Sabtu, 24 Oktober 2009

WAHAI ADIKKU, MUNGKIN KITA DIPANGGANG NERAKA


Seorang adik menghubungi saya baru-baru ini. Ia mengadu masalah seorang sahabatnya yang hampir berzina. Saya tidak terkejut sangat mendengarnya meskipun sahabat itu adalah seorang ahli gerakan Islam. Bagi saya, ahli mahupun tidak, ia tidak terlepas daripada buruan syaitan dan bisikan nafsu. Semakin merapat ia kepada Allah, semakin syaitan berusaha menjatuhkan keimanannya dalam lembah maksiat.

Adik saya itu kelihatannya tidak tenang. “Ustaz Dzul, ana tidak dapat tidur semalaman memikirkan perkara itu. Ana sangat sedih.” Begitulah lebih kurang mesejnya. Saya menyedari kesedihan menguasai dirinya menyebabkan emosinya agak kurang tenang.

Saya bertanyakan beberapa persoalan kepadanya. “Dik, agak-agaklah, siapa lebih mulia, enta ke dia? Boleh tak enta sebut pada ana, adakah enta masuk syurga dan dia masuk neraka?” Adik saya itu terdiam dan kemudian memberikan respon. “Masya Allah ustaz, dia lebih mulia daripada ana.”



Saya tidak mahu memberikan jawapan yang panjang lebar kepada dia. Saya hanya meminta agar adik itu menuntun kehendak nafsu sahabatnya. Seseorang yang tenggelam dalam lembah maksiat, kemungkinan akan mengakhiri hidup di lembah keimanan.

Bak kata saudara saya Zahiruddin, “Yang kita bimbang adalah kesudahan hidup kita.” Ya, ketakutan orang siddiq adalah su’ul khatimah. Mungkin ia merupakan orang yang mulia dalam hidup tetapi penghujungnya adalah buruk.

Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai suatu pedoman,

“Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.

“Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimua. Ia orang alim, pasyi ia lebih mulia berbanding aku.

“Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.

“Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”

Maka sahabat, apa guna kita berlagak sombong, dengan jawatan dan aktifnya kita. Ingin saya berpesan kepada adik-adik dan sahabat-sahabat saya,

“Janganlah sombong jika kamu aktif dalam berusrah. Mungkin banyak orang yang kamu latih, tetapi belum tentu ia menyelamatkan kamu dari sambaran neraka. Orang yang berusrah rajin, kadang-kadang dihinggapi penyakit sombong. Ia merasakan jamaah kuat kerananya. Ia merasakan ramai orang yang Berjaya dilatihnya. Walhal ia hanya melatih fikrah, tetapi tidak menuntut hati agar membenci kehendak nafsu dan menjauhi dunia.”
Alangkah, saya teringat pesan saya kepada sahabat-sahabat yang mengambil bidang kedoktoran.

“Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka.”

15 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

ana setuju seratus peratus setiap catatan dalam entri ni.

1- berbaik sangka : perkara wajib yang perlu dilatih dalam setiap kepimpinan jundullah

2- dalam mendengar masalah orang lain; sebagai daie, jangan cepat menghukum.

3- seorang daie / motivater yang baik, perlu lebih banyak mendengar dan cuba memahami daripada menjatuhkan terus resolusi.ramai yang apabila datang sseorang datang mengadu masalah, berlaku tidak sabar, lebih banyak bercakap memberi pandangan daripada mendengar dengan tenang untuk memahami. ini silap besar.

4- bab memilih pasangan - ana setuju pandangan tersebut. adakah pasangan yang kita pilih membantu kita lebih kuat pergantungan pada Allah, atau lebih kuat bergantung pada dirinya yang juga seorang hamba? pabila meneliti sirah para sahabat ( tidak kurang, shabat yang dijamin masuk syurga, juga diuji dengan kesabaran terhadap masalah rumah tangga), kisah wanita syurga spt Asyah, malah kisah isteri nabi2 yang masuk neraka walhal temannya utusan Allah seperti tercatat dalam Al-Quran..kita akan mendapat jawapan, bagi orang beriman yang tidak menyia-nyiakan aqal yang diberiNya. Sesungguhnya, manusia hanya membantu melorong, tapi yang menjamin dan memberi hidayah adalah Dia...;)

sekadar pandangan dhaif. maaf jika tersilap.

ex- khadam bos,

cik munawirah, jgn marah ;)

kirim salam raihana, wa salam juang

Tanpa Nama berkata...

maaf...ingin bertanya...moralnya?bersangka baik?andainye semua itu sudah terang trang tang2?

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah... semuanya telah berjln dgn baik. dr hati ke hati.. satu persatu dijelaskn... semoga Allah memberi kekuatan kpd adik ini berubah...

Nurhaslin Zaharudin on 25 Oktober 2009 pada 12:07 PG berkata...

Ana juga setuju dengan ulasan ini.

Andai sahabat kita dah mula nak melangkah ke pintu neraka, cepat2 kita tarik dia balik. Terutama yg ahli gerakan, mungkin agak mudah kita nak sedarkan dia daripada sahabat-sahabat kita yg bukan ahli gerakan, yang jiwanya harus kita lunturi dengan selembut mungkin.

Ana masih ingat pesan ustaz dzul, ustaz sms pada ana - 'pimpinan ni, sebelah kaki kita dah memang ada di neraka'

isk, takut.

Ya Allah, selamatkan kami dari azab neraka yang panas, kami takut pada- Mu !

Tanpa Nama berkata...

amar makruf nahil mungkar

Tanpa Nama berkata...

amar makruf nahil mungkar

Tanpa Nama berkata...

setiap muslim bertanggungjawab atas setiap muslim yang lain............

Tanpa Nama berkata...

islam ditegakkan rakyat diperbetulkan

Tanpa Nama berkata...

takbir..........

Rijal82 on 25 Oktober 2009 pada 3:49 PG berkata...

“Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka.”

Suatu pesanan menyentuh hati saya

Ibn Abd Rahim on 25 Oktober 2009 pada 5:02 PG berkata...

Satu peringatan yang bermanfaat.

Malang sungguh jika mahasiswa Islam hanya Islah dari sudut fikrah tetapi dipalit jahiliyah pada akhlak dan akidah.

Tertarik dengan statement terakhir itu. Sungguh benar lagi tepat.

Muffakiratul Mukminah on 25 Oktober 2009 pada 6:50 PG berkata...

Sangat bermanfaat...Jazakallah...
Moga jadi iktibar kerana setiap muslim perlukan peringatan.
Setuju juga dengan statement ustaz yang terakhir. Ayuh, fikir-fikirkan...

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz..
story yg diceritakn lebih kurg sama mcm mslh yg ana alami.seorg shbt mslmn ana couple dgn kwn ana yg bukan ahli p'gerak da'wah.sehinggakn kluar dating sama2 n ana tau stiap geri geri mrk.ana sentiasa rasa bersalah krn ana bagaikn t'himpit.nk tanya ustz mcm mne jln t'baik utk solve dis problem...

syahidah88 berkata...

assalamualaikum...ustaz zul,minta izin tuk copy beberapa bait tulisan dlm entri ustaz zul ni...ana sgt3 t'tarik dan bersetuju ngan pandangan sahabat ustaz zul yg doktor tu...Alhamdulillah...rupanya mungkin ada kebenaran apa yg bermain di hati n minda ana sblum ni...n ada jugak yg sependapat ngan ana...Alhamdulillah,...

Nor Faizah Ismail on 11 Januari 2010 pada 6:18 PTG berkata...

Masyaallah.. sangat terkesan dengan ayat2 yang dibaitkan.

Syukran ust dzul.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE