Sabtu, 16 Mei 2009

konsert gamis


Jangan bimbang tentang konset GAMIS. Rabbani sendiri sudah berjanji akan memstikan Islam akan terpacak dalam konsert nanti. Ahli GAMIS pun mesti thiqah dan percaya dengan MT dan AJK.

Betul, ikhtilat dalam konsert dan di Meka semasa tawaf mahupun solat adalah berbeza. Di hadapan kaabah, lelaki perempuan berhimpit-himpitan kadang-kadang tetapi siapalah yang berani melakukan derhaka di hadapan bumi Haram.

Solat dan munajat di Negeri Kelantan juga berbeza. Meskipun bersebelahan tanpa tabi, namun ia menjamin keimanan dan menjauhkan maksiat. Dalam konsert semestinya ada beza yang sangat ketara.

Saya akan cuba sedaya upaya untuk memastikan suasana Islam akan terlebar dan jauhnya ikhtilat.

“Saya nak tanya ustaz. Apa pula gunanya kita memanggil Meet Uncle Hussain?” tanya Hanisah. Saya sudah agak, pastinya ramai yang tidak bersetuju jika saya menjemput kumpulan MUH.

“Daya penarik,” saya mula menjawabnya.



“Ana tidak mahu yang datang konsert hanya golongan yang berkopiah, atau ahli PAS. Apabila Tok Guru menjemput Mawi ke Kelantan, rupanya yang ramai datang adalah ahli PAS dari pelbagai pelosok. Yang memenuhi ruangan stadium sedangkan golongan sasar tidak dapat menembusi kepadatan stadium,” saya menjelaskan.

“Apabila namanya konsert, maka ia bukan untuk golongan agamawan secara khusus. Ia lebih kepada golongan yang lain. Apabila namanya wacana, barulah ia untuk golongan cerdik pandai,” saya menerangkan panjang lebar.

“Apa beza antara Gamis dengan yang lain?” Daud bertanya pula.

“Bezanya kita ada agenda dakwah. Bahkan tidak pernah kesatuan Mahasiswa dari seluruh negara mengadakan konsert. Ia akan membuka ruang paradigm bar yang tidak terjangkau,” kata saya.

Saya ingin menambah lagi, “Antum tidak perlu bimbang lantaran kumpulan Soutul Harakah tetap dominan dalam persembahan nanti. Kumpulan lain mungkin hanya untuk satu atau dua buah lagu. Soutul Harakah pula, mereka yang akan menguasainya. Bukankah ini satu keuntungan?”

“Oh, jadi, kumpulan lain hanya menyampaikan sedikit lagu. Baru ana jelas lagi bersuluh,” kata Hanisah tanda berpuas hati.

Saya sangat berharap agar semua memahami, bahawa kita berasal dari tarbiah dan kita adalah kumpulan pendokong tertegaknya Islam. Maka tetapkanlah thiqah dan berilah kepercayaan.

Saya akan berusaha memastikan akan ternyahnya unsur maksiat di dalamnya. Tujuan kita ialah cita-cita Islamiyah.

Nah, saya juga ingin tegaskan tentang penubuhan Gamis sebagai NGO. Ramai yang tersilap faham. Kami dah terangkan tetapi ramai yang buat-buat tidak faham atau betul-betul tidak faham.

Saya tidak dapat bayangkan, jika Gamis kekal dengan gerakan haram bawah tanah, sampai bila-bila Gamis tidak akan dapat melaksanakan konsert dan congress pendidikan yang bersifat nasional.

Tolonglah berikan keyakinan anda pada saya dan MT yang lain.





7 Cadangan/Pandangan:

shanawey berkata...

alhamdulillah. tahniah bro dengan garapan perancangan. penuh perician dalam konteks keutamaan.

A. Ubaidillah Alias on 16 Mei 2009 pada 9:33 PTG berkata...

Novel islam...konsert islam...filem islam...media islam...Masyarakat akan menilai mana lebih baik antara hiburan sahaja atau hiburan Islam.

Bila masyarakat memahami apa yang Islam mahu bawa. Insya allah negara juga akan menjadi negara Islam.

Bermula dari bawah dan ke atas. Ini bukan kerja senang, buatlah apa yang termampu.

dak IPTS berkata...

Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu Lyrics

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

lalala... saje nak letak lirik lagu ni... MUH adalah kump yg menang juara lgu hari tue...lagu ni la yg dorang nyanyi...sape2 yg tak tau tu... tau2 kanlah yer... dah nama pun kata nak buat konsert nie konsert dakwah... tapi kalau tak kenal mad'u...susah lah... artis yg nak wat konsert pun mad'u jugak kan... pada pengarah prog, pastikan anda hafal lagu ni...huhu. nanti bangga sket mereka. N dorang ni juga adalah artis baru terbaik dalam AIM ke 16 baru2 nie.

---besh gler kalau dorang nyanyi lagu ni nanti kat konsert gamis. Tapi tul ke dorang nyanyi lagu nie???tunggguuuu---

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum w.b.t
Ya, ALLAh dah lame ana rindukan spy suasana mcm ni boleh wujud dalam masyarakat kita yg makin hari makin jauh dariNYA.

teruskan usaha ustaz n ahli2 lain utk konsert GAMIS ini. ana sgt7x menyokong.
teringat ana pada video yg ana tonton berjudul pidato kanak2. ia sbnrnya adlh program realiti kanak2 di indonesia tpi yg menarik hati ana adlh bkn nyanyian yg dipersembahkan tapi setiap kanak2 hendaklah menyampaikan ceramah dgn tjuk yg bkn ringan, agak berat jika diukur utk thp seorang bdk. tjuk spt kehidupn selepas mati. setiap ceramah oleh kanak2 itu terisi dengan ayat2 al quran dan hadis nabi. ya ALLAh, cantiknya andai budaya sebegini dapat diterapkan dalam masyarakat kita sekarang. cemburunya ana pada Indonesia yg jauh mendahului kita.

moga usaha ustaz dan ahli2 lain diterima ALLAH insyaALLAh..

~Birha~

annasaiy on 21 Mei 2009 pada 9:41 PG berkata...

salam 'alayk. yang baik itu jelas, yang buruk itu jelas. antara keduanya ada syubhat.. nabi galakkan kita jauhi perkara syubhah.. kalo org tny cmni nk jwb pe?

A. Ubaidillah Alias on 24 Mei 2009 pada 7:32 PTG berkata...

Takutkan syubhat... jangan pergi konsert.

Takutkan dosa kecil...jangan keluar rumah.

:) gurau saja.

khalilULLAH on 31 Mei 2009 pada 11:52 PTG berkata...

assalamualaikum...

.......tapi ana masih xleh terima jika panggil MUH dtg ke konsert gamis. Ana percaya msti kebanyakan yg bersetuju memberi alasan dakwah dan sebagainya, tapi bagi ana mengapa kita tidak tonjolkn Islam yg sebenar sebagai cara dakwah kita. Mengapa Islam perlu menumpang populariti pihak yang tidak memperjuangkan Islam bahkan tidak mengamalkan Islam.

(lebih kurang mcm kita nk muqabalah ngn UMNO lh kot)

Ya, mgkin ada yg akan gunakan alasan dlm Islam byk strategi yg bleh kita gunakan tp setahu ana kita seringkali akan trus ambil jln mudah. Kita masih takut untuk tonjolkn Islam yg sebenar kerana takut mad'u akan lari dr kte tp apa yg kte takut sbnrnya??? mad'u @ Pemilik Hati mad'u kte.

Sekadar berkongsi pandangan. Imam Maliki ada pndangannya, Imam Shafie ada pandangannya, tapi msg2 saling menghormati pndangan msg2.

MENGKRITIK PRESIDEN TIDAK SALAH
Wallahua'lam =D

P/S: dzul, nnt nk kawen bgtau ana ye. ana tau ana ni bkn bdk RV tp jgn lh lpekan ana. hehek

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE