Hadis riwayat Abu Kabsyah al-Anmariyyi RA agak menarik. Ia menjaslkan terdapat empat golongan manusia. Pertama, diberi keilmuan dan harta oleh Allah, lalu ia bertaqwa. Kedua, orang yang diberi ilmu tidak diberi harta naun ia bercita-cita untuk menjadi pemurah jika berharta. Ketiga, orang yang diberi harta tidak diberi ilmu, ia tidak bertqwa. Golongan terakhir adalah, yang tidak memiliki apa-apa.
Hadis Mu’az bin Jabal RA pula menceritakan amalan yang sedikit sudah memadai untuk orang yang ikhlas. Mafhum mukhalafahnya, tiada guna beramal banyak jika tidak disertai perasaan ikhlas. Ikhlas dimengertikan sebagai sesuatu yang mendorong ke arah kebaikan dan tekun beramal.
Abu Darda’ RA menceritakan bahawa seluruh dunia dan isi kandungnya dilaknat Allah kecuali orang yang ikhlas. Ubadah bin Samit RA menjelaskan hadis yang lain, bahawa orang yang tidak ikhlas akan diasingkan pada hari akhirat kelak dan dilemparkan ke dalam api neraka.
Bacalah hadis, dan galilah hikmah yang terkandung di dalamnya. Hadis sebagai penjuk dan mengajak kita berfikir. Ada generasi sahabat mendengar hadis, namun mereka tidak memahaminya sebagaimana golongan terkemudian. Mungkin anda erkejutdan berasa hairan. Benarka sahabat nabi yang dianggap generasi terbaik tidak faham?
Benar jawapannya. Ramai juga sahabat nabi yang tidak standing keilmuan jika dibandingkan dengan Imam al-Syafei. Lebihnya mereka, walau sedikit ilmu, tetapi banyaknya amal, maka banyaklah hikmah. Kurangnya kita, banyak ilmu tetapi sangat hampas amalan, lalu hikmah dan kebijaksanaan semakin merosot. Ia menuntut kekuatan akal dalam memahami sesuatu hadis.
Nabi tidak suka mengongkong sahabatnya daripada berfikir. Umar pernah menyatakan rasa bimbang terhadap orang yang kuat beribadah tetapi tidak strategis. Orang yang bersemangat tetapi tidak strategis juga menyusahkan, meskipun mereka membuat kerja.
Saya bertanyakan anda, apa maksud khusyu’ sebenarnya? Apakah khusyu’ bermaksud, anda langsng tidak menyedari apa yan berlaku di sekeliling anda? Jika anda berangapan demikian, anda silap. Jika anda berangapan demikian, maka nabi juga tidak khusyu’.
Nabi pernah member peluang kepada cucunya untk berada di belakang baginda ketika sujud. Jadi, nabi menyedari, cuma nabi tidak mempeduli. Itu bezanya. Bagaimana dnegan hadis nabi yang meminta kita membunuh ular yanglalu di hadapan kita? Bermakna, kita menyedari. Begitu juga tuntutn hadis supaya kita menghalang orang yang ingin melintas kita, atau kambing yang cuba lalu di hadapan kita. Kita juga boleh menjawab salam nabi sekiranya baginda memberikan salam.
Maka makna khusyu’ bukanlah tidak menyedari tetapi memperhalusi dan menekuni makna bacaan ayat. Itu khusyu’ dalam erti kata mudah. Malah, bagaimana pula dengan solat khauf?
Saya sebenarnya nak menyentuh satu isu, iaitu berfikir dan menganalisis. Hadis, nabi sendiri menggesa kita agar memahaminya. Boleh jadi yang mengambil riwayat daripada sahabat nabi lebih baik kefahamannya. Begitu juga syarahan hadis, perlu kepada penterjemahan baru dan bersifat terkini. Syarahan Ibn Hajar dalam Fathul Bari sudah cukup baik, tetapi kita mahukan yang terkini yang lebih sesuai dengan masa dan tuntutan masa sekarang yang kian gawat dan menggawat.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
0 Cadangan/Pandangan:
Catat Ulasan