Jumaat, 4 September 2009

SEKADAR MONOLOG


Ketika kita solat, jangan hanya kita fikirkan,
Sama atau tidak solat kita dengan nabi,
Tapi tanyalah juga hati,
Gembira atau tidak hati kita dengan perintah Allah ini.

Ketika kita membaca al-Quran,
Jangan hanya difikirkan tentang betul atau tidak tajwid,
Tapi fikirkan juga,
Faham atau tidak kita akan makna dan ertinya.

Jika kita kuat beribadah, harus juga kita fikirkan,
Bersih atau tidak hati kita,
Bukan sekadar memikirkan bahawa,
Kita harus memperbanyakkan ibadah.



Sesungguhnya terdapat penyakit yang paling ditakuti al-Ghazali,
Lebih beliau takuti daripada gigitan dosa,
Iaitu penyakit hairan dan takjub dengan diri sendiri.

Orang yang jarang melakukan dosa,
Banyak melakukan ketaatan,
Adalah orang yang paling mudah dihinggapi penyakit ujub.

Alangkah,
Yang paling rajin beribadah tidak semesti bersih hati mereka,
Mungkin mereka hanya asyik menjilat najis mereka sendiri.

Aku melihat,
Ramai yang berusrah,
Namun bacaan al-Quran mereka masih terlalu lemah
Walhal mereka membaca karya yang tinggi-tinggi,
Berfalsafah dan beretorik, malangnya mereka.

Aku melihat,
Mereka mengatakan mereka cintakan sunnah nabi,
Namun mereka tidak gemar menghafaz hadis,
Lalu cinta mereka hanya kosong belaka.

Ahli gerakan kadang-kadang,
Berhujah dengan emosi,
Menggunakan akal mereka,
Tetapi mereka tidak menghafaz dalil dari al-quran.


4 Cadangan/Pandangan:

'Aishah Jauhara on 4 September 2009 pada 10:52 PTG berkata...

betul..
ana sokong..
peringatan buat diri ana juga..
sungguh terkesan..
syukron kathir..

Tanpa Nama berkata...

smg dpt dijadikan muhasabah buat diri kita semua...
SENTIASA TEGUH DLM PERJUANGAN BERPANDUKAN AL-QURAN N AS SUNNAH..

Hilman Nordin on 5 September 2009 pada 2:54 PG berkata...

thanks for sharing. muhasabah buat diri ini.

shahadah on 5 September 2009 pada 11:02 PTG berkata...

salam..monolog yg sgt memberi kesan pada diri ini..terima kasih.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE