“Sebenarnya, saya sayangkan awak. Saya tidak rela lepaskan awak kepada orang lain. Beberapa lama kita tidak bertemu, hati saya resah-resah dibuatnya. Betul sayang, kasih saya padamu telag memenuhi segenap ruang hati ini. Sehinggakan darah tiada ruang untuk mengalir, dan oksigen teraba-raba mencari punca jalan. Karbon dioksida sekalipun tersemput-semput mahu keluar memberikan nafas kepada tumbuhan. Oh sayang, dengarlah luahan hatiku ini,”.
Aduh, takkan macam ni saya nak bermadah dengan asik saya Sumaiyah. Lagipun dia dah umur lapan tahun. Malula saya dibuatnya. Masa umur-umur setahun dua dulu bolehla. Bukan dia faham apa yang saya mengarut.
Hurm, tamrin tamrin tamrin. Ada tamrin keras, ada lembut, ada sederhana, ada longlai, ada serabut, ada menyerabutkan, ada menyemak, ada menyusahkan, ada menyeksakan, ada macam-macam. Ada tamrin, marah-marah. Ada tamrin, jerkah-jerkah. Ada tamrin, lembut-lembut. Macam-macam spesis tamrin yang ada.
Apapun, kepelbagaian tamrin melambangkan beberapa perkara:
1- Kepelbagaian cara berfikir
2- Kesilapan daya memahami
3- Terlebih mengikut perasaan
4- Sesuai tetapi tidak dapat diterima
5- Sesuai dan dapat diterima
6- Keghairahan yang tidak terkawal
Manakala orang yang mengadakan tamrin pula mewakili beberapa jenis golongan seperti berikut:
1- Yang suka marah-marah
2- Yang suka main-main
3- Yang suka rendah-rendahkan
4- Yang ikhlas tetapi tidak cekap
5- Yang bijak tetapi tidak ikhlas
6- Yang berjaya dan memahami
7- Yang terikut-ikut budaya
8- Yang emosional
9- Yang profesional
Kita sentuh satu bab sahaja dalam penulisan kali ini. APA KESILAPAN AJK PELAKSANA?
Saya sudah penat menaip di kepetangan ini. Izinkan saya menulis dalam bentuk point sahaja.
1- AJK yang suka marah-marah orang tanpa bersebab atau dengan sebab yang kecil. Mereka suka jika ada orang takutkan mereka. Bagi mereka, ketakutan orang terhadap mereka melambangkan kehebatan mereka. Kemuncaknya ialah peserta menangis kerana takutkan mereka.
Apa kesannya? Kesannya akan lahirlah ahli gerakan yang penakut sebenarnya. Mereka menepati masa dalam tamrin pun disebabkan takut dimarahi. Bukan kerana marah itu tidak boleh, tetapi marah pada perkara kecil dan remeh serta tidak bertempat dan tidak bersebab itulah yang paling patut dijauhi.
Maka ramai ahli gerakan, dalam tamrin merekalah yang paling menepati masa tetapi di luar, mereka sentiasa lambat datang mesyuarat tanpa alasan.
2- AJK yang tidak melihat kepada peserta dan marhalah juga menimbulkan masalah. Sudahlah peserta baru di peringkat awalan, tetapi mereka terus dibebankan dengan satu tamrin yang berat dan menakutkan. Slot disiplinnya garang tidak bertempat. Ini adalah satu kesilapan. Kekerasan dalam tamrin adalah bukan di fasa awalan. Modul makanan yang pelik juga bukan di fasa awalan.
3- AJK yang tidak melihat kepada kondisi peserta. Ada peserta yang tua, tetapi dijerkah juga meskipun AJK lebih muda. Apabila yang tua memprotes, mereka mula menohmah yang tua itu sebagai ego dan sombong. Persoalannya, siapa sombong dan siapa yang ego? Sepatutnya, yang tua dilayan dengan cara yang lain. Malah yang berilmu juga begitu. Maka disebabkan itulah dalam melaksanakan tamrin, mesti pelaksananya lebih dalam banyak hal termasuklah keilmuan dan umur. Saya maksudkan, di fasa awalan. Perlu anda fahami.
4- AJK tidak dapat menerima protes dan teguran peserta. Ia sungguh aneh dan memelikkan. Sepatutnya tamrin mendidik orang yang berani mengkritik dan memprotes, sebab kita mahu melahirkan orang yang berani menentang dasar-dasar kerajaan yang korup. Kenapa AJK tidak mahu mengaku silap dan salah. Antara ciri keberanian adalah kita berani mengaku silap kita. Barulah peserta akan respect dan menghormati kita. Saya paling suka ada peserta yang berani memprotes dan AJK menerima dengan baik dan berlapang dada.
5- Benar, AJK tidak boleh berlakon. Jangan buat-buat marah. Kalau nak marah, biarlah kerana Allah dan kena dengan masa dan tempatnya. Orang tidak suka jika kita hipokrit. Kita sebagai AJK, bukan main lagi suruh peserta menepati masa sedangkan kita sendiri sering datang lambat ke mesyuarat. Kita minta peserta jaga tahajud tapi kita sendiri pun selalu lewat Subuh. Kita minta peserta bersusah payah tetapi kita sendiri pun tidak rela bersusah payah untuk perjuangan. Orang akan menyampah dengan kita.
Bersambung…
8 Cadangan/Pandangan:
Erm...antara tamrin yg pernah ku lalui...AJK hipokrit...peserta pun hipokrit...ikut arahan kerana takut dimarahi,bukan krn kesedaran sndri..habis tamrin,diri xbaik2 jg..
P/s:kpd yg b'kenaan,sila koreksi diri&renung2kanlah...
Green Hyppo:Hasil sentuhan org yg hipokrit
Salam
"bermulanya satu kesempurnaan apabila merasakan diri serba kekurangan"
-Perlu saling lengkap melengkapi..yang kurang sama2 kita tambah....
-muhasabah diri sentiasa....
terus trg saya katakan bhwa saya pelik dgn pmpnan gamis dan pmpnan jmaah kmpus.anda yg mulakan tamri2n keras tanpa sebab munasabah,skrg anda yg psoalkan sistem yg anda sendiri menjadi penerusnya.Soal diri anda sendiri, bnerakah begini sistem tarbiah nabi kepada para sahabat dengan marah tidak brtmpt,pgisian yg padat,bila psrta tk fhm kna marah,dn mrk trima pgsian dgn pksaan bukan krna ksdrn kfhmn.kalau pgnjur kata pas pilihan,maka yg tu lah yg psrta kna angguk tnpa bicara.kalau lawan,malam kena denda.tarbiah dari jmaah mana hangpa ambil ni???fikirkn.jgn hnya komplen ssuatu yg kita sndiri prnh buat dn truskan.jgn bteori slps kita jd plksana kekarutan tsbut!
jgn retorik semata2....
aku bengang.pimpinan kampusku kempis dan kempus. buat tamrin ikut suke ati mak hapak die pnye tamrin.sekadar memenuhkan takwim tahunan. pastu tamrin satu marhalah tu kadang2 ulang 2/3/4 mahupun lima kali bgantung kepada kedatangan peserta.memang bercelaru.sbb pimpinan kampusku kempis dan kempus.tak ditarbiyah cara yang betul. naik jadik pimpinan atas proses pemilihan bulu dan uban. kroni dan kronak. pro aku dan musuk kau. kampus lembah klang.bukan pasal tamrin keras atau lembut mahupun pondan.tapi aku bukan gay. tamrin kampus ku melahirkan pimpinan dan ahli yg singkat minda dan suka menyalahkan org lain. melahirkan generasi angkuh dan perasan. itulah sebabnya pimpinan kampusku kempis dan kempus
kene reconstruct smule gamoknye sahabatku...tak gitu you gay em...
em terus terang ana sampai sekarang ,memg tak bersetuju dengan tamrin yg pada fasa awalan jerkah tak tentu fasal..garang tak bertempat..buat peserta kebingungan dengan kehendak mereka yg susah nak difahami
nak itu ini dalam marah2
bagi ana kejam, jatuhkan aib org pun teruk sangat2..sampai trauma kite dibuatnya
apa lah wat cam tu
cam org yg tak beradab... tak de nilai...
maslahnya apebfaedah wat gi2
nak uji ketahanan?
ada je cara lain
yg lebih baik
tak payah sergah2...
mungkin pada sesetengah org tamrin jenis ni fasa awalan berkesan kt diri dorang tapi
bagi ana
tak delah berkesan sangat pun..
yg boleh buat kita berubah..serta merta..
sebabnya ana tak suka dengan cara tamrin yg tak beradab dan tak beretika tu..
tak tekan kan lansung aspek psykologi
kalau nak tackle peserta tamrin..kenal pasti sifatnya mesti
kna apply psikologi dan methodnya pun kna selari dn bersesuain dengan tahap penerimaan peserta
ni tak main srgah, serbu,last2 jadi tradisi...
huh, kadang2 ajk pelaksana sedar cara takmunasabah tapi tak berubah
pening2..
ya manhaj tarbiyyah kampus berlainan
mungkin pihak berpengalaman kena kaji tamrin fasa awalan tiap kampus
baik2
ana bingung sebenarnya pasal jenis tamrin2 ni
ana juga pnah mrasa keadaan sdemikian...bru je smpai tpt tmrin,trus kna marah2 xtntu psl...
mksud sy,fasa awalan seolah2 sdah brada di fasa kmuncak...
pkra ni sbnarnya bleh myebabkn pserta hilang mood n lksanakn tgas pun sbb tkot kna mrah,bkan lg ikhlas krn Allah...
btul ape yg tanpa nama ktakan...
aspek psikologi lgsung tdak dtekankn ktika tmrin....
hmpr stiap mse mrah dan jerkah...
fikir2kn...
Catat Ulasan