Khamis, 7 Februari 2008

KHAYALANKU...BACALAH, DAN FIKIRKAN



saya sekarang berada di pahang, melihat situasi perkembangan rakyat di sini. maksud saya sekitar jengka. dengar cerita, keadaan di jengka sekarang agak parah dengan gejala sosial yang tiada noktah. ini tanggungjawab kita untuk memperbaiki semula keadaan yang kian mengguris hati.

di kala ini, televisyen menyiarkan cerita lakonan stephen chow, seorang pelakon hong kong yang sangat lawak dan melucukan. beliau baru sahaja menyiapkan satu filem arahan dan lakonan beliau sendiri iaitu CJ7. apa yang menarik ialah, beliau sangat kreatif dalam seni lakonan dan hal ini sangat jarang dimiliki oleh umat Islam. sekarang ayuh, kita berkhayal stephen chow memeluk islam. saya kira, perkembangan dakwah melalui filem akan bertambah rancak. saya ingin mencadangkan agar beliau membuat satu filem berkaitan sekumpulan ahli kungfu yang berjihad mempertahankan agama dan memasukkan unsur-unsur humor yang baik.

ha, apa kata kalau kita terus berkhayal. kita berkhayal kalau siti nurhaliza mengikut jejak langkah ustaz akil khay, menyanyi sambil berdakwah. pastinya perkembangan dakwah akan bertambah rancak dan menarik. tidak beku malah mampu menarik golongan remaja yang menjadikan beliau sebagai ikon.

apa lagi yang nak kita khayalkan ye. erm, saya khayalkan saya menjadi ayah boleh. kalau saya jadi ayah, saya akan menjaga anak-anak saya sebaik mungkin. saya akan menyediakan sekumpulan anak muda yang bakal dipersembahkan dalam jihad kelak. nama anak? ah, sudah bermain dalam benak saya. kalau lelaki, pasti namanya 'ubadah (ubadah bin shamit), 'ubaidah (abu 'ubaidah amir aljarrah), 'ubaidullah dan 'ibadullah. ha, ini nama-nama yang sangat saya gemari. dua yang pertama ada kaitan dengan sahabat rasulullah. erm, tu pun kalau mak diorang bersetuju.

saya nak teruskan khayalan. saya cadang nak menyambung pengajian dalam bidang MA di syria. sedih betul, sahabat2 sejabatan hampir semua ingin belajar selama tiga bulan di sana selepas menamatkan pengajian di sini. saya pula terpaksa berada di malaysia kerana menjaga gamis. apapun, tinggi harapan saya untuk menyambung pengajian di sana. lepas setahun berada di sana, balik malaysia sat, cari 'mak' kepada 'ubadah. haha, insya Allah jika tiada aral. anak pertama mesti lahir di syria.

eh, banyak betul khayalan ni. sebetulnya, bukan hanya khayalan tapi inilah impian yang ingin saya bina. segalanya adalah sebagai bakti saya kepada agama yang saya anuti. apa guna saya hidup di dunia tetapi tidak berbakti. anda pula bagaimana???


2 Cadangan/Pandangan:

Bintu Abi on 10 Februari 2008 pada 6:45 PG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Bintu Abi on 10 Februari 2008 pada 6:59 PG berkata...

at-tahani ilaika..hmm..truskan menulis..lgpn ust agk free utk tgk2 bolg kn??truskan usaha..mule tulis blog..lps ni tulis kitab pulak..insyaALLAH..ana doakan.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE