Maka apabila sudah ramai orang masuk Islam, walau ada kalangan mereka yang memeluk Islam atas dasar kepentingan peribadi yang tersembunyi, namun ia merupakan satu kemenangan politik kepada Nabi SAW. Islam mengajar erti yang sangat bermakna, iaitu jangan sesekali berburuk sangka, jangan mencari aib orang dan jangan mendedahkannya, sebaliknya serahkan urusan dosa pahala, betul salah itu kepada Allah yang Maha Mengetahui.
Apabila Usamah bin Zaid membunuh seorang tentera kafir yang mengucap lantaran menyangka bahawa ucapan tauhid itu hanyalah kosmetik lidah bagi menyelamatkan diri, namun ia tetap terlarang dalam agama dan dimarahi nabi SAW. Dalam kaedah Islam juga, boleh kita ni meninggalkan benda baik demi kebaikan yang lebih baik dan bersikap jangka panjang. Huzaifah al-Yamani pernah tidak bersetuju dengan tentera Islam yang ingin menghukum ketua battalion perang kerana minum arak kerana ia tidak sesuai dalam medan peperangan. Ibn Taimiyah juga mencegah muridnya daripada mencegah tentera Monggolia yang sedang berpesta arak.
Nabi sendiri pun, tidak membaiki kaabah kepada kedudukan yang asal sebagaimana zaman Ibrahim kerana takut berlaku perpecahan kalangan umat Islam. Begitu juga nabi tidak membunuh orang munafik walaupun nabi mengetahui siapakah golongan tersebut. Semua benda ni, dibuat tidak lain dan tidak bukan untuk siasah nafas panjang.
Nabi Harun sendiri pun tidak mencegah secara keras kaumnya yang menyembah berhala sehingga baliknya Musa kerana takut berlaku perpecahan. Ni dia Islam, penuh dengan nilai hikmah dan wisdom. Apa benda wisdom ni? Wisdom ni bijaksana. Bijaksana ni guna pakai otak, atau akal. Orang yang cerdik ni, guna akal yang dipandu oleh wahyu, bukan guna akal secara tak betul. Sikit sikit, akal. Sikit sikit, akal. Apa dia ingat, dia sangat bijak sehingga semua benda boleh difikir dengan akalnya? Apa guna wahyu yang diturunkan oleh Allah taala kalaulah semua orang guna akal. Dasar manusia sombong, pengalaman cetek, ilmu ibarat setetes air di lautan yang meluas, tapi sombong tidak menentu. Orang sombong ni, nah, Allah basuh dia dengan api neraka, biar terbakar hangus dengan Iblis dan syaitan. Allahumma ajirna minannar…
Kita kembali kepada perbincangan asal. Rumusnya, bila Islam ni menang, Allah taala nak peringat balik nabi kesayangan dia ni, siapa yang bagi kemenangan pada Islam? Ha, siapa yang bagi kalau bukan, Allah. Siapa yang muliakan orang Arab padang pasit kalau bukan Allah. Siapa yang mengangkat martabat agama yang asalnya dianuti oleh beberapa kerat kalau bukan Allah? Jadi, bila kita tahu bahawa semua ini berasal dan berpunca dari Allah, dan Allah ni Tuhan semua benda, maka jangan lupa bertasbih kepada dia. Tasbih tasbih ni, barang mulia yang mesti kita yang hina untuk beramal dengan dia. SubhanaLlah, subhanakaLlah, maha suci Allah, atau maha suci Engkau ya Allah. Suci ni, barang yang tidak dicemari oleh kekotoran. Bukan cuci, tapi suci, malah maha suci. Kita ni pula, jenis makhluk yang kotor.
Buat dosa, kotor. Tak baca al-Quran, kotor. Jarang bertasbih, kotor. Solat tergesa-gesa, kotor. Antara tanda kita ni kotor adalah, kita tak selera dengan amal ibadat malah kita hanay peruntukkan masa yang sedikit sahaja untuk solat. Lepas baca al-Fatihah, terus ruku’, tak sempat baca surah lain. Baca pun cepat-cepat. Jenis orang solat begini ni, jenis nak dialog dengan Allah ke nak muqabalah dengan Allah. Kenapa kita ni sombong sangat sampai solat pun ala kadar, lepas solat malas baca wirid, doa jarang sekali, doa pun masa susah sahaja. Ni jenis manusia macam mana kalau bukan manusia kotor. Saya, tuan-tuan, selalu kotor. Kita tak sama dengan zat yang mencipta kita, yang bersih, suci dang sangat terpelihara.
Maka hey Muhammad, mung kena bertasbih. Yang bagi Islam ni menang, nama kamu meniti di bibir-bibir pembesar dunia, adalah Allah. Maka bertasbih kepada dia, Tuhan yang Maha quddus. Nabi ni, jenis manusia yang memang suka bertasbih malah menjadi makanan nabi untuk bertasbih. Minuman nabi adalah zikir kepada Allah. Kalau nabi tak solat, tak bertasbih, nabi akan lapar sebagaimana kita lapar bila kita berpuasa. Ada jenis kita, bila tak baca surat khabara sehari, dia akan resah. Nabi pula, resah kalau tak baca al-Quran. Lain kita dengan nabi, lain. Nabi cpnfirm syurga, kita pula neraka dalam tangan, syurga belum tentu lagi. Ya Allah, selamatkanlah kami yang hina ini.
Kalaulah nabi yang rajin dan betah bertasbih pun Allah suruh bertasbih, apatah lagi kita yang pemalas. Eh manusia, kalau mung rajin bertasbih, tak bagi kebaikan sikit pun pada aku. Tasbih ni bagi kebaikan kepada mung juga, bukan aku. Allah ni, kita rajin ke tak rajin bertasbih, kalau Dia tak berkenan dengan kita, masuk neraka juga. Kita nak ke masuk neraka, panas, buruk, buruk, hanyir, loya, nak muntah. Senang-senang saya sebut, cium dan jilat najis kita sendiri jauh berganda-ganda lebih baik daripada cium bau neraka. Tak masuk dalam neraka lagi.
Siapa yang bagi mulut kepada kita kalau bukan Allah? Siapa yang bagi lidah dan akal kepada kita kalau bukan Allah. Siapa yang bagi hati kepada kita kalau bukan Allah. Habis tu, semua barang yang terlekat di badan kita, hatta tubuh badan kita sendiri ni semuanya milik Allah. Jadi bila mung menang, bertasbih, jangan kedekut sangat. Ni tak, bila dapat cemerlang peperiksaan, mula lupa diri, rasa diri paling hebat dan orang lain semua bodoh. Bila dapat harta, salah guna dan tindas rakyat. Bila dapat pangkat, mula jalan tak tengok ke bawah. Apa jenis manusia macam ni, jenis tak sedar diri. Kita ni kalau rasa hebat sangat, try buat seekor je lalat, ha boleh ke tak boleh. Jadi kalau tak mampu, jangan berlagak lebih dan kena rajin-rajin bertasbih. Erm, kita sambung balik pada keluaran akan datang insya Allah…
Ini 7 Cara Bermain Lords of the Fallen bagi yang Masih Pemula
Seminggu yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan