Ahad, 7 Jun 2009

INI GAGASAN KITA


Sekiranya mana-mana universiti ingin mengetahui bentuk tarbiah yang diamalkan oleh Persatuan Mahasiswa Islam, saya orang pertama yang tampil untuk mendedahkan apakah tarbiah PMI.

Saya akan ceritakan. Sesungguhnya tarbiah PMI bukanlah rahsia. Malah HEP boleh melihat bagaimana kami ahli gerakan Islam melaksanakan usrah dan wacana ilmu. Tanpa tertutup malah ia terbuka seluas-luasnya.

Jika mereka mahukan silibus usrah yang dilaksanakan oleh PM sekalipun, bukan sekadar silibus yang sedia ada, bahkan saya akan mengemaskinikan slibus tersebut khas untuk pentadbir universiti. Sngguh, saya lah orang yang akan melaungkan gagasan, “Tarbiah kami bukan rahsia bahkan ia terserlah sebagaimana cahaya matahari yang menerangi alam ini.”



Saya menyebut berkali-kali dalam beberapa pertemuan dengan sahabat-sahabat GAMIS, bahawa kita tidak pernah ingin menyembunyikan tarbiah kita. Kita mahukan semua merasai nikmat tarbiah kita bahkan kita bersedia untuk membantu universiti dalam medan pentarbiahan.

Saya berpandangan, era mahasiswa membangkang dan membantah universiti adalah era gerakan yang lama. Yang kita ingin tanya sekarang, apakah kita mampu untuk membuka lembaran baru untuk universiti sekaligus mengangkat martabat universiti tempatan di mata dunia.

Saya tidak pernah mendengar kalam yang sahih meminta supaya disembunyikan tarbiah. Cuma sekarang ialah peranan ahli gerakan untuk menerangkan bentuk tarbiah dalam bentuk yang boleh diterima. Tarbiah hanya bahasa Arab, pendidikan dalam bahasa kita. Ia sama, namun kita juga nampaknya paranoia dengan bahasa Arab.

Kita takut untuk menyebut istilah usrah, wala’. Jamaah, amir, dan sebagainya. Baik, sekiranya istilah ini menimbulkan kesan yang buruk kepada beberapa kampus kampus, maka jangan disebut. Namun bagi gerakan kampus yang kuat, seperti M mahupun UKM, maka sazirkan sahaja tanpa berasa takut. Benar, ia langsung tidak menakutkan sebenarnya.

(Artikel ini harus dibca dengan takwilan. Janganlah anda menjadi golongan yang hanya tahu membaca tetapi tidak tahu menterjemah)







5 Cadangan/Pandangan:

abangki on 10 Jun 2009 pada 9:38 PG berkata...

Assalamualaikum..

Kenapa pendapat kita selalu sama..?

Adakah wujud persamaan antara kita ya ustaz?

Sehingga sekarang, saya masih bersetuju dengan penilaian dan lontaran idea ustaz

Unknown on 10 Jun 2009 pada 9:46 PTG berkata...

Salam ustaz..
sya bstuju dngn pndgn ustz..
mskipun kita dari wadah berbeza, nmun matlamat pjuangan kita ttp sama.
smoga jmaah di kmpus mahupun di luar dapat faham dan sedar apa erti pjuangan Islam.
bukan mhu doktrin fhman ahli dengan perspektif@kcenderungan tertentu.

UmmuUmairah berkata...

kita lihat balik sejarah Rasulullah dahulu knp perlu berdkwah secara senyap2 dan kemudian baru dapat berdkwah secara terang-terangan. Lihat kelebihan disitu, ana minta Dzulkhairi menjelaskan balik hikmah knp Allah arahkan begitu kepada Rasulullah....

Teruskan niat yang suci PMIUM dan GAMIS itu, jika benar ia tak memberikan apa2 kesan kepada kampus lain yang lemah. Sebelum buat apa2 keputusan haruslah berfikir panjang dan nilai dengan mendalam terlebih dahulu..

syuhadah dzarawi on 14 Jun 2009 pada 2:50 PG berkata...

saya tak setuju~~!

tiada apa-apa yang dapat dikongsi meLainkan sistem yang masiH banyak keLompangan.

saYa rasa kt bkn perLu berkongsi~tapi kita kene mengadaptasi.

Abu Uwais berkata...

Masyaallah. Syuhadah Dzarawi. Enti kena jaga-jaga. Macammana boleh dikatakan masih banyak kelompangan? Tidakkah direnung semula firman Allah “Pada hari ini aku telah menyempurnakan agamamu bagi mu dan aku telah sempurnakan nikmatku untukmu dan aku telah reda Islam sebagai Islam sebagai agama.” (3 : al-Al-Maidah)
Kalau benar sistem yang anda gunakan sistem Islam. Mengapa mesti ada kelompangan nya? Melainkan sistem yang dijalankan sekarang bukan berteraskan Islam tetapi diadaptasi dari kuffar. Dan selama mana perlu di "sirr" kan sistem kamu? Kamu hanya melihat dakwah sirr nabi selama 3 tahun. Tapi tak lihat dakwah nabi secara terang-terangan hingga ke hari kewafatan baginda!. Nabi berdakwah secara terangan sungguhpun ummah diseksa, ditindas. Tapi kamu semua mencari kuasa baru nak jahar kan dakwah? Ya, ini dinamakan pengecut yang sebenar. Kemudian dengan tak malunya menguar-uarkan keberkesanan tamrin kononnya hendak membina jati diri.Iya jati diri, jati diri tanpa ilmu dan iman serta aqidah yang saheh. Oh ya Ummu Umairah. Cuba bagi pada ana, mana Firman Allah yang memerintahkan Nabi dakwah secara sirr. Silakan. Ana sentiasa terbuka menunggu. Apa pun, ana mintak agar kita sama-sama berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat. Ingat, dusta dengan nama nabi dengan sengaja, sudah terjamin tempatnya di neraka. Apatah lagi berdusta dengan nama Allah. WA

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE