Isnin, 29 Jun 2009

UST SYAARI DAN SAYA, MACAM BIASA,


Beberapa orang bising di blog Ust Syaari. Bukan di blog saya. Berkaitan tentang perbezaan pandangan antara kami. Bermula dengan Ust Syaari memberikan pandang balas tentang respon saya berkaitan debat kerajaan perpaduan.

Antara kami, biasa-biasa sahaja. Saya tetap menghormati beliau sebagai pemimpin dan mengasihi beliau sebagai abang. Saya telah menghubungi beliau dan tiada pergaduhan antara kami.

Ust Syaari banyak berjasa kepada Gamis. Itu pesan saya kepada sahabat-sahabat dalam Gamis. Saya sendiri menyebut kepada beliau, transformasi Gamis masa sekarang adalah hasil inovatif beliau dan Ust RO.

Maka sebenarnya kami sama. Ust Syaari hanya mahu mewujudkan budaya ilmiah dan debat intelektual dalam Gamis. Ia perkara biasa. Malah saya senang hati dengan keberanian beliau.

Beliau ada kredibiliti. Ada kemampuan. Bijaksana dan berhati baik. Sepanjang kami bersahabat, Ust Syaari tidak sukakan populariti dan mencintai tawadhu’. Bagi saya, beliau hanya memberikan pandangan, bukan mencipta permusuhan.

Antara kami, tiada masalah. Saya bersyukur kerana mendapat seorang abang yang berani menegur dan seorang pemimpin yang berkaliber. Tahniah Ust Syaari...

1 Cadangan/Pandangan:

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid on 3 Julai 2009 pada 10:17 PTG berkata...

kedua-dua abang ana hebat!

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE