Sabtu, 30 Mei 2009

TUAN GURU, PENCEN LAH


Sebenarnya tidaklah terlalu payah untuk Umno mengembangkan Islam di Malaysia. Syaratnya, mereka mesti bersedia menerima ulama dalam Pas sebagai salah satu badan yang boleh difungsikan secara baik.

Saya ingin sahaja mencadangkan kepada PM agar memanggil pimpinan Pas untuk berbincang tentang Islam. Bukan tentang. Kita tolak ke tepi soal parti. Kita sama-sama bincang soal Islam. Dan saya yakin pimpinan Pas tidak rigid untuk memenuhi jemputan.

Kita mesti menganggap Pas bukan parti. Nak je saya mencadangkan agar pimpinan mengurangkan istilah parti. Kita pakat-pakat guna perkataan Jamaah. Dalam bab ini saya taknak bincang tentang Jamaah atau Harakah. Anggap sahaja ia sama, usahlah kita terlalu berfalsafah di sini.

Jakim dan Jawi bukan kuasa dakwah besar di Malaysia. Kuasa dakwah terbesar adalah Pas. Angkatan dakwah yang paling ikhlas ialah Pas. Ahli yang paling taat ialah Pas. Jika dilakukan mobilisasi, maka Pas adalah gerakan terbaik untuk melaksanakannya.



Ini kerana tarbiah. Pas ada nilai tarbiah yang luar biasa. Maka ahlinya lahir dalam rumpun tarbiah dan diasuh untuk taat tanpa banyak bicara dalam banyak hal. Dalam masa yang sama, ahli Pas dilatih untuk berhujjah dan memberikan pandangan kepada pimpinan dengan penuh keikhlasan.

Ahli Umno juga bagus. Tetapi ia akan menjadi lebih bagus sekiranya bersedia untuk ditarbiah. Dan saya melihat, orang yang paling baik untuk memberikan tarbiah kepada mereka ialah pimpinan Pas.

Malaysia akan menjadi beragama sekiranya Umno bersedia mendengar nasihat dan Pas terus istiqamah. Sekarang Pas istiqamah. Namun Umno belum mahu menerima nasihat. Namun saya yakin, kelak PM akan berubah hati jika ahli Pas terus-menerus dengan agenda dakwah.

Jadikanlah agenda dakwah sebagai agenda terbesar. Dalam Gamis, kami tidak mengenal siasah melainkan jika dikaitkan dengan siasatud dakwah. Tuan Guru Presiden juga saya yakin menjadikan politik sebagai medan berdakwah. Tuan Guru Mursyidul Am sentiasa berpesan, “Jangan sebut parti tetapi sebut tentang Islam.”

Tiada politik melainkan untuk dakwah. Tiada tarbiah melainkanj untuk melahirkan pendakwah. Tiada jamaah melainkan untuk dakwah. Semuanya untuk dakwah tetapi bukan untuk lajnah dakwah. Pengurusan juga untuk memudahkan kerja dakwah.

Dakwah ini adalah pencerahan Islam. Kesedaran hakikat beragama. Keinginan melahirkan rasa cintakan Islam. Hatta Husam dan Ust Tantawi, semuanya lahir untuk dakwah. Maka angkatan dakwah mesti bersama dan menjadikan agenda dakwah agenda terpenting.

Tuan Guru sudah tua. Kedua-duanya. Rasa kasihan saya terhadap mereka sehingga ingin saya berkata kepada mereka, “Tuan Guru, pencen lah. Letaklah jawatan. Biar kami yang meneruskan perjuangan.” Namun anehnya dunia dakwah tidak mengira orang tua mahupun muda. Tuan Guru yang memahami menjadikan dakwah sebagai agenda kehidupan dan kematian mereka, terus menerus berdakwah dan tidak akan meletakkan jawatan sebagai penggerak dakwah.

Jawatan dalam Jamaah mungkin akan dilepaskan namun saya yakin Tok Guru tidak akan meletakkan jawatan sebagai ahli dakwah.

Saya juga rasa kasihan dengan PM dan ingin memberitahu beliau. “Letaklah jawatan, biar kami anak muda yang meneruskan perjuangan.” Saya rasa kasihan melihat uban yang bertambah dan kedut muka yang kian berhias.

Gerakan kampsu juga mesti memfokuskan dakwah. Tiada tarbiah kampus melainkan untuk melahirkan angkatan dakwah yang serius. Saya tidak termasuk dalam golongan yang serius tentang dakwah semasa di kampus. Saya menyesal namun saya masih meneruskan usaha tersebut dari semasa ke semasa.

Tahniah kepada beberapa akar umbi Pas yang mencadangkan agar ditubuhkan Akademi Dakwah. Tahniah dan syabas. Gamis juga sudah bertindak ke arah itu.saya berharap, Akademi Umno juga janganlah hanya melahirkan ‘kemelayuan’ tetapi, fikir-fikirkanlah juga tentang dakwah.

Bestnya jika Umno dan Pas sama-sama buat kerja dakwah…





1 Cadangan/Pandangan:

Best2 berkata...

"Bestnya jika Umno dan Pas sama-sama buat kerja dakwah…"

Bestnyeee...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE