Selasa, 19 Februari 2008

AKU SAYANG KALIAN


Apa pandangan anda terhadap saya? Kemungkinan ada kalangan anda menyangka saya seorang yang tegas dan garang. Mungkin juga yang beranggapan saya seorang yang kelakar dan bersikap menghibur. Tidak kurang juga menyangka saya seorang pemain bola handalan dengan hanya membaca artikel saya tentang ‘Aku Dan Bola’.

Oleh itu, saya telah menemuramah (olok-olok je) beberapa orang tentang pandangan dan nasihat mereka terhadap saya. Berikut adalah hasil temuramah saya dengan mereka.

1-Nasaei: ”Dzul seorang yang comel”

Komen: Hehe, malunya,..

2-Yusri 4S: ”Dzul seorang yang bukan2, nasib baik orang tidak mengenali siapa beliau yang sebenar”

Komen: Sebenarnya, Yus tu yang dengkikan saya

3-Nik Ahmad Shahir: ”Dah tiba masa untuk nta memikirkan tentang rumah tangga”

Komen: Harga rumah kawasan KL agak mahal, campur dengan tangga lagila mahal

4-TNC HEP: ”Jangan terlibat lagi dengan kegiatan luar”

Komen: Ala, ayahanda takpe pula terlibat, tang saya, terus tak boleh

5-Husna: ”Ana tak pernah jumpa orang macam nta”

Komen: Ana pun tak pernah jumpa orang macam nti kat dunia ni

6-Shahir: ”Kenapa nta pakai stoking bola ke kuliah? Nta takde stoking biasa ke?”

Komen: Stoking bola kan panjang, jadi rasa sangat selesa

7-Syuhadah: ”Ingatkan ustz Dzul garang”

Komen: Mana ada garang, ana ni spesis penyayang

8-Fakhrurrazi Uitm Jengka: ”Rasa seronok dapat bersama nta”

Komen: Ye ke? Sayang nta...

9-Azlan: ”Bila dzul speech, keluar anak tekak”

Komen: Eleh, yang dia tu tak perasan keluar halkum, hehe

Macam-macam lagi pandangan dan nasihat orang pada ana. Ha, sekarang ana pula nak cerita pada sahabat-sahabat sekalian tentang sahabat-sahabat yang serumah dengan ana. Rumah kami namanya: RV (River View)

1-Umar: Seorang yang sangat sukakan aktiviti lasak. Beliau sebenarnya seorang yang sangat lembut, tetapi dalam beberapa hal, beliau sangat keras. Kelebihan Umar ialah membawa kereta dengan sangat laju dan berbahaya.

2-Azlan: Seorang yang berdaya tahan dan sangat kuat bekerja di samping menjaga amal ibadat. Beliau sudah terikut-ikut dengan perangai saya yang suka menyatakan sesuatu dengan cara menyanyi.

3-Syed: Seorang yang matang pemikiran dan orang pertama yang saya respect. Dengarnya sudah nak kahwin tetapi kita tengoklah macam mana. Syed, jangan marah ana.

4-Hidayat: Baik pengurusannya, dan sentiasa menghadap komputer. Beliau sangat komited dengan gerak kerja jamaah dan sentiasa melazimi solat jamaah di masjid. Sebilik dengan saya tetapi tidak pernah tidur sebantal.

5-Naim: Acedemician, sangat suka membaca buku dan mengkaji. Sekarang sedang menyiapkan kertas kerja berkaitan dengan Etika Global Dunia. Moga-moga dia dapat menyiapkan PhD kelak.

6-Amin: Jarang berada di rumah, seorang yang suka berceloteh dan pandai membuat lelucon.

7-Fauzan: Terkenal dengan seluar merahnya yang menarik. Dia tampak matang berbanding usia sebenarnya, dan seorang yang sangat berminat dalam bidang ekonomi dan kewangan.

8-Najib: Pakar komputer dan bijak dalam bidang pengiklanan. Dalam konputernya ada macam-macam jenis iklan. Najib sangat rapat dengan Fauzan.

9-Yusri: Yusri dengan gelaran 4S (Senyum, sapa, sentuh, salam) sangat meminati gerak kerja dakwah dan kaunseling. Yusri sekarang ada peningkatan dari sudut kelajuan membawa motosikal. Tahniah yus

10-Shahir: Seorang yang pandai dan bijak serta rajin belajar. Shahir sangat berani dan tidak pernah mengenal erti takut. Bila bersama Shahir, kita akan jadi berani dan hilang perasaan takut.

Sengaja saya bercerita tentang sahabat-sahabat baik saya ini, sebagai suatu tugu peringatan terhadap segala jasa baik mereka terhadap saya selama ini. Mereka sangat baik dan banyak berjasa terhadap saya, menyebabkan saya tidak kisah sedikit kesilapan yang dilakukan oleh mereka.

Sahabat-sahabat sekalian, erti ukhuwah adalah dengan menyebut-nyebut kebaikan sahabat kita dan menyembunyikan keburukan mereka. Kasih kepada mereka dan meletakkan mereka di hadapan serta mencontohi kebaikan mereka.

Saya sayangkan kalian, moga-moga kalian sukses di dunia dan akhirat...

"Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" (Hadis)




3 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

assalamu'alaykum,
kadang-kadang, apabila membaca artikel2, hampir2 saya tak kenal siapa sebenarnya ustaz dzul.too happy go lucky.oh ye, maaf, saya bukanlah sahabat baik beliau mahupun kenal rapat dengan beliau.tak kenal pun. cuma ikatan perjuangan yang mengikat.cuma walauapapun kata orang luar, thiqoh atau tidak beliau, ini hanya ukuran kita , manusia.tapi saya percaya ustaz dzul seorang yang istimewa di sisiNya insyaALlah.jangan terpedaya dengan sikap kegilaan beliau,saya rasa beliau sengaja menyembunyikan kesyadidan beliau.ya, syadid terhadap diri sendiri, tapi bersederhanalah terhadap orang lain.

Aku Bukan Umar Al-Khatab on 23 Februari 2008 pada 6:53 PG berkata...

bolehkan anapun ingin memberi komen terhadap akhi??...

x perlu jawab..kerana ana akan komen juga...(baru 3 kali bersua muka...dan pasti akhi x mengenaliku..huhu)

seorang yang nampak tegas...tinggi ilmu agamanya...sedikit gelabah dalam gerak kerja..berpandangan jauh..(tindakan kadang kala terikut2 pimpinan lama)...

dari satu sudut...sangat menghargai sahabat...melalui posting2 yg dibaca...sebelum tidur pasti muhasabah diri...gemar mengingati peristiwa2 lama...sebagai panduan untuk masa hadapan...

perkara terbaik...mudah berkongsi cerita..dan dari segi psycologi...org begini tiada masalah hati...benarkah??

p/s: pendapat peribadi dariku...

mujahidahDEEN on 2 Mac 2008 pada 7:48 PG berkata...

salam,ust..
lame dh kalam ust tak kuar paper..ana kagum pada enta..sblm ana msk um lagi ana minat dgn semangat enta..la ni pun,ana duk klate..tak tau pas nie sape nk teruskan perjuangn kat cnie..nmpk depa nk hilang generasi pejuang..sedih mencengkam didada..sama berdoa kelantan masih milik PAS..syg PAS...cinta ISLAM..demam JIHAD...rindu SYAHID...Allahu akbar!

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE