Isnin, 17 Mac 2008

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA


Saya dijemput menyampaikan kuliah satu malam. Tempatnya di Taman Nirwana, sebelah Ampang. Biasa saya ke sana bersama Suhaili, dan dia setia sekali menemani saya atas dasar ukhuwah fillah. Ukhuwah fillah ini lahir dalam hati, rasa rindu untuk bersama dalam perjuangan dan sentiasa mendoakan kebaikan sahabatnya agar terjauh daripada murka Ilah.

Suhaili ternyata teman yang setia. Biasanya selepas kuliah, beliau akan menyebut-nyebut semula apa yang saya sampaikan dan saya berasa sangat senang dengan beliau. Bukan senang dengan pujian tetapi senang dengan penghargaan dan keprihatinan beliau. Kami pernah sebilik di Nilam Puri dahulu. Ternyata beliau seorang yang soleh dan menjaga solat dengan baik.

Memberi kuliah bermakna kita belajar berdakwah. Tidak pernah kita berasa besar diri kerana menyampaikan kuliah di hadapan yang lebih, malah ada yang tua menyalami tangan sambil mencium tangan saya. Cuma pada malam itu, berlaku satu peristiwa yang buat saya kaget dan tercetus kekaguman. Sejurus selepas saya menyudahkan kuliah, seorang yang berjubah dan berjambang mengajukan persoalan. Sebetulnya, bukan persoalan sebaliknya satu pandangan untuk menyedarkan dan membuka ruang ufuk berfikir.

Beliau berbicara soal pemakanan halal dan haram. Katanya, umat Islam kurang endah soal halal dan haram, sedangkan ia merupakan permainan Yahudi. Saya tergamam seketika apabila beliau memperkenalkan dirinya sebagai seorang Doktor Pakar. Malah, saya makin tergamam apabila mendapat tahu beliau sememangnya doktor pakar yang popular di Malaysia dengan ayam organiknya. Syarahannya dalam sekali, membuka ruang dan saya teruja jadinya.

Saya terpaksa memberikan respon meskipun terasa sekali tidak layak untuk memberikan pandangan di hadapan seorang yang begitu tinggi ilmunya. Apatah lagi beliau juga seorang penceramah dan khatib. Saya menyatakan persetujuan dengan pandangan beliau dan sangat menghargai orang seperti beliau. Ternyata yang menanggung bebanan dakwah ini bukan hanya seorang ustaz malah doktor, IR, penulis dan pelukis juga merupakan pendakwah. (Begitu juga KONSESI DAKWAH)

Ulasan saya ringkas sahaja. Benar kita umat Islam tidak begitu endah tentang perkara-perkara sebegini. Saya memberikan tiga kesimpulan. Pertama, pemakanan ternyata merencatkan kemampuan akal dan minda. Kedua, Umat Islam mesti bersungguh untuk membangunkan ekonomi Islam. Ketiga saya terlupa.

Saya ingin bertanya kepada pengunjung blog. Berapa banyak hadis yang mampu kita hafal, dan berapa banyak pula ayat suci al-Quran atau kata-kata atau syair-syair berpengaruh terlekat dalam otak kita. Barangkali lima, atau enam, itu ingat-ingat lupa. Ini kerana kita kurang menjaga pemakanan dengan baik.

Saya berasa senang sekali menatap blog hari ini. Ada kritikan membina daripada beberapa orang sahabat dan ada pula yang cuba mempertahankan metod yang saya gunakan. Alhamdulillah kerana hal ini mempamerkan satu hal yang sangat berharga, iaitu akal seseorang dan pandangan ternyata berbeda dan pelbagai rencahnya. Usah saya mengulas panjang soal ini tetapi saya ingin membuat satu sahaj kesimpulan, iaitu segala teguran dan apa sahaja melambangkan kita punya ikatan perhubungan yang sangat indah.

Kadang-kadang saya ketawa sekuat-kuatnya dalam hati. Sudah beberapa orang berkata kepada saya, kami inginkan Ustaz Dzul yang dulu. Seolah-olah mereka kenal siapa saya secara dalam, dan seolah-olah saya yang kini sangat jauh bezanya berbanding yang dulu. Mungkin, tetapi ia sangat menggamit jiwa saya, sekaligus membuatkan saya terkesima dan mengoreksi diri dengan penuh keinsafan.

Apa maksud Dzul yang dulu? Saya cuba mengembara di alam mimpi, mencari di mana Dzul yang dulu. Ingin saya berkenalan dengannya, lalu membuat temuramah, siapakah kamu, apa yang kamu lakukan sehingga ramai orang menginginkan kamu yang dulu.

Ya, barangkali Dzul yang sekarang kurang tahajudnya, maka kita ingin bertanya diri sendiri, apakah kita semua banyak tahajudnya. Mungkin Dzul sekarang nampak luntur semangatnya, onar arahnya, simpang-siur pemikirannya, bengkang-bengkok amalannya. Wahai Tuhan, aku menzalimi diriku sendiri, sedangkan Engkau Maha Suci, maka ampunilah aku.

Aku mengembara seperti Yunus bin Matta dalam perut nun. Bertasbih memuji Tuhan empunya diri dan mengakui lemahnya diri, sambil mengkoreksi, apa silap salah aku. Aku menerawang sebagaimana Abu Sufyan yang menyesali, kenapa ditentang nabi tidak mengikuti ajarannya yang maha suci. Aku berkhayal sebagaimana Umar, lalu dikataka, alangkah, baiknya aku menjadi sebatang pokok lalu ditebang. Atau menjadi seperti kata Uthman, betapa baiknya aku menjadi debu di akhirat agar aku tidak ditakut-takutkan dengan kedahsyatan neraka.

Bagaimana Dzul yang dahuluuuuu???? Kata Azmi, Dzul yang cerah wajahnya. Apa? Apakah aku sekarang sudah malap dan ketandusan cahaya Qurani? Kata Julia, Dzul yang dahulu karismatik orangnya. Apa? Apakah aku sekarang longlai langkahnya? Konsesi Dakwah, tolonglah menjawab persoalan yang kian membelit akar mindaku ini. Saya terasa kian gerhananya.

Lalu, jari kususun, bertasbih, SUBHANALLAH, maha suci Engkau wahai Tuhan, Engkau mencipta pokok yang bisu tetapi memberi manfaat untuk alam, sedangkan aku mampu berkata-kata tetapi kurang menyeru kepada dakwah. ALHAMDULILLAH, Engkau memberikan aku sedikit kelebihan, tetapi jarang aku gunakan untuk jalan dakwah. ALLAHU AKBAR, Engkau Maha Besar tetapi jarang dahi ini sujud lama menginsafi dan jarang sekali mata ini menangisi.

ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH, ALLAH,...

Saya cuba bermuhasabah, dan alangkah baiknya jika teman sekalian turut bersama saya, juga cuba bermuhasabah. Siapa kalangan kita paling mulia, siapa kalangan kita paling laju lariannya menuju penamat yang terbaik. Oh alangkah, kadang-kadang lidah hanya pandai berkata-kata tetapi jasad mematung tidak bekerja. Dikata cinta dakwah tetapi tindakan tiada. Dikata cinta jihad beraninya sifar. Dikataka mahukan syahid tetapi terluka sedikit mengeluh lama. Ya, RIJALULLAH, pemuda rabbani yang siddiqiyyah.

Tahukah kalian makna siddiqiyah, atau rabbaniyah? Tahukah kalian beza Mukhlis dengan Mukhlas. Tahukah kalian beza yang berkata dengan yang bekerja. Tahukan kalian hati dan jasad adalah berbeza? Tahukan kaliah bedanya Abdi dengan 'Ibaadi? Tahukan kalian bezanya Habib dengan Khalil? Tahukah kalian bezanya pejuang dengan mujahid? Jika kalian kurang memahami, maka ayuh, kita koreksi diri bersama.

Itu bukan persoalan yang memerlukan jawapan tuntas, tetapi memerl;ukan jawapan praktikalitas. Jiwa yang tawadhu merendah diri sehingga berasa yang lain lebih mulia berbanding daripadanya. Yang takutkan Allah, binatang buas sekalipun tunduk menikus di hadapannya, sedangkan yang takabbur, lalat dan nyamuk pun bisa mempermainkannya.

Apapun, terima kasih kepada yang menegur, kalian amat kusayang dan kukasih. Saya doakan kita bersama di syurga yang dijanjikan untuk IBADURRAHMAN. Allahumma ameen.

Oh ye, siapa DZUL yang dulu ye!???

2 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

akhi adalah akhi . dzul khairi , = "mempunyai kebaikan".tetap sahabat ana.,sahabat semua insan yang cintakan Islam. mempunyai jiwa yang meletakkan ALlah atas segala hal,yang tegas dengan prinsipnya, yang lembut hatinya, yang tidak mudah melatah serta bijak bermain akal. tidak seperti ana yang agak tergopoh dan kurang sabarnya.sahabat baik, dahulu kini dan selamanya.

ana tak risau kerana akhi ramai penyokong tapi ana sangat bimbangkan yang terlalu taksub sehingga membawa rebah.nasihat musuh kadang2 membantu kita mengenali diri.ya, musuh juga mampu menjadi sahabat.

apapun yang mereka katakan, ana tetap percayakan sahabat ana.dan ana percaya sahabat ana sentiasa membuat koreksi diri ke arah yang lebih baik.dan kini , semakin baik alhamdulillah, terasa tempiasnya.

moga thabat dan tabah.tetap mendoakan.

ukhuwwah kerana ALlah

Aku Bukan Umar Al-Khatab on 18 Mac 2008 pada 9:52 PG berkata...

Kisah 1.

Ish...bersemangat sungguh pemuda ini... siapakah dia??... penuh semangat kepemudaan, membahaskan peri pentingnya mengucapkan terima kasih pada pimpinan yang telah bekorban... untuk melihat kesatuan yang dicintai terus relevan... melawan arus tanpa sempadan... yang melanda seluruh mahasiswa... yang hidupnya telah dimanipulasikan oleh penipuan satu sistem... yang namanya sistem pendidikan...

Arggg... dia lagi... sudah kuduga dan seakan dapat ku baca... tatkala yang lain sedikit mempertikai kelesuan ucapan kepimpinan lalu, dia nmeneruskan legasi perjuangan da'wah ini... ditaklifkan sebagai Presiden kesatuan ini...

Benar, ucapannya begitu bertenaga sekali... penuh kata-kata bersemangat... menarik sesiapa sahaja untuk berjihad... memikat sesiapa sahaja yang mendengar... kerana semangatnya dia, sedikit membezakan kepimpinan lama... ( Presiden yang lalu difahamkan tidak berapa sihat... tidak adil menyatakan beliau tidak bersemangat )

Kisah 2.

Ditempat yang sama... sebulan kemudian, kita bicara soal PR kampus...

“Akan dibuka kota kontantinopel di tangan seorang lelaki: Maka sebaik-baik panglima adalah panglima mereka dan sebaik-baik tentera adalah tentera mereka”.

Nah, tidak perlu aku huraikan, pemuda ini orang yang bagaimana... tetapi sekadar 2 kali bertemu, kenalkah aku siapa dia sebelumnya??

Kisah 3

Di Pulai Chondong... jangan tersalah sangka... aku tidak bertemu pemuda ini di sini... tapi aku telah pergi kesekolah yang menjadi tempat beliau menjadi hafiz...

sekitar perbualanku dengan seseorang yang mengaku kenal rapat dengannya...

aku : bagaimana ya pemuda ini dikampung?

pemuda itu : hebat!

cukup sekadar itu...

p/s : aku meninggalkan keluarga angkat disana.. huhu jangan jeles... aku ad keluarga angkat dikampungnya pemuda ini!!

Kisah 4

Seorang anak usrahnya kini menjadi sahabatku... beberapa kali kami ber ym dan tiap kali itu juga pemuda ini menjadi topik yang penting...
erm...

http://energi-alabrar.blogspot.com/2008/03/akh-dzul-yang-ku-sayangi.html

(kadang-kadang akh Dzul panggil saya budak kecik, tapi akh Dzul pun kecik jugak.hihi..kadang-kadang akh Dzul pernah panggil adikku sayang. Jangan jelas. huhu)

oh..indahnya ukhuwah... benar... aku jeles neh!!

Kisah 5

"saya mengucapkan selamat berjuang,kepada seluruh pendukung kebenaran, dan semua pembela rakyat yang hadir pada hari ini, mudah2an Allah akan mengentalkan jiwa kita semua, untuk terus berjuang membela rakyat, untuk terus berjuang mempertahankan maruah rakyat, untuk terus memperjuangkan hak2 rakyak...

sahabat2, tuan2 hadirin hadirat yang saya kasihi sekalian, saya cukup berasa kagum, dengan kehadiran mahasiswa mahasiswi, pada hari ini...

kita yang tidak takutkan undang2, yang tidak gentar dengan ancaman..

dan anda sekalianlah yang bakalmengesat air mata rakyat suatu masa kelak..."

aku berada disana... dan melihat sendiri betapa pemuda ini masih seperti yang mula2 aku kenali... ya, ini pandanganku... akhi, padaku, kau masih seperti dulu...

yup mungkin sahaja definasi dahlu aku dengan kalian yang lebih dahulu mengenali beliau adalah berbeza... tetapi, jika di tanya padaku... aku semakin suka dengan pemuda ini sekarang... ah... manisnya tautan hati ini..

moga2 cukuplah Allah bagi manusia beriman!!

bagi yang tidak tahu, petikan ucapan bersemangat itu adalah sewaktu penamaan calon dahulu... dimana??... erm mungkin tindakan lebih baik dari perkataan...

masih sebuah pujian??...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE