Sangat baik takrifan dakwah yang diberikan oleh Al-Syeikh el-Buhi el-Khuli yang mendefinisikan sebagai satu gerak kerja untuk memindahkan manusia dari satu system kehidupan menuju satu kehidupan lain yang lebih baik. Ia merupakan satu seruan yang menggabung jalinkan antara eleman hati dan tindakan yang strategik. Ia tepat sebagaimana disebutkan oleh pembesar Romawi apabila menceritakan kehebatan tentera Islam yang seperti singa layaknya di siang hari dan rahib yang mengabdikan diri sepenuhnya di malam hari.
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dalam bengkel pertama memutuskan supaya digabungkan antara gerak kerja siasah dengan pemahaman dakwah supaya dengan itu semua kerja yang dilaksanakan tertumpu kepada pemulihan dakwah. Istilah siyasah al-Dakwah membawa maksud segala kerja politik mestilah berlandaskan dakwah itu sendiri dan hakikkat itulah yang mesti ditekuni oleh semua mahasiswa Islam yang mengku sebagai pendokong perjuangan Islam.
Adalah silap apabila kita hanya memikirkan dakwah itu hanya dengan tingkah laku yang lembut dengan mengenepikan hakikat dakwah juga boleh berjalan dengan nilai ketegasan. Hal ini mungkin akan menimbulkan kekeliruan jika tidak diperhalusi, maka saya ingin menggunakan ruangan yang ada ini seoptimum mungkin untuk menjelaskan konsep ini. Terlebih dahulu, memetik pandangan Syed Qutb dalam Ma’alim fi al-Toriq, Islam bukan sahaja agama bertahan (defensive) malah juga agama menyerang (offensive).
Hal yang saya sebutkan ini menggambarkan kesyumulan dakwah itu sendiri, namun ia tetap bertunjangkan kelembutan dalam uslub dan kaedah menyampaikannya di samping tegas dan tegar dalam soal prinsip dan asas. Kaedah ini diambil daripada seruan Allah SWT kepada Musa AS supaya memulakan dakwah kepada Fir’aun dengan kelembutan supaya Fir’aun tidak akan tersinggung. Inilah yang dinyatakan oleh seorang khalifah apabila ditegur secara kasar oleh seorang rakyatnya; bahawa dia tidaklah sekejam Fir’aun dan orang yang menegurnya tidaklah sebaik Musa AS.
Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: Maka dengan rahmat Allah kamu berlemah lembut terhadap mereka. Jika kamu berkeras, nescaya mereka akan melarikan diri meninggalkan kamu.
Secara asasnya, begitulah. Kemudiannya kita beralih kepada cabaran dakwah dalam konteks mahasiswa yang menjadi topik perbincangan utama dalam ruangan ini. Cabaran boleh kita bahagikan kepada dua meliputi cabaran dalaman dan cabaran luaran. Cabaran dalaman lebih terfokus kepada ahli dan cabaran luaran ini termasuklah serangan-serangan oleh pihak yang tidak menyenangi gerakan dakwah yang terdiri daripada orang Islam sendiri dan pihak kuffar.
Cabaran ahli bukanlah satu perkara yang sangat penting untuk dibicarakan kerana ini merupakan perkara yang sangat ma’ruf dan bersifat agak kerahsiaan. Ia banyak bergantung kepada kemampuan kepimpinan dalam mengatasinya dengan syarat tidak pesimis dalam usaha dengan hanya menuding jari kepada ahli semata-mata tanpa melihat kepincangan diri sendiri. Kebanyakan masalah berkisar sekitar ahli juga kerana gerakan tersebut tidak mempunyai matlamat yang besar dan bersifat futuristik selain gerakan tersebut tidak menghadapi masalah serangan luaran menyebabkan mereka hanya terfokus kepada masalah dalaman semata-mata.
Sesetengah gerakan menghadapi konflik yang sangat besar dari sudut masalah dalaman namun kebanyakan sekarang pada pengamatan saya tidak lagi.
Masalah yang patut menjadi tumpuan seluruh gerakan Islam masa sekarang ialah masalah serangan pihak yang tidak menyenangi gerakan dakwah itu sendiri. Mereka bersendikan fahaman-fahaman pemisahan ataupun sekularisme, liberalisme yang menitik beratkan soal kebebasan individu yang melanggar batasan yang ditetapkan, pragmatisme dan sebagainya.
Semua ini berkisar kepada teori nihilisme yang ingin menyaksikan kemusnahan tanpa bersandarkan nilai-nilai ketuhanan malah mengesampingkannya. Hal ini juga dinyatakan dalam perancangan komunisme yang ingin menghapuskan unit individu, menyahkan institusi kekeluargaan dan menghapuskan segala agama yang benar. Kemusnahan total mereka kehendaki dari sudut pengamatan dan penghayatan terhadap agama itu sendiri.
Sisters In Islam (SIS) mungkin benar dalam beberapa perkara namun ia juga silap dalam banyak perkara; hal ini semakin terserlah apabila membawa gagasan kesamarataan antara lelaki dengan perempuan bukannya keadilan antara keduanya. Begitu juga dengan gerakan menentang artikel yang diperuntukkan untuk kepentingan dan survival Islam.
Pemerintah yang zalim cuba menerapkan ruang keadilan malah memaksa orang lain untuk berlaku adil sedangkan dalam masa yang sama mereka sendiri menindas sesiapa yang cuba menegakkan keadilan. Mereka menyeru supaya ulama dan golongan agamawan untuk turun ke gelanggang masyarakat untuk berdakwah namun apabila ulama berbicara terus ditutup mulutnya apabila terkena batang hidung mereka. Mereka melaungkan pandangan bahawa Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu menjadi pusat keintelektualan sedangkan mereka sendiri melonggokkan hedonisme melampau ke dalam IPT sehingga ramai yang tenggelam kelemasan.
Holistiknya, cabaran dakwah itu sebenarnya tercipta hasil naluri kehaiwanan yang bersembunyi di sebalik jasad manusia. Mereka bertopengkan manusia yang mengenepikan manusiawi demi kepentingan diri sendiri. Muslim yang sangsi ini menjadi agen kepada Zionis dalam menjayakan strategi Zionis yang terpotret dalam rang protokolat mereka yang pastinya bersumberkan kitab Talmud (2 gambar di bawah) anutan mereka.
Mahasiswa Islam dan gerakan mahasiswa tidak seharusnya membiarkan diri mereka terus-menerus dibelit penipuan dan sememangnya tidak wajar untuk mahasiswa Islam terus membisu dan mematung. Belenggu penipuan yang bermula daripada serangan pemikiran yang bertali arus ini sebenarnya mampu diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan yang terbaik secara berterusan dengan kefahaman yang sarat dan keimanan yang kental selain hubungan persaudaraan yang erat.
Ia perlu kepada perancangan yang teliti, bukan hanya berbicara lantang tanpa plan tindakan. Resolusi bertindak segera mesti dicermati oleh setiap golongan dengan berdiskusi secara matang dan ilmiah. Mahasiswa Islam juga mesti pandai dan bijak membaca suasana dan politik semasa dengan mengambil pandangan orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan.
Apapun, cabaran ini merupakan sunnatullah yang tetap akan terus berputar dan beredar sekeliling kita. Syed Qutb dalam Fi Zilal al-Quran mengatakan bahawa cabaran ini merupakan satu alat penapis yang disediakan oleh Allah SWT untuk melihat siapakah yang paling kental dan teguh dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT ke pundak-pundak mereka.
(Pimpinan Kampus perlu bijak mendepani massa)
1 Cadangan/Pandangan:
Assalamualaikum
Dalam artikal saudara di http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2116236d-c0a85062-146b0710-36bb9904
Bertajuk: Bahana dan implikasi rasuah
2007-09-20 12:04:00.0
Saudara menulis
"Berdasarkan kenyataan dan fakta yang terdedah inilah, saya secara peribadi sangat yakin bahawa orang yang paling kaya di dunia buat masa sekarang bukanlah Bill Gates, sebaliknya sekumpulan manusia durjana yang berorientasikan sistem kapitalis atau lebih tepat saya katakan 'cucu cicit' kepada Karl Marx."
Tetapi menurut wikipedia:
"Karl Heinrich Marx (5 May 1818 – 14 March 1883) adalah ahli falsafah, politik dan pakar theori kemasyarakatan Prussia. Walaupun Marx menangani banyak isu sepanjang kerjayanya sebagai pemberita dan ahli falsafah, dia paling dikenali kerana analisa sejarahnya dari segi pertelingkahan golongan kelas, diringkaskan dalam dakwaannya bahawa, "Kepentingan kapitalis dan pekerja bergaji bersetentangan sesama sendiri."[1] Tulisannya membentuk asas kepada pergerakan komunis dan sosialis."
Bolehkah saudara jelaskan perkara ini?
Wassallam.
Catat Ulasan