Ahad, 20 April 2008

ERTI UKHUWAH BAGIKU


Seseorang menghubungi saya untuk jemputan berceramah. Lagaknya bersahaja. Meskipun umurnya saya kira ada perbezaan sekitar 4-5 tahun, namun seolah-olah dia menjemput orang yang sebaya dan biasa bergurau dengannya. Tidak digunakan bahasa ‘ustaz’ atau ‘abang’, sebaliknya hanya bahasa ‘enta’, yang membuatkan darah saya cukup menyirat.

Ada apa pada bahasa? Saya paling senang dengan adik-adik DQ. Mereka senang memanggil saya abang walaupun ada juga yang memanggil ‘ustaz’. Azan, Awis, Hafizan, dan yang lain cukup rapat di hati saya. Mereka cukup menghormati saya sebagai orang tua, dan saya tidak pernah meminta mereka untuk menghormati saya sebagai Presiden Gamis.

Saya orang yang paling pantang dalam soal penghormatan terhadap orang yang lebih berumur, begitu juga dengan senior dan juga naqib. Bagi saya, hadis nabi yang mewajibkan orang muda menghormati orang tua dan yang tua menyayangi yang muda mesti dihayati dan diamalkan. Apabila saya berjumpa dengan naqib saya, Murtadha namanya, saya cukup menghormati beliau. Umurnya lebih muda berbanding saya dari sudut bulan, tetapi saya menghormati beliau sebagai orang yang mendidik saya. Lalu saya memanggilnya dengan panggilan ‘naqib’ atau ‘ustaz’, bergantung kepada situasi.

Pantang bagi saya meninggikan suara di depan yang tua, bercakap banyak pun tidak saya gemari. Saya lebih rela mendengar mereka membebel, cakap tidak henti-henti dan saya tidak akan menyampuk walau sekali. Lainlah jika saya berdepan dengan abang Hanif yang pendiam, atau ustaz Murtadha yang pandai mendengar. Tetapi jika saya berdepan dengan ustaz Nazree, saya banyak mendengar dan menghormati beliau sebagai bekas ketua PMI, juga senior saya. Suka atau tidak, bersetuju atau tidak, saya tolak ke tepi kerana mendengar pandangan beliau meupakan satu ajaran sunnah.

Saya sangat tidak suka dengan beberapa perkara yang bagi saya menunjukkan adab yang kurang baik:

1- Menggunakan bahasa ‘enta/i’ dengan orang yang lebih tua. Cuma setakat ini saya hanya senang hati dengan Fakhrul Jengka yang berbahasa demikian dengan saya kerana barangkali itu kebiasaan beliau, dan beliau sangat rapat di hati saya.
2- Menyampuk ketika orang yang lebih tua bercakap.
3- Banyak bercakap di depannya. Saya memang mengamalkan ‘suka mendengar’ ketika berhadapan dengan orang yang lebih tua, atau orang yang berilmu, atau dengan ustaz berbanding ‘suka bercakap dan memberi pandangan’. Bagi saya, pandangan kita tidak penting. Jadi saya menggunakan masa sebaiknya untuk mendengar pandangannya. Tetapi saya cukup tertekan jika ada orang yang ‘suka bercakap’ ada di sisi, yang mana akhirnya saya banyak mendengar pandangan yang ‘suka bercakap’ pula.
4- Menepuk bahu atau menggosok bahu orang tua merupakan pantang bagi saya. Menggosok bahu bukanlah amalan orang muda kepada orang tua, sebaliknya amalan orang tua kepada orang muda. Kekadang saya ingin menampar sahaja tangan yang muda menggosok bahu saya.
5- Lalu di belakang orang yang lebih tua, atau ustaz. Ini bukan adab kita untuk melintas di belakangnya, kerana amalan orang Melayu adalah melintas di hadapan sambil menunduk sedikit. Beberapa kali dalam kelas pelajar melintas di belakang guru, bukan satu perbuatan Kemelayuan. Ia bukan satu sikap yang baik. Jika ia ingin melintas sekalipun, keizinan perlu diminta.

Saya tidaklah menyuruh mereka menghormati saya kerana kedudukan saya, tetapi saya mahu mereka menghayati ajaran nubuwah, bukan membelakanginya. Apa yang saya temui cukup terbalik. Orang yang sudah berumur dan tua, pakcik-pakcik di masjid-masjid bila bertemu saya, mereka memanggil saya sebagai ‘ustaz’, bersalaman dengan saya dengan menampilkan wajah yang cukup berseri-seri dan penuh dengan keceriaan, malah ada kalangan mereka yng sudah berumur mencium tangan saya. Tetapi yang muda pula berlagak seolah-olah umur mereka sebaya dengan kita dan seolah-olah kita rakan mainan mereka.

Mereka mungkin menghormati, tetapi tidak pandai cara menghormati. Jadinya, saya terus memadamkan mesej jemputan tersebut dan membisukan diri sehingga datanglah mesej kedua daripada orang lain, yang bunyinya lebih mesra dan menyejukkan hati…

8 Cadangan/Pandangan:

nama2bunga on 20 April 2008 pada 7:10 PTG berkata...

Slm...ana @ akak setuju bangat dengan artikel ustaz ni..Ramai yang tak sedar berkenaan konsep hormat atau lebih umum disebut sebagai adab manusia dengan manusia..tidak kiralah muslim or non-muslim. Bahkan antara rakan sebaya pun ada adabnya. Paling merimaskan, ada juga yang tahu, cuma memandang ringan dan ego dengan kehebatan (fikir mereka) yang tidak seberapa..Just pandangan sekilas ana..Syukran kerana artikel ini turut mewakili luahan ana dan sebilangan besar insan-insan di luar sana..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
end on 20 April 2008 pada 11:45 PTG berkata...

no need to explain anything here..
but..
agghhh!!

apa yang orang nampak..
a.zul terlalu sensitif n byk pantang larang..
a.zul seorang yang bersifat tradisional..
patuh pada arahan dan kadang2 menjiwai sifat seorang ayah..
patutlah u can being a leader..

huh..

~aKuHaMbA~ on 21 April 2008 pada 7:30 PG berkata...

assalamu'alaikum...
saya cukup respek lah dgn pnulisan yg ringkas dan padat begini..
walaubagaimanapun, timbul sdikit keraguan pd sy, apakah skiranya berlaku pertuturn min(senior)-mat(junior), maka ia dianggap kurang beradab skiranya junior ni bersahaja memanggil senior tsebut hnya pnggilan 'enta' ?
maka sy kira, adalah lebih baik saudara perjelaskn agar sy yg kurang memahami dan mengerti ini menjadi leih faham...

kebimbangan sy, apabila disebutkan 'ukhuwwah', maka ada yg cuba mengeksploitasikan perkataan 'ukhuwwah' itu sendiri..

dan bagaimana pula penjagaan ikhtilat yg sepatutnya, kerana apa yg diperhatikan virus ukhuwwah_ikhtilat ini merebak secara senyap, dgn menjadikan alasan gerak kerja sbg penghubung..dan pengertian me-negotiate sesama min-mat ini diertikan hnya skadar mudah "masuk" dan bergurau diluar keformlitian gerak kerja..?
agak dangkal pemikiran begini...
namun begitu, itu hny dari pemikiran seorg hmba dho'if lagi kurang thaqofahnya, dan memerlukan pula pandangn saudara / mana2 yg terbaca dan membaca komentar ini..

maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara..

~kita bukan penghukum~

~nEmo~ on 22 April 2008 pada 11:50 PTG berkata...

hmm...apa ada pada bahasa?

"lemah bahasa simptom lemah pemikiran" ?

perkara yang sama juga dibicangkan disini..http://saifulislam.com/?p=807

AsMa on 1 Mei 2008 pada 9:37 PTG berkata...

Salam,
Alangkah indahnya persahabatan yg terjalin kerana Allah...

izyan on 18 Mei 2008 pada 5:09 PG berkata...

salam..bagaimana dgn muslimat kalau berurusan dgn muslimin? perlu mmnggil abg jg kah?atau muslimat mahu semuanya dipanggil ustaz? atau berbahasa memanggil sekadar nama?sy kira panggilan itu mmg penting..tapi lihat pada siapa yg kita sedang berurusan.dgn ustaz ustazah,guru2..orang tua..beradab mmg sesuatu yang harus diberi keutamaan

tapi andai hampir2 3-4 tahun beza usia..jangan begitu sensitif..kalau org berfikrah sprt anda sgt sensitif...takut2 org tak mahu dekat..sdg jadikan diri kita pemimpin yg tidak mudah melatah..tapi senang didekati..

walauapapun..anda berhak berasa marah..kerana berasa marah itu adalah hak anda..

selamat berjuang!

Tanpa Nama berkata...

Salam...maafkan saya, mgkin pendapat saya ini berlainan dengan ustaz dzul...pada saya, panggilan tidak lah begitu penting berbanding dengan ajakan yang mempunyai maksud yang begitu besar..."maka mana satukah yang lebih baik perkataannya itu berbanding dgn org yg mengajak kpd Allah..."...saya kira panggilan utk berceramah tidak kurang baiknya berbanding dgn panggilan ke jalan Allah...Wallahu A'lam...kadang2 kite perlu ketepikn rasa n perasaan utk berdakwah, krn tidak semua yg mampu berdakwah sehebat ustaz...harap ustaz tidak mudah berkecil hati n teruskn usaha dakwah ustaz dgn semangat n kecekalan ustaz...agar semangat pemuda dapat bangkit sbgmana semangat yg dimiliki ustaz..Amin..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE