Entahlah, saya bukannya orang yang alim apatah lagi orang yang soleh. Namun izinkan saya memberikan secuit pandangan yang mungkin dangkal dan perlu diperbetulkan. Mungkin banyak salahnya, namun izinkan saya memberikan pandangan. Oh ye, mungkin saya tidak berminat dengan analisis politik atau PRK yang bakal menjelang, namun jika analisis yang kalian mahukan, kalian boleh buka blog saudara Norazali, atau Ustaz Azlan, atau Sdra Ridzuan dan Faisal, atau mungkin juga penulis prolifik seperti Ustaz Syaari, namun jika dalam blog saya, saya kurang berminat untuk membuat analisis politik.
Ia berkaitan Ramadhan, lebih tepat saya katakana ia berkaitan dengan solat Terawih. Beberapa kali saya menyentuh dalam isi kuliah saya, solat terawih bukan untuk dihabiskan tetapi untuk disempurnakan. Namun saya sendiri dangkal dalam memahaminya sehingga saya bertemu dan berbincang dengan Ustaz anwar Riduan. Barulah saya bertambah faham dan erti.
Mungkin ada menyifatkan solat terawih terbaik adalah 20 rakaat lalu mereka mengatakan nabi solat terawih 20 rakaat. Lapan di masjid dan ditambah di rumah. Tidak kisahlah tentang jumlah rakaat, kerana pada masa Imam Malik, 36 rakaat dan semasa zaman Abban bin Usman dan Umar Abd Aziz, 40 rakaat mengikut al-Syaukani. Cuma, benarkah fakta yang menyatakan nabi solat 20 rakaat,
Golongan muhaddithin menyifatkan hanya lapan rakaat dikerjakan nabi. Ia berdasarkan hadis Aisyah. Tidak kiralah dalam bulan apa sekalipun termasuklah Ramadhan, hanya lapan rakaat, tidak lebih dan tidak kurang, Cuma ditambah lagi dengan witir tiga rakaat, dan mengikut pandangan yang lain, ditambah lagi dua rakaat solat yang ringan. Jadi, banyak-banyak manapun, hanya 11 rakaat atau 13 rakaat sahaja solat yang dikerjakan nabi. Ada seorang ustaz, saya dengar-dengarlah kuliah Subuh beliau. Kata beliau, solat 11 rakaat yang dikerjakan nabi itu baru solat witir, manakala hakikatnya nabi kerjakan solat terawih 20 rakaat banyaknya. Jadinya, saya semakin pening dan pusing.
Lalu, saya ke beberapa masjid. Banyak masjid sebenarnya. Saya membuat kesimpulan peribadi. Satu: Hanya 20 rakaat dihabiskan tetapi tidak disempurnakan. Bukankah solat sunat ini, elok dipanjangkan qiamnya, rukuknya, sujudnya, dan juga doanya. Dalam solat terawih, tidak boleh diraikan orang sangat sehingga imam mempercepatkan bacaan kerana solat ini hanya wujud dalam bulan Ramadhan, dan hanya waktu malam. Dulu-dulu, orang solat terawih lama, sehingga ada yang bertongkat. Maksudnya, tidak perlu terlalu diraikan orang sehingga mengurangkan kesempurnaan. Lebih elok tasbih semasa rukuk dan sujud dipanjangkan sedikit, dan qiam dihayati dengan baik. Tidak perlu disambung-sambung ayat dalam al-Fatihah sehingga menjadi senafas atau tiga cuma.
Dua: Yang lapan pun sibuk dicepatkan walhal solatnya hanya lapan, bukan sebanyak 20, atau 36, atau 40. Ketiga: saya berpandangan fungsi solat dan zikir ini berlainan. Jadi mengapa hanya solat diutamakan tetapi zikir itu kurang dan tidak banyak. Apa yang paling menarik adalah, apakah perlu kita habiskan lapan atau 20 rakaat dalam satu masa, maksudnya selepas Isya’ terus dihabiskan?
Saya bersetuju dengan pandangan solat nabi sepanjang Ramadhan hanyalah lapan. Jangan salahkan saya, saya hanya bersetuju dengan pandangan ulama, tidak bermakna saya ulama. Saya hanya memberikan pandangan saya dan tidak salah kerana ia masih dalam lingkungan perbicaraan ulama yang muktabar.
Jadi saya berpandangan, usah dihabiskan terus selepas Isya’ tetapi yang pentingnya disempurnakan. Empat rakaat dulu pun tidak mengapa. Panjangkan qiam, hayati rukuk sebagai tanda penghambaan, kemudian banyakkan doa semasa sujud, banyakkan tasbih dan tahmid, kemudian hayatilah tazkirah. Selepas itu, eratkan dan rapatkan ukhuwah. Mungkin, melihat tayangan bersama-sama, moreh, berbincang, membaca al-Quran, atau, pulang. Pulang bertujuan untuk tidur awal atau berusrah dengan keluarga, tidak pun, terus iktikaf di masjid jika 10 malam terakhir khususnya.
Bangun malam karang, sudahkan tujuh rakaat lagi. Senang dan mudah bukan? Ini hanya satu cadangan saya, tetapi tidak semestinya ia sesuai. Apapun, dinamakan solat qiam Ramadhan dengan nama terawih kerana ada rehat selepas empat rakaat, maka fahamilah. Nabi solat hanya 11 rakaat, mengapa, hayatilah. Selamat Hari Raya dari saya.
Tips Cegah Gangguan Pencernaan dengan Kebiasaan Berikut Ini
4 hari yang lalu
4 Cadangan/Pandangan:
salam..
bukankah air mani itu adalah satu sumber kejadian yang Allah tetapkan suci - nilai kasih sayangnya.
saya mahu komen panjang, tetapi agak leka mencari bahan. Saya tidak setuju dengan tajuk blog ini.
ikhlas,
mardihah
salam,ust...ana bukan ingin mengulas apa pun ttg ust..bukan juga untuk memandang tinggi atau enteng makhluk Allah ini namun ingin berbicara menajamkan hati dan akal
Sila baca kitab bertajuk الصيام oleh Dr Yusuf al-Qardhawi.... rasanya boleh membantu untuk memahami konsep rakaat dalam dalam sembahyang tarawikh, selain dari dari hadith marfu' hadith maukuf dan maktu' juga boleh dijadikan sandaran... jadi perbuatan dan kata-kata sahabat atau tabiin juga adalah dalil sebagai sumber rujukan. Jadi solat ratawikh bilangan rakaat lebih dari 11 rakaat adalah juga bersumberkan hadith.
salam
Sekadar respon kpd saudari mardihah.
dr pndgn mata hati mmgla suci.
tp dr pndgn mata hakiki,air mani hakikatnya adalah najis..xleh nak buat solat pn.
ble kte fkir asal kita yg hina
bru kte sedar asal usul kita
bru ad rs kerendahan hati..
dan xleh nak rs tinggi dri dok kat dnia ni
sume pinjaman sementara.
Catat Ulasan