Rabu, 21 Januari 2009

SIAPA GHURABA'


Ada hadis berbunyi, “Islam datang dalam keadaan asing, akan kembali asing, maka berbahagialah orang asing”. Hadis tersebut sedap bunyinya dan didendangkan oleh kebanyakan penceramah untuk membangkitkan semangat ahli gerakan.

Persoalan yang timbul sekarang ialah, apakah hadis tersebut masih lagi relevan untuk pendokong gerakan Islam. Aku kebingungan. Hari itu, ada seornag ustaz berceramah semangat sekali. Lalu ia menyanyikan lagu Ghuraba’. Beliau menegaskan bahaw sebagai Ghuraba’, kita jangan gentar dan takut. Aku terhimpit dan tersepit. Siapa ghuraba’ yang sebenarnya.

Aku bertanya kepada beberapa orang. Kata mereka, kita adalah ghuraba’. Orang yang mendokong Islam itu adalah ghuraba’. Apa maksud ghuraba’ sebenarnya. Apabila aku bertanya, mereka tidak mampu memberikan jawapan yang cukup memuaskan hati aku.

Aku bertanya lagi orang yang pakar dalam bidang hadis. Apakah hadis relevan dengan semua keadaan atau tidak. Mereka menyebut, hadis ini sesuai dengan semua tempat. Maka, hadis ghuraba’ itu juga sebegitu. Maka kesimpulannya adalah pendokong Islam adalah ghuraba’.

Serasa aku, ghuraba’ ini adalah orang yang asing. Lalu aku bertanya lagi kepada kawan-kawanku, apa maksud keasingan tersebut. Mereka sendiri tersipu-sipu menjawabnya. Mereka mungkin segankan aku. Aku Tanya lagi. Aku desak mereka.

Kata mereka, pakaian kita sendiri adalah ghuraba’. Zaman sekarang orang malu pakai kopiah. Orang malu pakai jubah. Malu membawa tasbih. Maka bukankah itu asing dan keasingan. Keasingan ialah kesendirian. Kita keseorangan. Keseorang dalam mengamalkan sunnah.

Tapi aku belum berpuas hati. Apakah hanya berbeza pakaian, maka itu dipanggil keasingan? Keasingan bagaimana jika begitu? Sangat sempit makna dan definisi yang dimaksudkan kawanku itu. Apakah apabila nabi berjubah maka kita pun mesti berjubah? Bukankah itu satu kesempitan dan perkara yang terpencil.

Aku tengok-tengok, jenguk-jenguk. Sekarang orang sudah mula mengubah selera. Pilihan Raya Kuala Terengganu menyaksikan perubahan selera itu. Orang yang dahulunya mendokong UMNO sekarang sudah mula menolak UMNO. Di amna-mana, orang sudah malu memakai baju UMNO seperti dahulu. Dahulu Najib popular, tapi sekarang nampaknya Najib pun malu-malu dengan UMNO.

Maka siapa ghuraba’? UMNO atau Pakatan Rakyat? Serasa saya, UMNO yang asing dan terasing. Maka, jika begitu, UMNO atau PR ghuraba’?

Dalam Pilihan Raya Kampus, saya sendiri menyaksikan dengan mata kepala saya, pihak Aspirasi atau nama baru mereka Penggerak juga nampaknya keterasingan. Mereka sangat terasing. Bilangan mereka sangat sedikit. Pro M yang memakai baju oren sangat ramai sedangkan yang memakai baju Penggerak sikitlah amat.

Maka siapa ghuraba’? Pro M atau Penggerak. Saya rasa penggerak yang ghuraba’ dalam hal ini. Maka saya tertanya-tanya, apakah hadis itu masih relevan untuk dikumandangkan dan ditujukan kepada kita di Malaysia?

Saya rasa tidak. Saya dapat rasakan, ghuraba’ bukan lagi pendokong Islam sebaliknya yang menentang gerakan Islam. Maka timbul satu lagi persoalan…

Apakah masih berbahagia golongan ghuraba’ pada masa sekarang?

5 Cadangan/Pandangan:

Hasmora on 21 Januari 2009 pada 8:22 PG berkata...

Menjadi asing atau terasing
adalah pilihan diri masing-masing
sendiri yang memilih asing
atau dipengaruhi ideologi asing

merasa diri terasing
pabila mengasingkan diri
dari manusia banyak
jadilah diri itu ghuraba'

babi yang mengasingkan dirinya
jadilah ia babi tunggal
manusia yang mengasingkan dirinya
jadilah ia manusia tunggul
manusia yang mengangkat dirinya
kerana nak jadi terunggul?

Islam kembali menjadi asing
kerana muslim sendiri mengasingkan
dunia dan akhirat
moral dan akhlak
ilmu dan adab
ah alangkah!
gembiranya seperti budak
masuk jerat si yahudi laknat!

Taman Bukit Angkasa.

-sahabat, teharunya kawe baca entry nih.. subhanallah...

Tanpa Nama berkata...

Slm..ghurba' brmksud pelik..org2 yg pelik..mksud org pelik mgkn lbh kurg bgni klau slh mhn perbtulkn 'manusia yg tidak brsifat@ brkelakuan mgkut adatnya' klau lebih sempoi 'buang tebiat'@ yg tak pernah dibuat org...manusia2 yg ghurba' ini mrk yg pelik di dlm msyrkat...sy pernh Mndgr guru sy brkata yg pelik itu bukn pd sifat mrk tapi hati mrk...mrk adalah org2 yg disaat manusia kini sdg sgt cintakn dunia di hati mrk,ttp mrk(org2 ghrib) membuang dunia dr ht mrk,bukankah itu stu kepelikan?disaat manusia hr ni sudh sgt melupakn Tuhan dan takutkn mati..org2 ghrib ini pula sdg sgt mabukkn Tuhan dan sgt rindukn kematian..disaat msyrkt sdg brkejar2 mengumpul harta,wang dsb.mrk(org2 ghrib)ini menjual dunianya utk membeli akhiratnya yg kekal abdi..disaat msyrkt hidup scra nafsi2 bk kta stgh org'engkau2 aku2' ttp hbgn sesama antra mrk spt adk berdik satu ibu dn ayh..dn dgn msyrkat mrk sgt perihatin dn sggp mgorbnkn apa yg ada pd diri mrk..disaat manusia yg hrtanya hy utk istri ank2 keluarga perhiasan..mrk ini hrta mrk digadaikn smt2 utk melihat islam bgkit mencbr sistem2 yahudi yg ada..(.mhn pnduan dr sesama jika ada yg trsalh.)mzb

Tanpa Nama berkata...

Tambhn> bukankah islam pd zaman nabi dahulu dtgnya dlm keadaan asing,krn pd wkt itu kejahilan brmaharajalela dan Rasul dtg dlm keadaan yg sgt asing menyeru mrk beriman...dan kembali asing krn ummat muhammad kini keseluruhanya sudah mnggalkn ajaran Alquran dan Assunnah..maka berbhgiala org2 yg asing yakni umat2 muhammad yg msh lg brpegang tguh pd alquran dan assunnah di saat org sudh melupakn dn menggalknya ..insy kalu sy jumpa teks kuliah guru sy ttg hdis ini sy akn kgsikan..Maaf x berapa lgkap..mzb

Tanpa Nama berkata...

Kalau tersalah definisi ghurba' yg sy katakn td mgkut kamus dwan dan bhsa..maaf ye

laily on 25 Januari 2009 pada 9:56 PG berkata...

bg sy org yg nak bwk islam tu yg ghuraba'..x sumer org yg dlm proM tu nak bwk islam..n xsumer org yg dlm pas tu nak bwk islam gak...even angin perubahan org ke arah PR ataupun proM..tp kalo bab2 nak ajak kembali ke sunnh nabi sepenuh nyer..mcm masih ghuraba' je lg...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE