Semua ahli PAS pusing sekarang. Mereka jadi tidak tentu arah. Sekiranya saya meminta barisan tertinggi PAS untuk menerangkan tentang aliran wala’, maka pasti ramai yang terkial-kial.
Kepada siapa wala’ harus dicurahkan sebenarnya. Kepada Mursyid? Atau kepada Presiden? Atau kepada Institusi Syura Ulama? Maka semua berada dalam ke’pusing’an yang memeningkan.
PAS pada pandangan saya harus menerangkan secara jelas, siapa orang paling berkuasa dalam PAS? jika tidak, makin ramai yang tidak keruan.
Ada orang, wala’ kepada Pemuda Kawasan. Ia melucukan. Ada oang, wala’ kepada Presiden, tetapi mengetepikan Mursyid. Habis tu, siapa yang harus diberikan wala’ itu?
Saya memohon maaf. Saya kurang bersetuju dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am yang meminta agar wala’ diberikan sepenuhnya kepada Presiden. Saya rasa, perlu diadakan munaqasyah yang menjelaskan semua perkara ini.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
14 Cadangan/Pandangan:
kenapa tak buat pemilihan semula untuk presiden sekali.
Buat ape ade presiden, tp ahli xnak ikut.
baik ikut cadangan PAS bukit bintang, jadikan TGNA jd presiden.
assalamualaikum,abg dzul: ana mhn agar dijelaskn apa mksud ayat ini didlm artkl saya suka ahli yg krtikal : 'perasaan wala’ dicurahkan secara tidak bertempat. Memang ketaatan itu perlu bahkan wajib, namun apabila ia diletakkan tidak pada tempatnya, maka kezaliman berlaku. Kezaliman dalam wala’. Ahli hanya diminta untuk mengikut tanpa mempersoalkan, sebagaimana kes Musa dengan Khidr. Maka semakin bekulah pemikiran ahli.' mhn dijelaskn dgn baik..pelik bunyi ayat ni..seolah2 nbi musa wala' mmbuta tuli????bnrkh bgini cara mmhmi kisah 2 nabi ini akhi??
ust,
ana kira...
pandangan2 ust lebih banyak mengeruhkan dari menjernihkan,
mungkin ada benarnya pandangan,
lebih baik diam dari berkata2..
ahli2 gamis mcm da kena tempias sekali,
dek amarah dewan ulama,
hasil kritikan ust,
fadlullah,ko takyah tnya dia ttg sal musa/khaidir tu.. zul ni hebat ngalahkan nabi2 zaman dulu...
ko baca la betul2
syirik>>>>
dia ni bukan ustaz.. tp pemecah belah.. koya berani ...
kalau wala kt pemuda kawasan,dia kata lucu.. kalau wala kt TGNA,dia kata mgkin ok, kalau wala kt TGHH dia tak patut... senang2 kita wala kt AL-IMAM mujaddid Dzulkhairi je la..
imam ni bijak..hehe aku bukan nk melobi,cuma nk tolong kempen(sama cara dia lobi husam)
Murabbitul Amal bgnya tak relevan tu sbb dia layak digelar mujaddid.. dia ni plak suka berfikiran menonggkah arus..lain dr yg lain katakan.. nk buat cmne,hari2 dia g jmpa dgn murabbi Ust yahya..tu dia kira kabel dia la tu..
ust Yahya ok.tp dia ni palk g guna nama ust yahya..letih2
Salam.. Apa yg dkatakn oleh bro zul tu ada bnarnya..stiap ahli gerakan patut memahami konsep wala dgn betl,jgn sampai dsbbkn kta taksub kpd indvdu tsbt mybkn kta mltak wala itu trus kpd orang tsbt..truskn bro zul..
Tak payah la korang nak pertahan dewan ulama' tu. ada isu boleh la nk naikkan nama dewan ulama'. Dah reda sket. Hilang la semangat korang. Aku tengok dari dulu sampai sekarang, jangan kata fatwa dari Dewan Ulama', fatwa dari Jemaah Mufti pun satu haprak pun orang tak pakai. Kalo korang yang belajar agama ni nak tahu, fatwa tu dalam Islam sama dengan Undang-Undang. Bukan Udang. Nak makan cari. Tak nak makan buang. Ini dengan sendirinya membenarkan kenyataan bahwa kita di Malaysia memang tak hormat dan tak mengakui peranan Ulama' di Malaysia. Sebabnya, 87% golongan agamawan di Malaysia adalah dari kalangan mereka yang resultnya tak boleh nak apply kos yang kritikal. Anda faham maksud saya? Benar. Agamawan di Malaysia kebanyakannya adalah 3rd rate punya student. Sebab itu di NILAM PURI kebanyakan ustaz dia akhlak sangat teruk. Hisap rokok. Tak puasa. Couple dengan ustazah. Suka ponteng kelas. Tapi, alhamdulillah lecturer NILAM PURI sangat baik. Selalu dapat soklan exam sblom masuk exam. Aku tak payah masuk kelas 1 sem langsung, just time study week hafal jawapan. Masuk exam 100%. Terima lah kenyataan. Action speak louder than word. Da'watul qawi da'watul fi'l. Kelakuan dan sikap korang semua menjelaskan pemikiran serta nilai minda korang.
murabbitul amal ke murattibul amal, anti-G.I?
pendekatan berdiam diri adalah baik. namun memberi penjelasan ats sesuatu isu agar difahami khalayak juga perlu.
katalah sesuatu, ustaz. apapun tak mengapa.
penghapusan kertas kerja wala' dalam ertikata sebenar memahamkan konsep wala' agar tidak tersalahfaham seperti mana berlaku wala' mebuta tuli. apa yg ustz cetuskn, sy berkira-kira, ustz ingin membawa ahli supaya berfikir lebih, bukan terima suapan sahaja.
But, somehow ustaz,
kami turut menunggu penjelasan ustz, agar apa yg kami fikirkan adakah ia sama atau berbeza, dan disitu berlaku perbincangan dan muhasabah
setuju ngn bakal mufti, budak mesir pn ramai camtu..tula tiap2 hari diorang dok chating and blogging je...mungkin bukan semua..tapi kebanyakkan..UIA..usah cerita berapa ramai pelajar aliran agama yang xmacam agama..then bila keluar jadi ustaz buat fatwa macam2..menyusahkan orang..korang jwab la depan Allah nnt..
sedikit mencelah..
kenape ye,tmbul satu isu yg, ad y nk bertlagah??
ape pun y berlaku,selidikilah pd Al-Quran dan As-sunnah...
jika ad tokoh yg mngeluarkan suatu saranan,jgnlh hanya tgk pd tokoh2 tersebut,tapi tgklah pd yg lbh tggi dr tokoh2 itu,
ALLAH dan RASUL..
jk haq,maka turuti,
jk x,maka hindari..
andainy keduny berhujah,eloklah kte melihat kpd saranan A-Banna..
setiap entiti mgkin berbeza,namun carilah jln tgh (munaqasyah),yg akn mnjadi solusi trbaik..
hakikat ISLAM utk dtinggikan,bkn ditelagahkan..
(minta maaf jk ad slp slh,mnta pmbtulan dr yg lbh mngetahui)
jazakumullahu khairan kathira..
aku dah takder respek kat GAMIS...
boleh mampuslah GAMIS...
SIAPAKAH YANG BERHAK PUTUSKAN KEPUTUSAN? (Siri 1)
Beberapa hari kebelakangan ini, saya lebih cenderung untuk menulis tentang halal dan haram yang semakin diabaikan, bahkan ditinggalkan. Namun, sempena Muktamar kali ini, saya lebih tertarik untuk memperlihatkan kaedah atau prosedur di dalam Islam, untuk menyelesaikan perkara ini. Hakikat ini telah pun dijelaskan oleh Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya, Usul Dakwah.
Beliau menyebut di dalam Bab Syura, tentang hakikat pertelagahan atau percanggahan pandangan ini. Ia terbahagi kepada beberapa persoalan, atau penjelasan :
- Siapakah yang berhak tentukan keputusan? Adakah syura atau presiden?
- Bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan?
- Adakah keputusan ahli wajib diterima?
Persoalan pertama, ialah orang yang berhak membuat keputusan. Dr Abdul Karim Zaidan menerangkan bahawa di dalam meletakkan keputusan orang yang lebih berhak, maka beliau menggariskan beberapa etika. Etika tersebut ialah, Presiden berhak mengumpulkan syura, dan mendengar pandangan semua. Sekiranya Presiden memilih untuk mengikut keputusan syura, maka itu adalah haknya.
Bagaimanakah pula sekiranya keputusan Presiden bercanggah dengan Syura? Sekiranya bercanggah, Presiden berhak membuat pilihan, samada ingin mengikut keputusan Syura, atau masih berpegang dengan keputusan sendiri. Presiden mempunyai kuasa untuk mengekalkan keputusannya, walaupun bercanggah dengan syura. Inilah sepertimana yang disebut. Sekiranya saya silap, tegurlah dengan baik.
Ya, Presiden berhak membuat keputusan sendiri, walaupun ia bercanggah dengan keputusan mesyuarat sekalipun. Maka, terdapat persoalan yang bertanya. Sekiranya begitu, maka sia-sialah mesyuarat yang diadakan. Penjelasan perkara ini ialah, mesyuarat diadakan untuk membantu Presiden dalam membuat keputusan. Tetapi Presiden mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan mana-mana keputusan yang dipilih.
Bahkan, Presiden juga mempunyai hak untuk memilih keputusan yang minoriti dalam mesyuarat atau dalam muktamar. Sekiranya begitu, maka, apakah kepentingan muktamar atau mesyuarat. Sepertimana yang telah disebut, ia adalah bertujuan membantu Presiden untuk membuat keputusan, tidak lebih dari itu sehingga boleh melawan keputusan Presiden.
Persoalan kedua, bagaimanakah ahli PAS dapat mengemukakan pandangan? Ya, mana-mana ahli PAS dibenarkan memberikan pandangan. Tetapi, sekiranya diberi ruang oleh Presiden. Sekiranya tidak, maka ahli tidak dibenarkan mengemukakan pandangan melalui saluran-saluran yang dilarang.
Ahli PAS, dibenarkan memberi pandangan sekiranya dibenarkan oleh Presiden. Contohnya seperti di dalam Muktamar PAS, dan sebagainya. Sekiranya tidak, ahli sama sekali tidak dibenarkan melalui mana-mana saluran yang dilarang. Contohnya, Presiden berhak untuk melarang ahli PAS daripada mengadakan sidang media secara peribadi, untuk mengemukakan pandangan peribadi mereka sewenang-wenangnya.
Minta maaf, saya bukanlah seorang yang taksub kepada Presiden, tetapi saya cuma menyampaikan apa yang telah disebut oleh ulama’ kita di dalam karangan mereka. Ikuti sambungan akan datang.
..............
Catat Ulasan