“Bulan Ramadhan dah dekat, jadi apa persediaan nta akhi?” Na’im bertanya sambil menghiris-hiris timun untuk dijadikan sambal belacan untuk makan malam itu. Eh, timun boleh dijadikan sambal belacan ke? Erm, hentam jelah. Aku ni bukan pandai sangat memasak, mengomel pandailah. Kata makanan tu sedap, masakan ni tak sedap, ha yang tu aku bolehlah.
“Entahlah Na’im, nak kata bersedia, ibadat tonggang langgang, hati tak bersih, maksiat pun banyak. Nak jadi apa pun ana ni ana pun tak tahu. Enta lainlah, dahla baik, tinggi pula,” Naim terus mengetuk kepala aku dengan senduk bila aku menyebut bahawa dia tinggi. Aah, dia tinggi, aku pula rendah. Tapi takpe, Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Yahya pun kecil lagi dari aku. Apa orang kecil tak boleh nak perintah dunia. Nuh, orang Jepun dulu pun kecil-kecil je.
“Ana ni tengah geram sebenarnya, da patut dekat bulan Ramadhan buat konsert jemput artis Barat. Dahla kata artis Barat tu sopan, yela, kalau nak dibandingkan dengan apa nama tu, Mariah Carey, Paris Hilton, memanglah sopan, tapi tu bukan adab dalam Islam, bukan budaya ketimuran. Kerajaan ni sembang je lebih, tapi habuk pun tak nampak. Diorang lebih menghormati kemerdekaan berbanding kemerdekaan sebenar iaitu Ramadhan,” aku mula membebel dan seperti biasa Naim menjadi pendengar setia. Hidayat yang baru masuk ke dapur mencubit ikan yang baru aku goring sambil mempamerkan dahi yang berkerut.
“Hoi, apa ni dayat. Dahla malas memasak, tau merasa je. Ana nak suruh masak, hang tak reti,” aku berseloroh, ala biasalah, sahabat baik aku juga. Kalau bukan dengan diorang, dengan siapa lagi aku nak berguaru semesra ini. Biasanya di rumah aku, Amin, Azlan dan Hafiz yang sukan memasak. Amin terkenal dengan kebersihan dan kerajinannya, cuma saja dia suka melawak dan mengemukan teka teki yang ntah apa-apa. Fauzan pula dengan seluar merahnya itu hanya pandai buat kopi Radix, tu pun untuk diminum seorang diri diri. Paling menarik, beliau suka minum air masak panas. Shahir pula asal 2.30 je pulang rumah. Asal 2.30 je pulang rumah. Peminat cerita Tatia katakan.
“Dalam bulan Ramadhan ni, nta tolong dapatkan jadual berbuka masjid TNB, masjid Bulat dan TNB boleh Naim?” Hidayat bertanya selamba. Makan je yang dia tau. Makan,makan, minum. Makan, makan, minum. Dalam bulan Ramadhan pun, jadul berbuka yang dia cari, bukannya jadual kuliah atau tazkirah. Ish-ish, ni la anak muda zaman sekarang. Aku pun naik boil memikirkannya. Dulu-dulu, aku ingat lagi masa-masa kecil. Aku memang tunaikan solat terawih samapi 20 rakaat. Aku memang berlumba dengan kawan-kawan bab solat 20 rakaat ni. Kadang-kadang kami sengaja potong Imam yang belum bagi salam lagi bagi menunjukkan kepantasan kami dalam mengerjakan amal ibadat. Yeah, semestinya ibadat ini, siapa yang paling cepat menghabiskannya, maka dialah orang yang paling hebat. Inilah konsep yang aku pegang semasa kecil-kecil dulu sehinggalah aku mula mengerti konsep sebenarnya.
Zaman kanak-kanak dulu, macam-macam. Aku tidaklah nakal, baik-baik dan pemalu saja. Aku tidak pernah bercita-cita untuk menjadi orang hebat. Cita-citaku, berubah hampir setiap tahun. Aku pernah bercita-cita untuk menjadi guru, lepastu pensyarah, lepastu macam-macamlah. Nak jadi guru sebab dah tak tahu nak jadi apa. Tengok mak ayah jadi guru, erm, hentam jela, aku pun nak jadi guru. Kononnya ingin mendidik anak bangsa ni semudah menghiris timun. Alih-alih, sekarang apa pun tak kerja. Bila mak ayah tanya, bila nak kerja, aku selamba jawab, tengokla dulu. Nasib baik mereka tidak memaksa dan cuba memahami inspirasi anak mereka ini.
Sekarang macam-macam orang Tanya. Zul, bila nak kerja? Jawapku, erm, entahlah labu…sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup. Zul, bila nak kawen? Entahlah, takde mood nak fikir. Cewah, padahal nak cover sebab takde orang nak pada aku yang tak berduit ni. Mampuih diorang nak makan pasiaq dengan aku. Zul, bila nak sambung belajar? Ha, yang ni best. Aku jawab je insya Allah tahun depan walau aku dah letih belajar dalam suasana yang terlalu bersistem. Agaknya orang yang sepsis aku ni jenis tak boleh disiplin sangat kot dengan sistem yang sedia wujud. Aku pun tak tahu aku ni jenis apa dia sebenarnya.
Aku ingat, baru-baru ni aku menyampaikan khutbah. Wuyyooo, dekat setengah jam aku khutbah. Jarang orang macam tu, tapi aku hentam je. Janji, aku tengok takde yang tidur. Yang aku tengok, mata mereka semua tertumpu pada aku, yang berdiri pun tegak je mematung, macam bagi perhatian kepada apa yang aku perkatakan. Ha, apa lagi, aku balun je la.
Eh, apa benda yang aku nak cakap ni. Ha, tentang bulan Ramadhan. Sebenarnya, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua yang mengenali aku. Dialog di atas tu tak betul pun, tapi fakta-fakta yang aku kemukakan semua betul. Saja nak hiburkan hati, untuk menyambut Ramadhan. Dah letih menaip benda ilmiah, kena mengarut juga kadang-kadang.
Ya, SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN BUAT SEMUA YANG MENGENALI ANA, MAAFKAN SIALP SALAH ANA DAN TOLONG DOAKAN KEBAIKAN ANA DUNIA AKHIRAT
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
Saya lebih suka entri yg mcm ni dari yg terlalu serius..thx bro
aiseh...fauzan kedekut rupanya...hmm...ni mesti penangan jd bendahari pmi..
ok ust dzul...sy juga ingin mengucapkan SALAM RAMADHAN. smg trus diberi kekuatan oleh Allah untuk thabat pd jLn ini..
p/s: belajar2 la masak...hehe
Catat Ulasan