w on 29 April 2009 pada 5:49 PG berkata...

Semoga konsert ini berjalan lancar dan meninggalkan kesan kepada hati para hadirin...

Semoga gerakan Islam terus memperjuangkan seni -budaya - muzik....

Teringat saya kepada pendekatan Wali Songo...

Sudah dengar lagu Lil Ilir nyanyian Kiai Kanjeng.....?

asqalani berkata...

Salam tahniah...tajdid TGNA mula dinilai...

apabila nilaian syurga bukan diekslusifkan, maka ianya membuka pintu hidayah bagi yang tersipu2...siapa sangka seorag yg memiliki segalanya melebihi kita spt Cat Steven mampu menjadi Daie terkenal..beliau memiliki harta..wanita sekelilingnya..popular mengejarnya..namun bila hidayah mengetuk hati...sgalanya berubah mengikut landasan Ilahi..

Sebagai pesanan...

Program tarbiyyah juga sukar dikawal ikhtilat dan mslh lainya...ceramah agama sendiri tak termampu rantai mengikatnya...inikan pula berjihad membawa lencana hiburan...

berhati2lah...
berwaspadalah....

mata2 fitnah sedang menunggu...kiranya kita tersasar..maka fitnah yg lebih besar akan ditempuh..

namun itu bukan sebesar2 ketakutan yg dihinggapi melebihi kegerunan mendapat redha ilahi...

andai pgram ini berjaya...alhamdulillah..kita telah membuka signal dakwah kepada hiburan...

Syabas!!!

Syaheed on 29 April 2009 pada 7:40 PG berkata...

salam.
bagus la ada konsert macam ni..ana ada jugak terfikir.tapi tak sangka gamis mmg cepat bertindak..amikla kesempatan di kala remaja2 begitu dahagakan hiburan ini dgn kita sajikan mereka dengan hiburan yg diseltikan dakwah di dalamnya..insyaallah,moga usaha murni ini mendapat sambutan yang bagus dari golongan sasaran.perhebatkan promosi dari sekarang:)
wassalam

Ummu Jauharah on 29 April 2009 pada 8:01 PG berkata...

salam,wow menariknya,ana tak pernah lagi ke mana2 konsert..ana pun baru dapat sms..gamis bahagian utara..

Ummu Jauharah on 29 April 2009 pada 8:07 PG berkata...

salam,kenapa muslimin selalu fikir akan masalah ikhtilat?cuba positif sikit..kita buat dan pergi bukan nak cari makwe atau pakwe,kita nak tgk konsert..ish..tak kan itu masalah?kalau niat nak dapat redha,dapatlah,kalau nak makwe dapatlah kalau terfitnah hati,istighfar dan doa la..tgk pada niat..dah jgn bincang ikhtilat..walaupun ana pakai niqob,ana jemu dgn muslimin yang asyik fikir ikhtilat..kalau ada kefahaman,kita pandai jaga diri,jaga iman..

mus'ab az-zarqawi on 29 April 2009 pada 8:23 PG berkata...

assalamualaikum, shbt2 smua blh ucapkan brbnyk2 trima ksih pd ukht hidayah miftahul..atas pdgnnya itu..jd, jgn bicara dn bmbg sgt soal ikhtilat dlm konsert nnti bgimn cara pjgaannya oleh pgnjur..sbb, smua akhwt yg dtg nnti smua pakai niqab mcm sdri kita ni..insyaAllah.

Mus'ab Umair on 29 April 2009 pada 8:55 PG berkata...

Salam..

Pertama, taniah dr ana coz dpt adakan satu konsert bagi menarik remaja-remaja kat MALAYSIA nie...

Satu pendekatan yang bagus.. SYABAS!

Kedua, Apepun ana setuju dengan Akhi Asqalani dan Mus ab Zarqawi.. Ikhtilat dan syriat perlu di ambil perhatian serius..

Yang datang konsert tu nnt bukan hanya ahli kita jd diaorang tak faham ape itu ikthilat.. Yang datang nnt bermacam ragam akan kita lihat.. Lagi-lagi dengan kehadiran MUH dan UNGGU...Jadi kitalah selaku pihak penganjur yang akan menunjukkannya..

Nah..! bukankah ini peluang dakwah yang telah dibukakan ruang kepada kita bagi kita yang mengaku daie untuk menunjukkan ISLAM yang hakiki kepada orang awam...

So, jangan lepaskan peluang..
TUNJUKKAN APA ITU ISLAM YANG SEBENAR!!

dak IPTS berkata...

maaf saya mencelah,

Kak Husna, biarlah kita berhati-hati. Memanglah kita pergi konsert ikut niat, tapi bila dah berda di konsert, siapa yang boleh jangka apa yang akan berlaku selepas itu?

Konsert nak dilangsungkan di stadium Melawati. Sape yang pernah tengok AF, tahulah stadium tue besar mane.

Kalau dah yang dijemputnya MUH, Ungu... agak2 leh control keadaan ker? Mungkin Kak Husna seorang yang baik tidak pernah ke konsert... jadi biarlah saya yang pernah ke konsert ini pula yang menerangkan situasi sebenar. Senang citer, dalam konsert memang susah nak control ikhtilat.

Tapi saya masih kurang pasti, siapa yang boleh menghadiri konsert ini. Kalau yang hadir adalah orang2 macam Kak Husna or Ustaz Dzul, okeylah. Mungkin suasana tidak segamat mana.

Tapi jika yang hadir adalah fans2 fanatik or yg tak fanatik band2 artis jemputan.... maka bersedialah dengan pengawal keselamatan. hehehe...

Ummu Jauharah on 30 April 2009 pada 1:12 PG berkata...

salam,pertama maaf ustaz dzul guna ruang ustaz dzul utk berbicara,kalau macam tu,kita semua jgn buat konsert,kita sumua hanya buat forum perdana,biar orang lain yang buat konsert,biar anak2 muda kita ni pergi konsert yang org tak faham agama yang buat,lagi rosak anak2 muda kita ni,biar kita yang buat,kita tunjuk cara pergaulan yang betul,nanti adalah cara yang sepatutnya kita buat..yang penting semua kena positif,Allah aka Melindungi hati-hati hambanya..nak comment pergi ke blog saya ye..cian ruangan ustaz..

abu ubaidah on 30 April 2009 pada 1:49 PG berkata...

salam, srnok jg tgok us.husna mmnuhkn ruangan kmntr dblog ust dzul ni..agak2 siapa yg hlg konsert gamis?kwn2 yg komen tu, mnta bri prhtian soal bgimana ikhtilat dikwl nnti atau mnta agr konsert tk dibuat?mdh2n us husna mnjdi pmbca yg sgt baik..insyaAllah, slps ni blh fhm..jgn anggap org yg mmbri komen dsni sempit sgt pmkiran.saya duk diindnsia dn thu bgima keadaan knsert jika mlibtkn ungu dll..jd, skdr mnta dibri prhtian soal plksnaan nnti, bukan mghlg konsert..baca komen2 dsni sbgi mhsswa univsti ye.maaf kalu tkeras skit..skli skala kna jgk.

Ibnu Mahmud Al-Shirazy on 30 April 2009 pada 3:00 PG berkata...

Askm..Tambahan, kalau boleh tarik pihak media (Newspaper,tv n dll). Sponsor pun kena banyak.. Cucuklh jarum dakwah GAMIS perlahan-lahan..Starting is the indicator..

asqalani berkata...

Memberi peringatan soal ikhtilat berbeza dengan menyekat konsert sebab takutkan ikhtilat...kita berjaga awal dari pintu fitnah...itu jer..sebab, konsert Mawi pelancaran Bandaraya Islam yg membezakan tempat duduk pun dituding dengan pelbagai fitnah...itu jer masalahnyer...

tentang ustzah husna nk cakap pemikiran sempit tuh biasalah...org yg cakap soal hudud pun pernah dikatakan orang yg jumdu dan pemikiran sempit...

Firman Allah : "Watahsabuna haiyyinan walakinna 'indaAllahi Azhim"....maksudnya : Mereka menyangka perkara itu remeh, sedangkan disisi Allah ianya besar"...wallahu a'lam...

Tentang niat tuh...rasa2 semau orang tau...niat tak menghalalkan cara...itu sj..boleh rujuk silibus usrah...

kita menyokong konsert...tapi biarlah apa yg kita selalu tentang mengenai konsert jahiliyyah tersebut tidak kena pada batang hidung kita semula...

Tak semua orang baik..sy pun tak baik juga..bukan jaga ikhtilat sgt pun...tapi persoalan melakukan program dan mengisbatkan ianya sebagai alternatif ISlam merupakan suatu yg berat...

ya...setuju...kita panggil ramai skit media...baru gempak!!

Ummu Jauharah on 30 April 2009 pada 4:13 PTG berkata...

kepada pembaca..kita kena faham konsep ikhtilat..ana tengah mengkaji Problem Remaja dan cara menyelesaikannya dengan kaedah Islam,jika di Universiti saya,saya buat lab work..kami campur satu group lelaki dan wanita,apabila ada kerja-kerja projek juga campur,apabila kita kerja juga campur..terserah kepada diri kamu bagaimana kamu mengawal diri dan keadaan?bagi anak-anak remaja kita,mereka belum capai kematangan untuk menilai..maka itulah berlakunya masalah sosial,maksudnya,masalah sosial(maksiat) berpunca daripada kita sendiri yang tidak mampu mengawal diri bukan daripada ikhtilat yang sememangnya wujud pada zaman ini..

Soal konsert,kalau bukan kita yang buat,pasti ada penganjur lain yang buat,cuba kita jangan letakkan kita ni sebagai acuan pemikiran kita sahaja,kita letak diri kita sebagai acuan masyarakat umum,dah jadi acuan,jadilah kuih yang kita acukan..faham tak?

mungkin pembaca rata-rata sekolah agama,pengajian Islam,jadi tak sama dengan ana,tapi nak perkara yang sama Islam dan sebarkan Islam..

abu ubaidah on 30 April 2009 pada 7:47 PTG berkata...

salam,maaf skli lg..kalu ana guna bhsa keras, skit pula nnti ukhti husna ni..sdr brbgga mncritakan pglmn bkrja sama laki n prmpuan dikmpus scra bcmpur seolh2 apa yg sudh mnjdi kbiasaan umum, maka itulh yg ssuai dgn islam? maaf ya, sdri ni bgrk dlm islam mgikut acuan msyrkt umum ya?oohh..mmg hebt.apa yg kna dgn jiwa msyrkt, maka itulh smua yg msti diikuti?hbis,mana acuan kita sndiri?acuan kita adlh apa yg diarh oleh iSLAM,bkn apa yg dmhukn olh msyrkt..sdr mnybut, bcmpur krja tk mslh sbb bgntng ats indvdu bgimana mgwl dirinya..wah,bgus teori sdri.apa sdri tk prnh brtmu dgn kaedh, mncgh lbh baik dr mgubat?jgn sdri anggp smua org mcm sdri yg bniqob?alhamdulillah,sy bangga dgn sdri yg mmpu mnzhirkn imej islam..nmun,jgn krna kita mhsswa,smua bnda mhu bmudh2 ats alasn prfsionl,bfkirn trbuka..sptutnya org mcm sdri yg mmbri input2 yg baik pd gamis nnti ttg bgima cr pjagaan ikhtilat..ini sdri pula yg ingn mnnjukn knonnya trbuka fkirn..dr mana sdri mndpt teori bhwa mksiat atau ikhtilt bpunca dr indvdu smata2?maaf ya skli lg..bkli2 saya katakn bhwa kita tk prnh mnolak knsert gamis.sdri bc ke tak? atau hnya mmkirkn 'ktrbukaan fkirn' sdri shj?ok, jgn btgkr dsni lg.ambil email ana saifulislam_gema@yahoo.com..kita dskusi di YM.syukran.

asqalani berkata...

sekali lagi ukhti husna bergelar exco menjawab..ana igtkan ana yg tasamuh soal ikhtilat..rupanya ada yg lebih ifrat dari ana...hehhe

aper beza konsert MAWI di Stadium Kota Bharu dan di Stadium Bukit Jalil...tiada beza?

sepatutnya org mcm ana yg tak boleh ckp soal ikhtilat..tp ini bukan soal kebiasaan diri..tp soal hukum. Ke Pasar raya, naik LRT, ke LAB dll bukan di bawah kawalan kita..tp bila kita yg menganjurkan maka kita akan dipertanggungjawabkan..

Ana bukannya cakap ikhtilat yg tak ada asasnya...maybe ada yg terlalu mengawal ikhtilat atas dasar 'sad az-zarai'e...tu ana no komen..tapi soal yg kita bangkitkan bukannya nk suruh semua pengunjung konsert sembang dgn laki belakang tabir, guna laluan yg berbeza walaupun terpaksa melalui hujan dsb..tp kita bercakap soal kesederhanan dan tolak ansur.

pasni USM boleh la bergabung buat kuliah ilmu di masjid usm dan jgn bezakan laki permpuan, jgn ada tabir dll..kan nk masuk msjid..takkan ada niat nk mgorat kot..nk dgr kuliah lagila..takkan nk bergeser kot..jd bercampur lah..

ana tak mau bw dalil sebab pengunaan tabir oleh Nabi Saw. enti cari la sendiri..

Juga bagaimana Nabi Saw memalingkan muka sahabat dari melihat wajah wanita...tu Para sahabat yg di bawah tarbiyah NABI SAW...bukannya calang org..apatah lagi rijal di bawah tarbiyah PAS...lebih2 lagi la laki dibawah trbiyah Alif mim nuun wau..

Ummu Jauharah on 1 Mei 2009 pada 12:44 PG berkata...

jika tidak mahu berikhtilat ikutilah jemaah karkun(tabligh) seperti sahabat2 ana..mereka jaga ikhtilat mereka..ana hormat cara mereka..malah mereka tidak mengaibkan sesiapa,menuding jari,ana memberi komen secara umum,jangan bangga dengan jawatan dan persatuan..ana hanya nak lihat reaksi antum sahaja..nak tahu cara antum mengawal emosi..ikut sunnah ke tidak?maaf ye..ana hanya ingin menguji antum sahaja..

ana on 1 Mei 2009 pada 1:53 PG berkata...

salam,thniah pd ukhti(tk blh sbut nama)..rupanya ukhti ni hnya mhu mguji..yg sbtulnya, smua jmaah Islam mnknkan soal pjgaan ikhtilat,bkn hnya tabligh..brjela2 ukhti pbuhkn ruang ni,akhirnya mgaku skdr untuk mliht emosi pmbca? Alhamdulillah,akhirnya ukhti tlh liht emosi pmbc2..trma pdgn dgn baik,bkn mgaitkn mslh jwtn spe2..( mudh2n ukhti pun bkn slh seorg yg sgt brbgga dgn mmnuhkn hmpir smua kmntr dstiap artkl )insyaAllah..slm pjugn.

Ummu Jauharah on 1 Mei 2009 pada 2:54 PG berkata...

untuk pengetahuan,kat USM memang buat ceramah kat anjung masjid dan campur..bahagian kiri,muslimat,bahagian kanan muslimin..apa masalahnya..malah kami betul2 dgr ceramah..jadi?aduhai...tulah..antum kena tahu keadaan..kat USM tak sama mcm tempat antum yang agama2 ni..kami mmg campur,buat bengkel agama pun campur,buat aktiviti lapangan pun campur..lagi..tak pernah lah asing..kecuali tabligh..mereka tak ikut..sebab tak nak ikhtilat..tapi yang nak ilmu,datang je..kalau pergi demo pun campur...em...pergi kuliah campur...solat kalau kat hutan muslimin di hadapan,muslimat di belakang,tanpa tabir..

Tanpa Nama berkata...

hidayah miftahul nur husna

hebat sangat kah budak ni??

sampai nak uji2 org?

Nurul Imma Mansor on 2 Mei 2009 pada 4:09 PG berkata...

Assalamualaikum, ana terpanggil juga untuk membuat coretan di sini, walaupun sedikit cuma. em... buat ustazah Husna USM, begini ye ustazah... ana juga berada di kelompok seperti mana ustazah berada iaitu di uitm. tetapi apa yang ana ingin perkatakan, walaupun kita bukanlah di kalangan 'graduan' sekolah agama, pondok, universiti Islam... tetapi pencarian ilmu itu haruslah dititik beratkan. Ana melihat cara ustazah mengulas adalah berdasarkan situasi/ keadaan, sesuatu yg berada di luar kawal. Usah terlampau mempertikaikan perkara yang sudah nyata kita tahu 'result'nya. Ustazah Husna ku sayang, berbicaralah dengan ilmu di dada, bukan sekadar beremosi dan bernafsu cuma. Ana mohon maaf ustazah, sama-samalah kita cuba rendah ke'ego'an diri kita untuk kita sama-sama menghayati penjelasan sahabat-sahabat yang lain. Ana mohon jasa baik ustazah husna agar muhasabah balik apa yang telah ustazah perkatakan. Ana juga minta sahabat-sahabat sekalian bermuhasabah dengan kata-kata antum. Berakhlak dalam penulisan itu adalah baik, bilamana ia menjadi dakwah kepada pembaca yang lain. Tingkatkan Ilmu di Dada. Semoga kita dijauhkan daripada melakukan perkara2 yang hanya mengikut logik akal semata. Maaf dipinta buat sekalian sahabat. Peringatan buat para sahabat dan diri sendiri. Wallahualam.

usamah bin laden on 2 Mei 2009 pada 6:36 PG berkata...

salam, barulh saya fhm..rupa2nya slama ini, inilh mksud ikhtilat yg difhmi oleh sdri saya yg saya kasih, ukhti husna..brulh sy fhm rupa2nya solat bjmaah laki dihdpn dn wnita diblkg, kuliah ada laki dn prmpuan,itu ikhtilat namanya...emmm..siapa yg blh bntu ukhti ni ye..tlglh bntu..dia shbt spjugn kita yg kta ksihi.slm pjugn.

Tanpa Nama berkata...

Syarat utama gi konsert ni;

BAWA IMAN BERSAMA ANDA.

Andai Iman ditinggalkan/ dipisahkan maka rosaklah niat, rosaklah perbuatan nanti. Ok

Syaf on 2 Mei 2009 pada 8:35 PG berkata...

Assalamualaikum wbt, ruangan komentar ustaz dzul untuk konsert antara dunia mendapat sambutan, ana kagum dengan respon mahasiswa-mahasiswa. Kali ni ana tampil bukan untuk berbalah, tapi sekadar cadangan untuk diambil kisah oleh penganjur konsert nanti. Antara perkara yang perlu diberi penekanan mungkin:

1. tidaklah penganjur sehingga LARI NIAT dan MATLAMAT asal iaitu untuk memperkenalkan agama Allah yang tercinta, agama Islam kepada masyarakat, bukan untuk mempopularkan GAMIS semata-mata dan sebagainya.

2. ambil kisah soal menjaga IKHTILAT, di sini ana bagi contoh seperti konsert Shoutul Harakah di Indonesia, meskipun remaja-remaja lelaki terlompat-lompat mendengar lagu jihad, tapi yang penting tempat duduk dipisahkan antara MUSLIMIN dan MUSLIMAT. Tidak mustahil GAMIS mampu buat asalkan GAMIS berkuasa penuh ke atas struktur penyusunan penonton dalam stadium dan pengunjung yang keluar masuk stadium. Ana yakin GAMIS mampu buat, insyaAllah.

3. sediakan plan tindakan semasa perjalanan konsert yang SANGAT-SANGAT tersusun, pastikan semua urusetia HADAM & FAHAM dengan plan tersebut.

4. jangan lupa atau ketepikan SOAL REMEH-TEMEH yang jika tersilap boleh memberi imej buruk kepada GAMIS sendiri; seperti adab dan etika ARTIS ketika menyapa penonton dan sebagainya.

5. GAMIS perlu bertindak PROFESSIONAL untuk menguruskan VIP seperti TGNA, menteri-menteri dan artis yang akan hadir pada konsert tersebut. Dengan kata lain, pentingkan protokol. Boleh juga kalau nak adakan brainstorming protokol bersifat islamik yang lain dari yang biasa kita lihat. Terpulang.

6. saya cadangkan juga GAMIS tidak ketinggalan untuk menyampaikan idealisme mahasiswa Islam kepada masyarakat contohnya melalui penerbitan risalah ketika konsert atau ucapan presiden GAMIS sendiri.

7. Konsert ini mungkin boleh dikatakan penampilan baru GAMIS di mata masyarakat, atau first impression yang akan menentukan imej GAMIS selepas ini. Jangan lupa, kita sedang DIPERHATIKAN. Boleh jadi ada "pihak" yang sudah mula "BERMESYUARAT" atau menyusun langkah untuk memporak-perandakan konsert ini, sama ada untuk jangka masa PENDEK atau PANJANG. So, we have to be MORE ready!!

Sekadar itu sahaja, kalau ada lagi cadangan insyaAllah ana cuba kemukakan. Teruskan usaha, ana juga akan terus bersama-sama GAMIS dalam memenangkan agama Allah SWT, insyaAllah. Doakan ana juga. Wallahu'alam. Asif.

Syaf on 2 Mei 2009 pada 9:00 PG berkata...

Satu lagi sekadar tambahan, dalam melaksanakan idea yang cukup baru dari GAMIS ini, mesti akan wujud perbalahan sesama ahli bawahan. Perkara sebegini seperti lumrah dalam jamaah Islam. Mengapa? Kerana syaitan sedang menyuntik jarumnya secara halus dari belakang tanpa kita sedari. Dia suntik melalui ahli bawah. Dia takkan pernah duduk senang kalau umat Islam ni sedang bangkit membawa agama Allah SWT. Kalau niat dalam berbeza pendapat ini tidak diperbetulkan, sedangkan syaitan sedang seronok ketawa melihat telatah kita, maka marilah cepat-cepat kita bermuhasabah. Jom kita lancarkan kempen istighfar beramai-ramai!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam

di kampus saya juga pernah mengadakan konsert Amal-artis jemputan-UNIC-. buat pertama kalinya saya melihat dan dapat menghadiri konsert yang memisahkan kedudukan tempat duduk antara lelaki dan perempuan. emmm...tetiba saya berkata dalam hati...ohhh, rupanya islam itu ada cara. tidak pernah terfikir oleh saya konsert yang sedemikian rupa.
tapi, setelah konsert tue selesai saja, penonton dari ruang perempuan menjadi tidak terkawal disebabkan mahu 'berebut' & 'mendekati' artis kesayangan mereka. keadaan menjadi huru-hara seketika. tue baru konsert artis 'Nasyid'..yang... ya boleh la saya kata ada perasaan 'segan' & hormat sikit dengan imej yang diorang bawa. nah, inikan pula konsert yang di anjurkan oleh GAMIS.

saya sekadar mencadangkan:
1. AJK Protokol bahagian/ruang muslimatnya perlu ramai ckit.
2. Pastikan @ ambil langkah berjaga-jaga setelah tamatnya konsert artis tersebut. bimbang nanti keadaan menjadi tidak tentu arah plak.
3. semua AJK/EXCO dari mana2 bahagian yg dh 'settle' kerjanya boleh turun bantu2 AJK yg lain utk berkawal di dataran nanti. jgn berkira sgt dlm bekerja.

sekadar perkongsian yg tak seberapa dari saya. terima kasih.


-semoga berjaya-

asqalani berkata...

seronok menggunakan kunniyah "ustazah Husna Sayang"...

Alhamdulillah..rumah sy di Gelugor dan sy pernah mengikuti kuliah. Dan sy juga mengenali ustaz zaid, ust nasrul di pusat Islam tuh..termasuk juga Abu Marwan syeikh Arab kita..kuliah bahasa arab dll di sana...yaa...mmg di anjung...kecuali ada segelintir usaha pelajar yg ikhlas dan hebat dalam beragama menganjurkan kuliah ustaz Hisyam Rodhi di bilik kuliah berasingan..

Ok la tuh muslimin kanan muslimat kiri...maybe enti paham ikhtilat yg kami maksudkan laki di bawah stage dan pmpuan di atas bumbung stadium kot...sorila...jgnla anggap org agama nih bodoh smpai macam tuh...

Ada byk kondisi yg memrlukan penjernihan daripada org agama...Maka terimalah ianya dari soal hukum...dan bukan org agama itu maksum..tapi autoriti juga satu keperluan..

adapun enti persoalkan berkenaan keadaan dan situasi USM...ana rasa enti kena jelas dahulu pemasalahan pemakaian antara uruf sahih dan uruf fasid...Dan kita akan sedaya upaya mentaati nas...sekiranya terdapat kesukaran kita mengambil jalan kemudahan. Dalam kaedah fiqh dipanggil 'iza dhoqo ittasa'a"...

Adapun dalam syrat pemakaian konsep darurah mahupun hajiyyah, ianya tertakluk kepada tuqaddar biqadariha...iaitu sekadar yg dikehendaki...

Andai kata kita tidak mampu mengelak percampuran yg ketara di dalam LAB mahupun dlm aktiviti lapangan...maka jgnlah pula kita gadaikan kemampuan kita dalam menganjurkan konsert yg mana kita sendiri menganjurkannya...

Takpa..nti ana balik penang kita kuaq makan skali...kita sembang2 agama...bukan niat jahat pun...sembang agama ja...takkan yg tu pun ikhtilat...

sekadar menguji...

Ummu Jauharah on 3 Mei 2009 pada 11:32 PTG berkata...

salam..ana faham ikhtilat yang dimaksudkan oleh antum semua..baguslah dengan hujah2 antum,kerana provokasi berlaku juga diluar kawalan di luar oleh org yang tidak memahami..ana hanya provokasi untuk melihat cara antum berfikir,kerana ana sedang membuat pengkajian..maaf ya..

usamah on 4 Mei 2009 pada 11:49 PTG berkata...

salam, spe yg duk provok ukhti tu ye?bg tau kt ana sgra..:)ksian ukhti..dsbbkn ada yg mmprovokasi, ukhti jg trpksa jd provokator bru untuk test power kfhmn org lain (mgkin rmi yg dlm kjhiln dn prlu ditest)..terima kasih.

Anak Muda Reform on 4 Mei 2009 pada 11:59 PTG berkata...

tolong jaga batas dan GAMIS perlu tunjukkan bahawa kita gerakan islam menganjurkan sebuah konsert dan hiburan yang sesuai dengan kehendak belia hari ini yang jauh menyimpang daripada akidah islam...

konsert ini satu usaha mendekati belia dan kelompok remaja, tapi jangan sampai kita lupe, tindakan ini bermain digaris sempadan anatar dosa dan pahala..jadi bijak dan berhati2 dalam bertindak..

konsert ni aku sokong sepenuhnya...

dak IPTS berkata...

erm, sy malas jugak nak baca komen2 korang sume ni. baca sket2 jer la mana yang larat.

Apa nak gaduh, tak payah buat konsert sudah... tapi kita ramai2 turun konsert orang lain!

Kalau berani, dan rasa boleh jaga ikhtilat dalam keadaan ikhtilat yg tidak terkawal, jom turun konsert akhir AF.

Kat situ tengoklah situasi konsert mcm mane.

Saya cakap jer....

tak de beza sy rasa konsert nasyid ngan konsert lain kalau dah terlompat-lompat, sy tengok pun takut...huhuhu :p

jangan marah ar.... sy budak baru belajar... :p

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE