Ahad, 3 Februari 2008

KISAH ANAK YANG SOLEH


Ada satu kisah yang agak menarik. Kisah seorang anak Umar Abd Aziz yang memberi peringatan kepada anaknya betapa kematian boleh menjemput bila-bila masa sahaja. Kisahnya bermula begini. Seorang rakyat ingin mengadu permasalahan kepada khalifah, tetapi khalifah ketika itu baru sahaja ingin berehat setelah kepenatan bekerja sehari suntuk. Lalu, beliau meminta anaknya supaya menangguhkan perjumpaan dengan rakyatnya tadi selepas Asar.

Anaknya ringkas menjawab: Apakah ayah menyangka ayah masih hidup selepas Asar?

Kisah ini merupakan kisah teladan yang sangat memberi kesan kepada yang menghayati. Kisahnya ringkas, namun renungannya berkekalan sehingga sekarang. Seorang anak yang cerdik memiliki daya berfikir dan pengamatan yang jauh ke depan, serta tidak berfikiran singkat sehingga boleh memberi irsyad kepada ayahnya yang merupakan seorang pemimpin besar.

Biasa kita mendengar soal IQ dan EQ, yang berkaitan dengan kecerdikan dan pengawalan emosi yang dinamik. Keunggulan dalam IQ dan EQ akan melahirkan insan yang berjiwa dan berdaya serta memiliki kemahuan yang tinggi selain berwawasan melangit. Mereka mampu untuk mengolah kehidupan mereka dalam rangka yang sangat baik dan sistematik. Namun, selain daripada unsur intellectual dan emotional, satu lagi unsur yang menjadi inti pati kepada dinamika seseorang adalah spiritual. Kita istilahkan dalam bahasa kita, SQ, atau Spiritual Quetant.

Mungkin kita boleh nyatakan di sini. Seorang ulama’ mungkin seorang yang mempunyai daya IQ yang tinggi tetapi tidak semestinya memiliki EQ yang bagus. Disebabkan itulah Sa’id Hawwa menyatakan ulama’ adalah orang menceduk ilmu dengan akal semata-mata manakala seorang faqih mengaplikasikan antara nilaian akal dengan hati. Seorang guru berkemungkinan mampu menyampaikan ilmu dengan baik kepada para pelajar tetapi kemungkinan juga kalangan mereka ada yang tidak mampu menangani masalah disiplin yang berlaku. Seorang pelajar yang cemerlang juga tidak semestinya memiliki kekuatan dari sudut EQ.

Begitu sebaliknya. Terdapat ramai orang yang memiliki EQ yang baik tetapi mereka bukanlah seorang intelek. Terdapat motivator yang membuka konsultan, tugasnya hanya mendengar permasalahan orang semata-mata tanpa melorongkan kepada jalan penyelesaian. Seorang petani tidak memiliki IQ yang tinggi tetapi dengan EQ yang dilatih mereka tanpa sedar, mereka mampu mendidik anak mereka sehingga berjaya dalam dunia pengajian.

Namun IQ dan EQ tanpa disulami SQ adalah tempang. Rasul SA

W memiliki dan mengadunkan ketiga-tiga faktor utama ini dalam diri baginda sehingga baginda disegani kawan digeruni lawan. Baginda menyantuni manusia dan alam dengan IQ, EQ, dan SQ. Spiritual meskipun ia berbentuk dalaman, namun hasilnya menerjah hingga ke luar. Dengan IQ, baginda berjaya mencatur strategi dakwah dengan baik, kemudian dikuatkan pula dengan EQ, yang mana baginda memiliki perasaan santun dan ihsan yang tinggi. Kedua-dua elemen ini dilengkapkan pula dengan nilaian SQ yang terdapat dalam diri baginda.

Anak ‘Umar Abd Aziz menyantuni ketiga-tiga elemen ini di dalam diri beliau. IQ yang tinggi melihat betapa pentingnya mengambil berat permasalahan rakyat demi mengekalkan kuasa dan pemerintahan yang ada. Seorang pemimpin akan menghabiskan masanya bersama rakyat kerana mereka harus mengerti bahawa mereka menjadi pemimpin di atas sokongan dan dokongan rakyat. Pandangan politik sang anak kecil ini jauh ke depan. Beliau memerhatika kepimpinan ayah beliau merupakan kepimpinan yang Berjaya, dan kejayaan ini tidak seharusnya dicacatkan dengan hanya sedikit kesilapan yang akhirnya boleh menimbulkan desus-desas yang tidak menyenangkan.

EQ pula menambahkan rasa simpati dan empati anak kecil ini. Beliau memahami, menjadi pemimpin, seharusnya sanggup bersusah payah untuk kepentingan rakyat. Segala kesenangan harus dilupakan dan segala pemikiran dan perasaan mesti dicurahkan kepada rakyah sepenuhnya kerana ini merupakan satu bebanan Illahi yang terpaksa ditanggung.

Namun bukanlah nilaian IQ dan EQ yang terpenting dalam peristiwa bersejarah ini. Nilaian terpenting yang wujud lalu menghidupkan jalan cerita ini adalah nilaian SQ, spiritual yang teradun hasil keimanan dan kefahaman yang sarat dan padat. Nilaian SQ yang wujud inilah menyebabkan si anak kecil ini tidak menumpahkan keseluruhan pandangan beliau terhadap kenikmatan dunia semata-mata, malah pandnagan itu terus tertumpah kepada alam akhirat yang kekal.

Lalu, beliau menimbulkan persoalan yang mengusik perasaan khalifah. Apakah ayah lebih mementingkan istirahat di dunia berbanding istirahat di akhirat? Persoalan ini sangat mengusik perasaan sang khalifah menyebabkan beliau terus teruja dan meluahkan perasaan berterima kasih dengan mengucup dahi si anak kecil. Rasa bersyukur kepada Illahi diungkapkan kerana diberi rezeki berupa anak yang soleh.

Anak yang beriman kepada Allah tidak akan membiarkan kesilapan itu berlaku meskipun yang melakukannya adalah ayah, cuma cara dan metodnya saja yang berbeza. Si anak tadi mengerti, bahawa ayahnya seorang yang sangat takutkan akhirat dan sentiasa bermandikan air mata ketakutan terhadap janji-janji buruk Allah, lalu ia menggunakan asas ketaqwaan itu dalam menegur ayahnya. Ia menyedari, hati ayahnya mudah tersentuh dengan nilaian akhirat berbanding nilaian keduniaan.

Generasi soleh sebegini mesti dilahirkan. Madinah al-Munawwarah yang berseri-seri bukan sekadar kerana kedatangan Rasul yang mulia, malah ia menjadi berseri-seri kerana keimanan yang terbit dan terpancar daripada diri dan hati para sahabat lalu menjadi warna-warna yang terpotret. Rakyat yang beriman kepada Allah; ia bermula dengan pembentukan muslim yang soleh, seterusnya keluarga muslim yang beriman sehingga akhirnya kita mampu merangka masyarakat Islam yang ideal, yang kita cita-citakan.

Kisah di atas, ringkas, tetapi sampai sekarang ia menjadi sejarah dan suri tauladan.

3 Cadangan/Pandangan:

Hilman Nordin on 3 Februari 2008 pada 8:36 PG berkata...

salam.

tersentuh saya apabila membaca soal seorang pemimpin yang mempunyai EQ yang tinggi dalam menangani terguran terhadap dirinya.

diri ini sering runsing apabila menerima teguran, kadang-kadang kacau jiwa dalam tempoh yang lama.

"sleep over it" kadang-kadang merupakan solusi terbaik, sebab melupakan terus masalah yg melanda.

sikap bersemuka dengan teguran seharusnya di ikuti dengan mencari penyelesaian untuk setiap yang bermasalah.

terima kasih kerana berkongsi.

Mohd Daharudin Haji Daud on 4 Februari 2008 pada 11:44 PTG berkata...

your newest article is really nice..
easy to understand n it can make us think what in your mind..
+ the message is very clear..
good..

Idham on 16 Februari 2008 pada 6:49 PG berkata...

mesej diungkapkan satu persatu dan jelas.. rasa terbuka sedikit keinsafan. terima kasih. My blog Cabai Burung

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE