Rabu, 15 April 2009

UKHUWAH


Penting ke ukhuwah? Sikit-sikit ukhuwah. Muslimat selalu kata,

“Kita mesti jaga ukhuwah kita. Muslimin sampai hati tak tolong kami tadi. Kereta kami pancit korang buat dek je”.

Muslimat mementingkan ukhuwah. Setuju? Tapi kita tengok apa pula jawapan muslimin.

“Ala, tu pun nak marah. Baiki je la sendiri. Sampai bila nak bergantung dengan kami. Ha, belajar berdikari”.

Apabila mendengarnya, pasti muslimat akan melenting. Yang muslimin pula, tersenyum puas. Namun biasanya muslimat akan menjawab balik, dalam hati dan pernah diluahkan.

“Muslimin nak kami berdikari. Buat tu buat ni. Mesti lincah ke sana sini. Mesti kuat dan jangan penakut. Mesti berani ke depan dan berani bercakap. Tapi bila korang pilih bini, korang pilih yang lembut-lembut dan ayu-ayu. Korang sembang je lebih”.

Terkulat-kulat muslimin mendengarnya. Saya pernah kena. Saya pun terkulat-kulat. Nasib baik Kak Mumtaz mempertahankan saya. Apa katanya?

“Muslimat memang kena berani tetapi jangan sampai mengikis kelembutan dan keaslian kita”.

Ya, janganlah sampai terkinja-kinja atau melaung-laung tak tentu pasal. Memang muslimin nak yang kuat tetapi tak nak yang melampau.

Ha, berbalik kepada ukhuwah tadi. Apabila muslimat soal ukhuwah, muslimin akan menjawab,

“Banyak lagi benda besar kami nak fikir. Tak sempat kami nak fikir tentang ukhuwah. Ukhuwah ni jalan je la, tak payah nak sebut banyak kali”.

Muslimat yang geram mula menggetap bibir. Ish diorang ni tak tau ke nabi dulu jaga ukhuwah. Korang ni memang nak kena.

Muslimat mula menyimpan rasa dalam hati. Ia terpendam dan bagaikan larva gunung berapi. Wah, ia menakutkan.

Perangai orang perempuan, suka luah, suka sebut. Perangai orang lelaki, tak suka luah, tak suka tunjuk sangat. Suami sayangkan isteri, dibawanya shopping. Isteri sayangkan suami, dia akan bermanja-manja dan kata sayang la, macam2.

Ini bezanya. Yang lelaki, bila dengar saja luahan, akan mula geli. Yang perempuan pula nak dengar suami kata. Sebutlah,sebutlah.

Yang lelaki, tak suka sebut pasal ukhuwah lebih-lebih. Yang perempuan tak boleh, ukhuwah ni tangga kejayaan. Tanpa tangga, bagaimana nak ke atas.

Fuh, apa pandangan anda?

18 Cadangan/Pandangan:

Mahmud Syarif berkata...

Fuh, Bab Ukhuwah,
ana setuju pendapat muslimah, ukhuwah tangga kejayaan, maf ye muslimin, an x bermaksud perkecilkan kaum kita, pengalaman ana sendiri di kampus, jika sesebuah gerak kerja yang ukhuwahnya x setel, lingkup, syura jadi x berkat, meeting main2, sbb x memahami, idea pun diperkecilkan, sehingga ada ada kawan ana, dy ckp, "pah2 ni malah doh aku nok caro bab ukhuwwah, tego2 x jadi gok"

Sahabat2, hayatilah balik martabat ukhuwah, tanpa ukhuwah xda persefahaman,
kerja tanpa persefahaman enjoy ke?
kerja tanpa persefahaman best ke?
kerja tanpa persefahaman hasilnya mantap ke?
kerja tanpa persefahaman hasilnya berkat ke?

tgk lah UMNO, sbb xda ukhuwah la, robek sana robek sini, sebab xda ukhuwahla rasuah sana sini, MOHON MENCADANG

Mahmud Syarif berkata...

SATU LAGI PENYAKIT YANG ANA PERHATIKAN,

muslimin sms muslimin, kasar nak mampos,
tp bila ngan muslimat, lembutnya, bleh plak kontrol emosi, tp bila dgn muslimin, gurau pun susah, mane nak berkatnya perjuangan, masalah hati masalah hati masalah hati

Tanpa Nama berkata...

UKHWAH oh UKHWAH,
sbenaqnye ukhwah tue la membuat kan kite lagi semangat nak berjuang
bersama sahabat2,ape org kate tak kenal maka tak cinta?
Masalahnya
org tak suruh bercinta!!!
mantopkan dulu ukhwah sesama jantina,jgn dok sibok ngan y lain
y bleh bawa masalah hati!!
bayabgkan kalu sume y join gerakan islam ni ader masalah HATI???
renungkanlah...

Hanna on 15 April 2009 pada 1:26 PG berkata...

Salamualaik...

Ana bukan mmepertahankan kaum hawa. namun, itulah hakikat dan kebenarannya. bagi ana, selama berjuang bersama-sama sahabat, masalah ini memang berlaku. Kami, kaum hawa mampu duduk semeja untuk selesaikan masalah. baik masalah kerja ataupun masalah hati. bagi muslimin, kerena ego, mereka sanggup pertahankan diri sendiri. masing-masing ingin menang dan tidak mahu mengalah. bagaimana resolusi mahu dicapai? ini apa yang ana lalui sepanjang melakukan kerja dakwah. Sampai bila muslimin harus pertahankan ego? Ukhwahlah yang mempertahankan kita dalam sesebuah jemaah atau persatuan. Mungkin ada yang akan mempertikaikan, kenapa harus bekerja atas dasar persatuan? Mengapa tidak atas dasar Islam? Tanpa ukhwah, kita tidak akan rasa menisnya berjuang untuk Islam. Tanpa ukhwah, kita akan rasa jemu kerana kita tidak ada sokongan ketika kita jatuh. Allah akan menghantar sahaba-sahabat kepada kita untuk menampung kekurangan diri ini, memberi peringatan kepada kita, menjadi cermin kepada diri ini. Betapa manisnya ukhwah andai kita dapat memahaminya..... BUkalah mata, hayati makna UKhwah..

Ahmad Ashraf on 15 April 2009 pada 2:14 PG berkata...

Rukun Bai'ah ke-9: Ukhuwah....

Tanpa Nama berkata...

Betul, ukhuwah sesama muslimin kurang, cakap aje lebih tapi kurang diaplikasikan. Muslimat bagus ukhuwahnya tapi dalam perkongsian hak milik, jangan harap la dapat berkongsi...

Tanpa Nama berkata...

nape ek dr dulu sampai sekarang masalah ukhwah nie tak pernah nak settle2???asyik2 bincang benda nie...bg ana, ukhwah nie perkara nombor 2, yg penting gerak kerja islam jalan!!! kalau asyik dok fkr masalah hati, yg tue tak ngam ngan yg nie, org tue mcm nie.. so kena dekati dia cara mcm nie, org tu pla perangani dia mcm tue..so tak ble nak wat mcm nie kat dia...aduh pening!!!

persoalan ukhwah nie persoalan individu...mcmmana bentuk ukhwah yg kita nak???
klu tamrin, ble je create modul2 nak uji ukhwah..mcm tamrin ana dulu, ada sorang peserta nie disembunyikan oleh adhoc, pastu drg wat ar mcm kwn kami tue hilang.ktorg kena cri dia hampir sampai ke subuh...org lain suma cbuk cri, ana wat dek je..dah tau suma tue lakonan..dan suma tu gak retorik!!!geram ana!!!

mcm mana nak rasa ukhwah tue??
ukhwah adalah tautan hati2 kita...sape yg pegang hati tue??? ALLAH s.w.t...Allah yg akan mencampakkkan kasih sayang ke dalam diri setiap insan..so, klu tak rase ukhwah tu, something wrong la tue!!!

ukhwah tue di hati..dan kdg2 ape yg di hati sukar utk diterjemahkan dengan perbuatan..klu pun berjaya diterjemahkan, kdg2 shbt tak memahami maksud terjemahan tue.

ana respect muslimin, ukhwah tak nampak sgt, tp gerak kerja laju!!!

bg ana, gerak kerja Islam mesti diutamakan!!!tak yah ar nak pening2 masalah ukhwah nie..

Lakaran Princess on 15 April 2009 pada 5:37 PG berkata...

Assalamualaikum,
Ustaz Dzul:
Pandangan dr adik2 di Labuan:
1) tajuk ni memang best
2) Penyelesaian ukhuwwah lebuh kepada individu itu sendiri, bagaimana mereka mengadaptasikan isi tersiratnya, pd saya ukhuwwah tidak boleh dinilai melalui kekerapan kita berjumpa wpun dikalangan muslimat, tapi kualiti masa kita bersama mereka.. tidak kira la kita tolong dalam kesusahan, mengambil berat atau sebagainya.. yang penting muslimat n muslmat perlu bersangka baik sesama kita dan saling memahami dalam gerakan yang kita dokong ini... salam perjuangan:)

Nik Muhammad Amin on 15 April 2009 pada 6:36 PG berkata...

Ukhuwah, hmm ana rasa tak perlu lagi pengerak2 islam dok pening2 bab ukhuwah ni. Once dah jadi pimpinan tu tak perlu lagi topik2 ukhuwah jadi agenda utama dalam meeting. isu masalah hati antara pimpinan tak habis2 bahas..hu3!..buat kerja, jangan dok fenin2..berlapang dada dan terima sahabat seadanya..

Kata Imam Al-Ghazali, 'Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan juga pada manisnya ucapan dibibir ttp pada ingatn seseorang trhadap saudaranya dalam doanya"..

pendapat ana jer..jgn marah ye muslimin dan muslimat,

teganggo berkata...

selemah2 ukhuwwah adalah bersangka buruk pada sahabat...ingat 2!!!!

m berkata...

Kalo x pandai atau x kreatif nak puji sahabat, sekurang kurangnay, jgnlah keji sahabat kita.

Anak Muda Reform on 15 April 2009 pada 11:26 PTG berkata...

nampak je macam tak bias penulisan..tapi penulisan sangat sinis pada mat...hati2 nak tulis tuh...

ukhwah ini mula2 tapaknya dalam hati...tengok rukun usroh semula..taaruf dan tafahum, semuanya di hati, memamhami org lain...

Tanpa Nama berkata...

ukhwah xdak, kuah ada ler..~

yg muslimin cara muslimin, yg muslimat cara muslimat..

apa yg penting?? KERJASAMA!!

Tanpa Nama berkata...

“Muslimin nak kami berdikari. Buat tu buat ni. Mesti lincah ke sana sini. Mesti kuat dan jangan penakut. Mesti berani ke depan dan berani bercakap. Tapi bila korang pilih bini, korang pilih yang lembut-lembut dan ayu-ayu. Korang sembang je lebih”.

Terkulat-kulat muslimin mendengarnya. Saya pernah kena. Saya pun terkulat-kulat. Nasib baik Kak Mumtaz mempertahankan saya. Apa katanya?

“Muslimat memang kena berani tetapi jangan sampai mengikis kelembutan dan keaslian kita”.

salam..
ana rase ana tau kjadian ni ~
tkulat2 ke ustz dzul waktu tu?


hu~
ape2 pun,ukhuwah tu subjektif..
pnafsirannnye bbeza2..
seorang bapak serlahkan sifat caring dia bbeza dgn cara seorang ibu serlahkan rasa caring dia..
yg jd masalah bila kita yg create sebab2 kpd msalah hati..

jgn salahkn title 'ukhuwah' dengan masalah hati ,kalu kite sndrik yg mnyalahgunakn title 'ukhuwah' tu..

~ bumi skudai

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Dengan nama Allah...

Ukhuwwah terbina atas aqidah.mantapnya ukhuwwah lantaran kukuhnya aqidah yang terpasak dan memacak dalam diri.kalau ukhuwwah tak berkesan,bermakna silapnya dalam penghayatan ilmu aqidah.Betapa mana aqidah mampu mennyedarkan diri ini dari sentiasa terpesong dari jalannya.Ingat aqidah,ingat tujuan,hasilnya kesatuan.tidak sepatutnya jadi isu,malah melambatkan kerja kita.
Bentuk aqidah,bentuk ukhuwwah,jangan lalai,jangan banyak berborak,kerja takda,cakap gegar gegar,buat malas.ini yang perlu dikikis.insya'Allah...
sekadar pandangan sang jahil
waLlahua'lam...

Muhammad Hafiz on 16 April 2009 pada 8:17 PTG berkata...

Assalamualaikum.

Ukhuwah. lelaki dan wanita ada caranya tersendiri untuk menzahirkan ukhuwwah. Selalunya ukhuwah sesama jantina tiada masalah, tetapi akan ada masalah ukhuwah antara jantina.

Payah nak ulas...

Baca buku 'Men Are From Mars Women Are From Venus' karangan John Gray. Kalau nak tahu perbezaan dan belajar memahami perbezaan lelaki dan wanita.

Tanpa Nama berkata...

Muslimat ada masanya kena "Think like a man, act like a woman".

Muslimin ada masanya kena "Think as a woman, act like a man".

Kisah benar. Ada satu tempat ni musliminnya lagi ramai daripada muslimat.
Kata muslimin 'Kenapa muslimat lambat jenteranya? Antunna kena laju sikit.'

Muslimat: Muslimin ni harap je ramai, tp yang nampak masa program asik orang yg sama je. Muslimat tak ramai, tapi masa program semua datang, lagi ramai daripada muslimin(yg ramai).

Muslimin: Itulah, ukhwah muslimat ni tak cukup power, tak cukup kuat untuk tarik kwn2nya supaya berintima' dan wala'. Sebab tu mereka sikit.

Aih, terbalik pulak?

Jadi bila kaji balik, adakah root problemnya ~Tak kuat ukhwah~ ataupun ~Tak cukup tarbiyah & kemahiran berda'wah?~??

Takut kita dok persoalkan lelaki itu dan ini, perempuan itu dan ini, tapi sebenarnya bukan gender yang jadi masalah, api terdapat root problem yang lain.

Mungkinkah gender hanya 'presenting problem'?

Mungkin isu ini lari sikit, sekadar melontarkan pandangan. Wallahua'lam..

-iman-

Tanpa Nama berkata...

Afwan, menyibuk.. ana blog hopping..
Sebenarnya just nak tau cmne org selesaikan masalah ukhwah, or dlm mksud yg lain: utk sentiasa berlapang dada kepada saudara muslim yg lain (this is the lowest level of ukhwah right?) Tapi, lain lak yg ana jumpa

hmm.. sekadar pendapat, kekuatan kedua seorang mu'min adalah ukhwah, so ukhwah tak boleh diperkecilkan..tapi, at the same time gak, ukhwah bukanlah sesuatu yg boleh digrab dgn teori semata2.. pengalaman, kesusahan, masalah yg dihadapi bersama memang banyak mengajar apa itu ukhwah.. (hmm.. dlm riyadhus salihin, bab kasih sayang pun banyak gak hadith kan? n bear in mind, nabi ada suruh sahabat nyatakan kasih sayang kpd sahabat yg lain (of course la sahabat yg mahram))

Wallahua'lam
--ana yg masih banyak perlu belajar..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE