Khamis, 10 September 2009

FATHIYAH II


“Papa, Nabi Muhammad hensem kan papa. Ustazah Insyirah bagitau,” Fathiyah bertanya suatu petang. Tersenyum saya mendengar persoalan yang menarik itu. “Mestilah nabi kita hensem along. Selain daripada tu, nabi kita juga baik, lembut, pengasih,” jelas saya kepada anak perempuan saya yang berumur empat tahun tu.

“Papa, along nak jumpa nabi. Nanti along nak kenalkan papa dengan nabi. Along nak bagitau, pakcik pakcik, ini papa Fathiy, papa Fathiy sayang kat pakcik. Papa bagitau pakcik orang baik,” tergelak saya apabila Fathiyah membahasakan nabi sebagai pakcik. Macam-macam budak sorang ni.

“Papa tau tak, mama kata mama sayang nabi lagi daripada papa. Papa tak cemburu ke?” Pecah ketawa saya mendengar soalan yang bukan-bukan tu. “Papa tak cemburu pun. Sebab bukan nabi nak kawen pun dengan mama kamu tu. Mama kamu tu pun nak kawen dengan papa je, dunia akhirat,” kata saya sambil meleretkan mata ke arah isteri saya yang tidak habis-habis dengan membaca buku. Tapi membaca buku sekejap, terus je terlelap.

Read to sleep, tu la yang saya guraukan dengan isteri saya.




Fathiyah mengomel lagi. “Papa, ustazah bagitau, kalau kita nak jumpa nabi, kita kena ikut sunnah nabi, baca selawat banyak-banyak dan jangan langgar perintah nabi. Nabi suruh along solat, along kena solat. Along taknak tinggal solat. Along nak sangat jumpa nabi. Kalau along tak solat, nanti nabi marahkan along. Along takut papa,” semacam menangis saja suara anak saya tu.

Isteri saya pernah bagitahu, Fathiyah menangis seorang diri suatu petang. “Kenapa along nangis awak?” tanya saya. Kami ketika itu baru sahaja selesai mengulang al-Quran di beranda rumah.

“Entahla bang. Along kata dia rindukan pakcik Muhammad,” jelas isteri kesayangan saya tu sambil mengucup mashaf al-Quran. Saya terkejut. “Siapa pakcik Muhammad tu.” Isteri saya tersenyum lebar.

“Nabi Muhammad, bang. Tu yang saya terkejut tu. Dahla dia panggil nabi pakcik Muhammad. Tapi lama dia nangis bang. Dia bagitau saya, Pakcik Muhammad suka budak-budak. Da taknak jadi orang besar sampai bila-bila,” saya terkedu mendengarnya.

Rutin hidup kami, malam dipenuhi dengan tahajud dan munajat. Saya kagum mempunyai isteri yang sanggup bersengkang mata untuk bertahajud. Pernah isteri tertidur dalam sujud. Namun Allah ketawa dengan orang yang tertidur dalam sujud.

“Sebab tu saya tidur dalam solat bang. Sebab Allah ketawa,” kata isteri saya sambil ketawa. Saya terus tarik hidung dia, “Oh, nak tidur dalam solat kan. Nah, abang tarik hidung awak,” gurau saya. “Ala abang ni, nanti hidung saya panjang, hodoh, abang juga yang malu,” nak pecah perut saya mendengar katanya.

Bilang isteri saya, “Orang perempuan, walaupun tidak boleh solat sebab uzur, tapi kena bangun untuk berzikir dan baca wirid.” Itu yang membuatkan saya semakin mengagumi wanita yang berhati tabah itu. Setiap Isnin dan Khamis, kami berpuasa dan berbuka bersama sekadarnya cuma.

Fathiyah juga sudah belajar berpuasa. Namun puasanya hanya sekerat hari. Dia mahu sahaja menghsap jarinya. “Papa tak tau, jari along ni, keluar air susu. Best,” ada saja omelannya.

“Papa, Makcik Aisyah kirm salam pada papa dan mama,” kata Fathiyah. Makcik Aisyah. Siapa pula Makcik tu. Takkan peminat saya pula. Ceh, perasan pula lebih, hehe.

“Siapa makcik Asyah tu, awak?” tanya saya pada isteri saya.

“Entahlah bang, along bagtau, Makcik Aisyah selalu datang dalam mimpi dia dan baca hadis. Saya pun tak tau siapa,” saya tercengang.

Makcik Aisyah? Sang Humaira’? Saya mula galau.




7 Cadangan/Pandangan:

NHB on 10 September 2009 pada 12:44 PG berkata...

kah Kah Kah... Hadoiiii ustaz nie kalakar jugak rupanya... main tarik2 idung pulak dah..

makin bertambah bagus la citer ust.. episod yg seterusnya??? saya penunggu yg setia. dont worry. i like ur story

Tanpa Nama berkata...

salam.,

maaf, saya ingt ustaz dh kahwin, cara cerita mcm pengalaman sebenar. saya rasa tak manis saya tanya soalan2 dulu pada org bujang. ust takkan faham, apa yg saya rasa, tambh2 saya wanita. amat perit keadaan bila terperangkap, tambah2 umur dah mcm ni. maaf, sy amat sedih sekrg.

terima kasih ust, bc komen sy.

insan keliru

Samad berkata...

ustaz,
bagi saya yang dah berkeluarga dan beranak tiga, dan bergaul dengan kawan2 yg dah berkeluarga, amat terasa watak anak dan isteri itu terlalu jauh dari realiti sehingga terasa amat janggal.
dibimbangi org yg belum kawin akan kecewa bila mrk kawin nanti, realitinya tidak seindah cerita ini.

Hasmora on 14 September 2009 pada 10:05 PG berkata...

lagipun sdr Dzul kan penulis.. beliau berhak apa yg bermain di benak kepalanya.. penulis layak berimaginasi dan berkreativiti dlm menghasilkan karya bagus2.. kalu wat novel ok jugak syeikh.. cepat laku buku demo.. hehe

Adibah S on 5 Oktober 2009 pada 10:55 PG berkata...

we need a reason greater than reality... rich dad poor dad.

Tanpa Nama berkata...

cerita ustat adalah impian yg sy impikn selama ini..

Pn Siti Fatimah Idris on 15 Oktober 2009 pada 11:11 PTG berkata...

hehe klakar ustaz ni.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE