Persidangan Kebangsaan Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Sekolah yang diadakan oleh Kumpulan Kerja Kecil Pendidikan Hak Asasi Manusia untuk Sekolah (KEPHAMUS) pada 1-2 Mac 2004 di Kuala Lumpur sangat menarik.
Y. Bhg. Datuk Abdul Rafie Hamat menyampaikan ucaptama bertajuk “A Place for Human Rights Education in School”. Dr Eric Tan(gambar kanan) dari Curtin University of Technology menyampaikan ucaptama kedua bertajuk “The Importance of Human Rights Education”.
Negara bukan sahaja menitikberatkan soal pendidikan, malah hak-hak seseorang dalam dunia pelajaran. Matlamat pendidikan negara sememangnya meliputi semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Kemudahan asas pula disediakan untuk pelajar atau murid yang mempunyai pelbagai keupayaan mental dan kebolehan. Malah, kurikulum kita mencakupi era pendidikan globalisasi dan teknologi.
Apabila kita meneliti intipati dalam Perkara 28 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak iaitu Hak Terhadap Pendidikan- Pendidikan Wajib di sekolah Rendah, maka kita mendapati:
· Pendidikan adalah percuma dan wajib di sekolah rendah
· Pendidikan mestilah mengikut kepelbagaian, keupayaan potensi murid-murid dan pelajar-pelajar
· Penglibatan negara di arena antarabangsa
· Disiplin sekolah mestilah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak
· Pendidikan hendaklah mudah diperolehi dan kurikulum yang selaras dengan keupayaan dan potensi kanak-kanak
Negara menetapkan beberapa elemen penting dalam plan pembangunan pendidikan dalam tempoh 10 tahun bermula 2001-2010:
Improving access to education
Improving equality in education
Improving the quality of education
Improving the delivery systems of Malaysia
Masyarakat masa sekarang maklum bahawa dunia globalisasi berada di bawah kekuasaan orang yang berilmu. Justeru, kita perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu (knowledge based society) seperti diutarakan oleh Alvin Toffler (1990). Kita mesti mengerahkan segenap upaya dalam menjayakan Multy Media Super Coridor (MSC) dan penguasaan Information and Communication Technology (ICT).
Simptom-simptom merudumnya daya intelek perlu dikaji teliti. Tumpul daya sensiviti, beku daya intelek, hampas daya minda, dan sikap acuh tak acuh mesti dielakkan.
Namun malangnya dewasa ini kita mendapati terlalu banyak berlaku kes-kes keciciran yang melibatkan pelajar meskipun kerajaan telah berhempas pulas menjaga kebajikan dan hak-hak mereka.
Datuk Noh Omar (Gambar kiri-Utusan Malaysia, 4 November 2006) menyatakan 20 293 pelajar (0.928%) sekolah menengah gagal menamatkan pelajaran. Manakala Pengarah Eksekutif Direktorat Pelaksanaan Negara, Datuk Sulaiman Mahboob menyatakan 43 924 pelajar menengah gagal meneruskan pelajaran sehingga ke tingkatan lima pada tahun 2006.
Faktor kewangan dan ketidakmampuan keluarga adalah antara faktor keciciran. Di samping itu, ada juga gejala ‘keciciran’ yang berlaku meskipun persekolahan itu berlaku seperti biasa. Ia berlaku disebabkan tenaga pengajar yang tidak ‘mencukupi’ khususnya di kawasan pedalaman selain daripada faktor guru yang tidak berdisiplin.
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) melihat guru-guru mestilah diberi latihan yang mencukupi. Kita berbangga dengan guru-guru yang sanggup bersusah payah mendidik anak bangsa di kawasan pedalaman. Bukan sahaja aspek mental dan fizikal yang mesti ditekankan, malah aspek agama mestilah diletakkan sebagai aspek tertinggi dalam piawaian.
Negara dilihat agak berjaya apabila sangat menjaga kebajikan dan hak-hak pelajaran. Adanya guru-guru untuk kelas khas atau pemulihan dan juga kemudahan untuk pelajar yang kurang upaya. Dalam kes terbaru, pihak berwajib telah menyediakan kerusi anjal yang boleh direndah dan ditinggikan untuk murid yang rendah. Begitu juga dengan sisitem bantuan kewangan seperti makanan percuma kepada yang tidak berkemampuan dan lain-lain.
Islam telah menjadi perintis kepada perkembangan Islam. Islam merintis tradisi falsafah Yunani, merentasi dunia keilmuan empayar Rom, melewati tradisi keagamaan Kristian dan akhirnya menjengah ke dalam perbendaharaan khazanah keilmuan modenistik.
Islam amat menitik-beratkan soal penjagaan hak pelajar dalam memastikan keberlangsungan tradisi keilmuan yang hakiki. Islam amat memuliakan para penuntut ilmu dan menuntut semua kita untuk memuliakan penuntut ilmu tanpa melihat umur dan paras rupa.
Oleh itu, kita cukup mempercayai bahawa sistem pendidikan berteraskan Islam dan bersumbukan keimanan merupakan sendi yang paling baik. Masyarakat yang tidak berupaya tidak akan mampu menjayakan agenda negara dalam bersaing untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tingi dengan negara-negara maju yang lain.
Kesimpulannya, dalam proses memastikan kegemerlapan dalam dunia pelajaran, bukan sahaja sistem yang menjadi aspek yang penting malah aspek kebajikan dan penjagan hak-hak pelajar mesti juga menjadi agenda terpenting.
UNTUK ASPIRASI
Saya didesak berkali-berkali untuk menyatakan pendirian saya terhadap pertembungan antara aspirasi dengan promahasiswa. Mahasiswa UM biasanya ma’ruf dengan dua kumpulan pelajar yang berlainan doktrin dan idealisme perjuangan ini.
Beratnya untuk saya nyatakan pendirian saya. Ditelan mati emak diluah mati ayah. Aspirasi dan Promahasiswa bagi saya adalah dua kumpulan yang sama-sama ada nilai perjuangan, kemungkinan sesetengah matlamat perjuangan mereka ada yang sama. Namun, biasanya ia sangat kontradik.
Tidak wajar jika saya berlepas diri, menyatakan saya tidak berpihak kepada mana-mana pihak supaya imej saya bersih dan kedua-dua kumpulan menjunjung saya. Tidak, saya bukannya orang yang mencari publisiti murahan. Saya tegas nyatakan bahawa saya punya pendirian tersendiri, dan saya akan tegar dengan pendirian saya selagi saya tidak punya sebab yang jelas untuk merubahnya.
Aspirasi baik, promahasiswa baik, kedua-duanya adalah saudara saya. Telah saya nyatakan dalam artikel PMIUM untuk semua. Kita tidak mahu bergaduh dan bertelingkah dengan sesiapa pun. Yang penting, martabat mahasiswa dan jati diri semakin meningkat. Malah, kebajikan terpelihara dan terjaga.

Pmium adalah untuk aspirasi sebagaimana Pmium untuk promahasiswa. Islam adalah untuk Abu Bakar sebagaimana Islam untuk Abu Jahal. Islam untuk Malaysia sebagaimana Islam untuk Negara-negara Eropah. Nilai Islam mesti terpelihara dan dijaga.
Umat Islam wajib menjaga hubungan bahkan membela saudara daripada agama lain seperti Buddha, malah wajib menjalinkan hubungan persahabatan yang erat dengan mereka. Justeru, jika dengan agama lain pun sebegini ajaran Islam, maka apatah lagi sesama agama.
Aspirasi memperjuangkan kebajikan pelajar, Promahasiswa juga begitu. Aspirasi membela tradisi keilmuan, promahasiswa juga begitu. Pendek kata, banyak yang menjadi nilai persamaan antara kita. Lalu, apa bezanya kita?
Pasti ada bezanya. Saya memilih promahasiswa sebagai wadah saya, pasti ada bezanya. Namun, saya tetap menghormati aspirasi sebagai saudara saya. Pertembungan antara kita cukuplah sekadar pertembungan idealisme, jangan dibawa kepada sentimen keagamaan dan perkauman. Pertembungan idealisme boleh mencambahkan akal pemikiran serta meningkatkan intelektualiti selagi mana kita tidak emosional dan berlebih-lebihan.
Saya melihat promahasiswa tidak berpura-pura dalam memperjuangan hak mahasiswa. Itu sahaja yang lebihnya. Promahasiswa sanggup menghadapi risiko untuk kepentingan mahasiswa, termasuklah kepentingan sahabat-sahabat mereka dari aspirasi. Ya, meskipun ada kontradiksi antara kedua-duanya, namun nilai persahabatan tetap diutamakan.
Ramai beranggapan mahasiswa tidak perlulah untuk berpolitik. Saya sangkal pandangan sebegini. Dalilnya sangat rapuh dan tidak boleh dijadikan hujjah yang baik. Kenapa mahasiswa tidak boleh berpolitik?
Saya kira, kebanyakan pimpinan Negara pada masa sekarang pun berpolitik semasa belajar dahulu. Malah, berapa ramai pimpinan aspirasi yang terlibat dengan politik semasa masih belajar lagi dan tidaklah perlu untuk saya menyebut nama-nama mereka.
Politik boleh mematangkan pemikiran mahasiswa, malah merupakan satu persediaan terbaik sebelum kita mengambil alih kepimpinan yang ada pada masa sekarang. Politik membuka minda dan menyahkan kebekuan. Hampas daya minda dan budaya acuh tak acuh dapat disingkir jauh-jauh.
Cuma dalam berpolitik pasti ada pantangnya. Pelajaran mesti dijaga dan jangan terlalu melampau-lampau. Gerakan mahasiswa memang tidak boleh bersikap kepartian namun tidaklah elok jika kita menghalang individu daripada berpolitik. Ia benar-benar merencatkan minda, menjadikannya tumpul.
Saya secara peribadi sangat mengagumi budaya kerja segelintir kecil pimpinan aspirasi yang bekerja untuk persatuan hingga sedikit tidur malam. Namun perlu diketahui bahawa pimpinan Promahasiswa juga bekerja sebegitu, malah kadang-kadang tidak tidur malam berhari-hari.
Bermakna, kita sama-sama bekerja, cuma matlamat perjuangan kita mungkin ada sedikit berbeza.
Tidak perlu saya berceloteh panjang. Saya sangat berharap pertembungan aspirasi dengan Promahasiswa jika berlaku sekalipun, harap-harap ia merupakan persaingan sihat dalam membina jati diri dan keupayaan kita. Salam perjuangan buat sahabat-sahabat daripada aspirasi dan Promahasiswa.
1 Cadangan/Pandangan:
Ramai beranggapan mahasiswa tidak perlulah untuk berpolitik. Saya sangkal pandangan sebegini. Dalilnya sangat rapuh dan tidak boleh dijadikan hujjah yang baik. Kenapa mahasiswa tidak boleh berpolitik?
Saya kira, kebanyakan pimpinan Negara pada masa sekarang pun berpolitik semasa belajar dahulu.
salam..
ni kali pertama sy beratkan tgn n bukak blog ustaz dzul. sy akui sy agak prejudis dgn ustz tp mntk maaf sbb smata2 hal yg sgt kecil n berbaur peribadi.
mahasiswa perlu untuk berpolitik. sy sokong pndgn n pndpt ni. bg sy, sy stuju dgn berpolitik(scr x keterlaluan n x mgabaikan pljrn) perlu utk para sisws/i.
cuma, sy ambil kesempatan ni utk luahkan sesuatu yg agak mendongkol.
bila sebut mengenai perwakilan n jentera2(maksud sy org2 kuatnya) sy agak terkilan dgn keperibadian sstgh yg kelihatan begitu radikal(maksud sy begitu berani dlm mmperlihatkan pilihannya antr pro n aspirasi) tapi sayangnya hny di mulut tp begitu penakut(maaf gunakan perktaan ni) utk berdepan dgn akibat bisa kata2nya sndr.
yg lebih menyedihkan, golongan atasan(perkataan ni kami gunakan utk mereka yg berjawatan) kelihatan begitu "berbangga" dgn awatan maha sementara yg terpikul di bahu dan tega bersama sesama kelompok tnpa sanggup untuk join golongan yg majoritinya tak menunjukkan sokongan secara terang2an.jgnkan kata nk membantu bila kami perlukan sokongan, tapi nk duduk semeja bincang bersama pun susahnya kalahkan menteri sibuk nk jumpa rakyat.
sy pohon berbanyak kemaafan dari ustaz gunakan blog ni utk luahkan sesuatu yg mungkin akan mengukirkan segaris senyum tawar buat mana2 yg membaca. malangnya cuma ini saluran yg saya ada utk pastikan ustz sndr maklum apa yg sdg berlaku. wallahu a'alam.
Catat Ulasan