Makan, ha, jangan tak makan. Melantak je, bila lagi nak melantak. Dahla siang tadi kita puasa. Masuk je Maghrib, mula la kami melantak. Aku macam biasa tempah roti bakar satu set. Ntahla, asal datang je kedai Mamak ni, mesti mulut aku gatal nak merasa roti bakar. Roti bakar kadang-kadang satu set, kadang-kadang masa nak mengamuk tu, aku tempah je dua set. Lepas tu macam biasa aku tempah nasi putih tomyam campur dengan telur dadar. Peh, kecuh air liur gue..
Bulan puasa ni bulan jangan makan. Bulan lain, boleh makan siang, bulan puasa adalah sebaliknya. Minum pun tak boleh. Banyak lagi yang tak boleh, bukan makan minum je. Semuanya untuk mendidik jiwa manusia, supaya jadi manusia bukan jadi binatang. Sebenarnya bukan senang nak puasa ni, orang yang jenis makan banyak bulan lain, tiba-tiba nak puasa bulan Ramadhan, bukan senang. Kadang-kadang pucat juga muka aku tahan lapar ni. Perut asyik berbunyi ye. Eii, tak sabar tunggu Maghrib.
Sebut je tentang puasa, apa yang paling best? Mungkin ada yang kata waktu Maghrib adalah waktu paling best. Ada kata paling best adalah lepas Subuh kerana boleh tidur sepuas-puasnya. Aku pun pening, bila waktu yang paling best dalam bulan Ramadhan. Macam biasa, aku jumpa Abang Zamzuri, Tanya bila waktu paling best dalam Ramadhan.
“Waktu paling best dalam Ramadhan adalah waktu lepas solat Terawih kerana kita dapat makan moreh sama-sama. Nta ni kenapa Zul, duk Tanya pasal waktu paling best. Kamu takde kerja lain ke, bawa-bawala baca al-Quran ke…” Abang Zam mula membebel. Ish, tak habis-habis dengan membebel. Sejak aku mula kenal dia, tak habis-habis dia membebel. Membebel, membebel, dan membebel.
Bila aku tanya Us RO, dia kata waktu paling best adalah waktu berbuka. Ala, us RO memang macam tu, suka je makan. Asal makan je, suka. Asal suka je, makan. Tula Us RO, atau nama penuhnya adalah Riduan Osman.
“Badri, bila waktu paling best dalam bulan Ramadhan,” tanya aku ingin mendapatkan kepastian.
“Waktu paling best adalah satu pertiga malam kerana ketika itulah kita akan bermunajat kepada Allah. Dan jawapan Badri itu membuatkan aku tersenyum malu.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
assalamualaikum ustz,nak tanye siape yg dimaksudkan dgn ahli kitab??? ahli kitab yg disebut dlm alquran, same x, leh x kite rujuk kpd paderi2 kristian dll??
malam tadi aku mampir di rumahmu.
kau tiada.
yang ada hanyalah sepi dan suram cahaya.
dan deru air sungai pencala singgah di gegendang telinga.
lain waktu, aku akan mampir lagi
kerana ada majalah 'GILA-GILA' terbaru
untuk dikongsi.
SALAM RAMADHAN
Catat Ulasan