Ibrahim ternyata banyak berdepan dengan ujian. Seolah-olah ujian itu sengaja dikotakkan Allah untuk baginda bagi meneguhkan keimanan baginda kepada Allah. Bermula dengan lambatnya mendapat anak, setalah mendapat anak terpaksa berpisah pula, seterusnya diperintahkan untuk menyembelih anak kandung sendiri.
Berat, memang sangat berat. Tulisan kali ini adalah untuk mencari, apakah hikmah di sebalik ujian yang dikenakan Allah dalam menebalkan sangka baik kita kepada Allah. Ya, kita mesti bersangka baik kepada Allah dan Allah mengikut sangkaan kita. Sekiranya kita bersangka buruk kepada Allah, maka buruklah natijahnya. Jika sebaliknya, alhamduliLlah, itu yang dikehendaki.
Pertama, perlu kita fahami segala musibah yang menimpa kita itu terangkum dalam tiga perkara. Satu, ia merupakan satu tarbiah untuk meneguhkan kesabaran dan keimanan kita kepada Allah. Biasanya para anbiya’ dan orang-orang yang soleh mendapat musibah kerana ia merupakan satu bentuk tarbiah secara praktikal yang sengaja di’pattern’kan oleh Allah dalam membentuk satu golongan yang benar-benar teruji keimanan mereka dan merekalah golongan yag boleh dipercayai untuk menanggung tanggungjawab yang berat dalam memurnikan kalimah Allah.
Dua, musibah sebagai bala dan peringatan agar manusia kembali kepada Allah dan bermuhasabah di manakah silap salah mereka. Musibah ini tidak mengira kompromi apabila ia menimpa tidak kira siapa. Biasanya bala menimpa apabila kejahatan mengalahkan kebaikan dan apabila kejahatan itu terlalu zahir dan tidak disekat dengan baik. Tiga, ujian sebagai satu kaffarah dosa terhadap kesalahan yang telah kita lakukan. Sepatutnya kita bersyukur kepada Allah apabila terkena musibah di dunia lagi, asalkan kita tidak ditimpa kemurkaan Allah di hari akhirat kelak.
Kedua, apabila kita mendapat ujian, maka hendaklah kita mempertimbangkannya dengan beberapa rasional sebagaimana disebut oleh para ulama’ dalam mendidik jiwa.
1- AlhamduliLlah, ujian yang menimpa kita tidak seberat dosa kita kepada Allah. Jika Allah menimpakan ujian berdasarkan tahap dosa kita, sudah tentu ujian itu sangat berat dan tidak tertanggung oleh kita. Dosa kita terlalu banyak, akuilah, jangan cuba menafikannya. Bayangkan jika Allah menimpakan ujian kita berdasarkan tahap dosa yang kita lakukan, bayangkan. Maka, bersyukurlah, ajar diri kita supaya sentiasa menyukuri apa yang datang dari Allah.
2- AlhamduliLlah, nasib baik setakat tu sahaja ujian yang menimpa kita. Kemungkinan sepatutnya ujian yang menimpa kita itu lebih buruk tetapi kita hanya mendapat ujian sekadar itu ahaja. Bersangka baiklah, jauhi sangka buruk. Jika anda mendapat kemalangan, kaki dan tangan anda patah. Maka syukurilah, kemungkinan sepatutnya ujian yang menimpa kita adalah lebih buruk dan lebih teruk.
3- AlhamduliLlah, kita hanya kehilangan material atau benda-benda yang bersifat keduniaan, bukan Iman kita yang hilang. Seorang soleh yang kehilangan barang bersyukur kepada Allah kerana beliau hanya kehilangan harta benda bukannya Iman. Maka sekiranya kita ada ditimpa sebarang musibah, bersyukurlah kepada Allah kerana yang hilang bukannya Iman.
4- AlhamduliLlah, ujian yang menimpa kita tidak seberat ujian yang menimpa orang lain. Bersyukurlah, nasib kita adalah lebih baik berbanding orang lain. Bersyukurlah.
5- AlhamduliLlah, kita anggap sahaja ujian itu datang dari Allah dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita seharusnya mengerti, Allah sekali-kali tidak akan menganiaya hamba-Nya, maka kita mengerti bahawa ujian ini datang dari Allah dan Allah lebih mengerti tentang kita berbanding diri kita sendiri. Percayalah, Allah lebih memahami kita.
Ketiga, apa yang diajarkan kepada kita ialah, jangan minta agar dikurangkan ujian kepada kita, sebaliknya hendaklah kita minta agar diperteguhkan keimanan dalam menghadapi ujian. ini kerana, tanpa ujian, keimanan kita tidak teruji dan tidak terbiasa dengan cabaran. Berikut adalah beberapa kelebihan ujian kepada kita:
• Ujian merupakan satu tarbiah kepada kita secara praktikal
• Ujian membuatkan kita kembali mengingati Allah. Kadang-kadang, sengaja Allah mengekalkan ujian kepada kita kerana Allah rimdu mendengar rintihan hamba-Nya
• Ujian membuatkan kita semakin kritis dan kreatif dalam menghadapi godaan syaitan dan desakan nafsu. Tanpa ujian, kita hanya mengalami kehidupan yang statik dan kehidupan yang statik tanpa cabaran tidak mencabar keimanan dan kesabaran
Keempat, kita tidak boleh meminta agar dikenakan ujian yang berat kepada kita, dengan harapan untuk mempertaguhkan keimanan. Kita boleh merujuk firman Allah dalam ayat terakhir dalam surah al-Baqarah. Dalam ayat tersebut, kita diajar berdoa agar tidak dikenakan ujian yang lebih berat melampaui tahap kemampuan kita dan agar dielakkan ujian seperti ujian kaum terdahulu.
Keuntungan Lampu Downlight, Hemat Listrik dan Bertahan Lama
5 hari yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
Saya rasa tersentuh juga membaca tentang ujian Allah ini. Terima kasih, akhi kerana mengingatkan kembali. Saya suka membaca blog enta setelah mengenali enta, dan mendengar suara enta..enta bukan seorang yang merasa gah dengan diri sendiri. Be yourself..
Tetapi kalau terlalu kerap ujian disorong kepada kita, terkadang rasa tidak mampu juga. Bagaimana nantinya ye? Terkikiskah iman jika dinding kesabaran bergoncang? Ataukah itu petanda kasih Tuhan?
salam
.........................
bile baca penulisan ini
fikiran ana mula menerawang pada ujian yg telah ana lalui sebelum ini
ada yg perit ada yg sederhana
ada yg ana pikul seorang diri
namun alhamdulillah
segalanya mampu ana tanggung..
benarlah Allah memberikan sesuatu ujian itu mengikut kesanggupan diri kita
namun selepas membacanya
ana diberi ujian lagi
pastinya ujian ini ana terima dengan berlapang dada
sepertimana yg input yg telah ana perolehi hasil pembacaan ana ni
syukran atas pengisisan ustaz..
.................................
ana yakin sangt ujian itu tanda kasihNya pada kita
bertuah diri kita sume pabila menerima ujian
bertuahlah kerana diri kita tidak dibiarkan lalai tanpa ujian yg pastinya merupakan tarbiyyah terus dariNya..
tidak sume insan dipilih menerima ujian
tidak sume yg sabar menghadapinya..
biarlah kita menjadi salah seorang hamba yang sabar menempuh segala ujian yg telah ditakdirkan untuk kita..
tanpa ujian hati kita
lemah dan mudah goncang..
tidak kental dan tidak tegar
........................
ujian ibarat satu pengalaman
yang menghadapinya akan menjadikan diri lebih matang
sehinggakan ujian yg besar dirasakan kecil
Jangan hijabkan diri kami dari pandangan Mu ya Allah..
ujian tanda kita sentiasa dipelihara oleh Allah agar tidak tersasar jauh dari landasan agamaNya lahiriyyah dan batinniah..
Alhamdulillah
Firman Allah" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji??"(surah al ankabut :2)
...........................
wallahualam
Catat Ulasan