Rabu, 4 Februari 2009

SAYA MAHU WANITA SOLEHAH


“Saya mahukan wanita solehah, bu. Saya harap bu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi hidup saya, menghirup kesusahan dan kesenangan bersama saya,” bilang saya pada ibu saya satu ketika.

Masing-masing mempunyai definisi tersendiri tentang wanita solehah, saya juga tidak terlepas. Seperti itu jugalah setiap orang mempunyai definisi citarasa tersendiri tentang kecantikan. Yang pasti, lelaki mahukan wanita yang solehah yang mampu menempuh kehidupan bersama dan begitulah sebaliknya.

Solehah itu bukan pada nama atau rupa, tetapi hati dan budi. Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya ?

Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, bukannya lembu. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.




“Saya mahukan wanita solehah, bu. Saya harap bu dapat carikan saya seorang wanita solehah yang akan mendampingi hidup saya, menghirup kesusahan dan kesenangan bersama saya,” bilang saya pada ibu saya satu ketika.

Masing-masing mempunyai definisi tersendiri tentang wanita solehah, saya juga tidak terlepas. Seperti itu jugalah setiap orang mempunyai definisi citarasa tersendiri tentang kecantikan. Yang pasti, lelaki mahukan wanita yang solehah yang mampu menempuh kehidupan bersama dan begitulah sebaliknya.

Solehah itu bukan pada nama atau rupa, tetapi hati dan budi. Solehah itu bukannya nampak pada mata tetapi nur dan sinarnya tersimbah di wajah. Yang solehah, pasti akan ternampak pada wajahnya lambang kesolehan. Tidakkah benar pernyataan saya ?

Tidak usahlah kita susah-susah dan payah-payah mencari definisi huruf demi huruf untuk menarik perhatian. S untuk Solehah. O untuk Obama. L untuk Lembut, bukannya lembu. H untuk Hembusan Kewangian. A untuk Agama dan H untuk Hantu. Usah didefinisikan sebegitu. Ia bukanlah satu perkara yang menarik pun.

Yang jelasnya, solehah ialah satu simbolik kepada seorang wanita yang mencurahkan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati. Perasaan keimanan itu menyeluruhi seluruh ruang hidupnya sehingga meletakkan ia dalam ruang ketaqwaan dan peribadatan yang hakiki.

Tanda solehah itu ada beberapa antaranya:

1) Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah, mereka selera beribadat dan mereka tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah meskipun menyempitkan ruang untuk bersama.
2) Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, mendokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkar-perkara penting dalam kehidupan suaminya seperti tarikh lahir.
3) Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resepi kejayaan rumah tangga.
4) Meletakkan nawatu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, “Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami”.

“Macam mana kamu nak orang solehah sedangkan kamu kerja pun tak ada. Ada ke orang nak kat kamu yang kerja takde ni?” tanya ibu, sinis sekali. Saya terpukul dan membantutkan hujjah saya buat seketika. Namun hanya seketika. Saya menerawang berfikir.

Ibu seorang kaki tangan kerajaan. Mungkin sejak saya dalam kandungan lagi ibu berpesan sambil mengusap perut, “Ngah, bila besar nanti, kena kerja kerajaan”. Aduh, berat sekali utnuk berdepan dengan kehendak ibu yang mendesak sebegitu. “Nanti tok Qadhi tanya kerja apa, ha nak kawen macam mana?” Begitulah bilang ibu.

Saya mencari-cari. Mengintai-intai mana-mana muslimat yang kuat. Ada yang mahukan suami yang pandai buat roti canai. Ada yang mahu suami yang kerja tetap. Ada yang mahu menurut kehendak ibu bapa sahaja. Ada yang mahu senegeri. Ada yang mahu sebaya, tidak kurang juga yang mahukan yang lebih tua. Ada yang mahu suami yang prihatin dan mengambil berat. ada yang mahukan keromantikan.

“Ada tak yang mahu orang yang tidak bekerja dengan kerajaan macam ana?” tanya saya kepada seorang sahabat akhawat satu ketika. “Jadi, ustaz kerja apa? Takkan nak bagi dia makan pasir?” Tanya balik akhawat tersebut. Ish, banyak songeh betul. Orang tanya, bukan nak jawab. Dipukulnya pula saya dengan persoalan itu. Aduh, peritnya.

“Ustazah, ana meniaga,” balas ana balik. “Ustaz meniaga apa? Miskin je nampak,” Ish, budak ni. Memang nak kena. Aku luku sekali baru tahu. « Awat ustazah banyak sangat tanya ni ? Ke ustazah yang nak kat ana ?” Saya bagi buah kilas sekali. Terus dia terdiam dan, dot, dot, doooot. Fuh, malu la tu. Gerutu hati saya.

Saya berniaga dengan Allah. Biarlah Allah yang membalas segala usaha saya. Saya tidak gemar bekerja dengan manusia yang banyak protokolnya. Saya bukan semacam ibu. Malah saya berbeza dengan kakak Sarah yang rajin bekerja. Adik-adik saya sinis berkata, “Ada orang tu, dapat kerja tapi tolak, kuikui,”.

Apapun, saya masih mengembara mencari wanita solehah. Yang sanggup menghirup kesusahan bersama saya, terbang mencari ampunan Illahi melalui gerak kerja Islam. Ahhh, saya mahukan wanita solehah, tolonglah.

Kenapa saya mahukan wanita solehah ? Kerana saya mahukan hidup saya bahagia. Saya tidak pentingkan yang romantik kerana cukuplah saya yang romantik. Saya tidak mahukan yang kaya-raya kerana saya sudah terbiasa dengan kesusahan. Saya hanya mahukan Solehah. Ops.. maaf tersilap. Bukan saya mahukan Solehah tetapi mahukan yang solehah.

“Ustaz Mi, bagaimana caranya mahu mendapatkan wanita solehah. Saya ingin menjadikannya teman berbicara tentang ilmu, teman seperibadatan, teman yang berkongsi perasaan dan permasalahan. Bagaimana caranya Ustaz Mi?” tanya saya kepada sahabat saya Azmi satu ketika. Walhal, Azmi sendiri teraba-raba mencari wanita solehah.

“Enta ni Dzul. Nta nak orang solehah, tapi enta pula entah apa-apa. Macam mana enta nak orang solehah kalau macam ni?”

Aduh, saya terpukul sehingga kelebam-lebaman dibuatnya.






















12 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..

aik..ingatkan ustaz dah kahwin?? bukan ke?

kalau belum kahwin...ana doakan, ustaz dapat wanita yang solehah ;)

Tanpa Nama berkata...

Insy..Tuhan itu Maha Mendengar...

Aku Bukan Umar Al-Khatab on 4 Februari 2009 pada 2:15 PG berkata...

Ana juga inginkan wanita solehah ustadz... :-)

Tanpa Nama berkata...

Salam...
Ust, ana sedikit pandangan sbg sahabt seperjuangn... InsyaAllah.
Ana sudah berkawin, dan alhamdulillah mendapat suami yang terbaik utk diri ana. Utk pengetahuan ust., suami ana masih blaja. Tiada pekerjaan. Namun orgnya sangat rajin berusaha. Ana bahagia sgt. Ana cukup dgn segala kecukupan yang diberikan kerana ana yakin Allah mengabulkan doa ana :
"Ya Allah, kurniakan aku kecukupan sehingga tidak meminta kepada org lain selain dari Engkau."
Kami hidup tidak bergantung kepada org tua. Kami berusaha bersama2 utk sama2 mencari rezeki, apa adanya. Alhamdulillah, Allah snts memberikan rezeki yg tdk disangka2 sehingga kami mampu membantu ibu bapa dan ahli keluarga kami.
Ust, jodoh itu akan sampai pada masa dan dengan orang yang paling sesuai dengan kita. Yakinlah...
Ust. mungkin kena byk lg berdoa, berusaha dan bertawakal. Ana mula solat istikharah sejak sem 2. setiap hari... Alhamdulillah Allah temukan jodoh sebelum tamat pengajian. Suami kumpul duit selama 3 bln utk kawin. Tanpa bantuan ibu bapa. Ana sentiasa yakin dgn ayat2 Allah...
Dan sekarang suami ana belum tamat mengaji. Tapi masih boleh memberikan nafkah kepada isterinya... Ana yakin ust pun boleh lakukan. cuma satu, jangan terlalu memilih. meletakkan kriteria yg terlalu tinggi. Yakin bhw Allah menyediakan yg terbaik buat kita.
Bak kisah fatimah dan saidina Ali.. Memang telah dijanjikan syurga buat keduanya. Tapi jangan dilupa juga kisah Asiah dan firaun. wp firaun tdk layak mendapat isteri sehebat Asiah, namun perkahwinan itu telah meningkatkan martabat Asiah sbg wanita terpuji. Perkahwinan adalah utk tujuan ibadat, bukan utk tujuan mencari yang solehah pd pandangan mata kita. Satu artikel yang ana pernah baca, perkahwinan kerana sifat seseorang akan membawa kpd kekecewaan sekiranya slps berkahwin, kita mendapati dia tdk sehebat spt yg kita bayangkan. Cukuplah berusaha menjadi yang soleh, mencari yang solehah itu, serahkan kepada Allah..
Seperti juga dalam kisah ketika cinta bertasbih 2. Azzam menyerahkan jodohnya kepada Allah. Dia berikhtiar mencari wanita yang baik2. walaupun tidak sempurna. Namun akhirnya mendapat yang terbaik di kalangan yang terbaik, utk dirinya...
Sekadar perkongsian dari ana. moga2 dapat meningkatkan keyakinan ust. Ust. salah satu aset yg penting. Selamat berjuang. Moga kita semua diberi kekuatan utk terus istiqamah. Amiin...

* Maaf utk salah silap.

Unknown on 4 Februari 2009 pada 8:19 PG berkata...

Salam..
InsyaALLAH akan ada muslimat yg begitu.Siapa?Bagaimana?Bila?Semuanya urusan ALLAH.Urusan kita adalah banyakkan berdoa&berusaha.Siapa kata ustaz tidak kerja dgn kerajaan..ustaz kerja dgn kerajaan ALLAH.Lebih kaya dan terjamin.InsyaALLAH.Mudah-mudahan ALLAH permudahkan urusan ustaz.InsyaALLAH
Hidup ini indah jika semuanya kerana ALLAH.....

P/s:Setiap ibubapa mahukan yg terbaik utk anak2nya.Terpulang kpd kita bagaimana kita nak merealisasikan impian mereka.

Bisa Biasa-Biasa on 4 Februari 2009 pada 8:19 PG berkata...

wahai sahabatku..carilah seorang wanita solehah di tepi jalan..pasti tidak bertemu, carilah wanita solehah di dalam longkang pasti katak kau jumpa, carilah muslimah solehah di dalam tasik, nescaya ikan yang bakal kau pancing, carilah muslimah solehah di dalam tong sampah jumpalah dikau makanan2 basi, carilah muslimah solehah di kedai pak amjal, mapley, di gedung2 membeli belah, nescaya kau akan jumpa mamak maple dan akak2 jual nasi lemak dan amoi2 menjual minyak wangi..

DiManakah kita mahu berjumpa wanita solehah??

nur on 4 Februari 2009 pada 10:48 PG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ros_asrar on 4 Februari 2009 pada 5:31 PTG berkata...

salam,ust..wanita solehah mungkin ada dihdpn mata...pada ana tidak penting utk memikirkan soal kerja@tak..sedangkan ana sendiri tidak pernah berfikir utk mencari mereka yang bekerja sebagai pasangan..yang ana cari adalah insan yang sanggup bersama ana dalam perjuangan n menjadikan ana sebagai sayap kirinya..pernah ada hamba Allah katakan pada ana,mengapa enti boleh menjadikan agama sebagai yg PERTAMA..bukan pendapatan sebagaimana insan len...ana jwb mudah aje...REZEKI datang dari Allah..so,ust..dia mgkn ada disisi ust..jgn berhenti mencarinya..gerakan kita masih ramai muslimat solehah yang ingin diisi kekosongan hatinya dengan bait2 perjuangan Islam..jdilah penyelamat mereka yang sudah lama kekosongan hati untuk dikongsi...ana pun mcm ust,mencari muslimin yg boleh menerima ana n tak menjadikan pendapatan sebagai tonggak utama..soal harta n rezeki ditentukan Allah...bkn nk promote diri..tapi menginsafi diri yang serba lemah...wallahua'lam

Tanpa Nama berkata...

ini proposal untuk dpt calon isteri ke ape???hehe...

Tanpa Nama berkata...

ana setuju dengan ustaz
berniaga dengan Allah..
dan
kalau kita soleh pasti dapat yg solehah
semua org pun yakin akan itu..sebab Allah dah berfirman dalam surah An-Nur..kan??
Tak de keje bukan soal besar..
ana doakan ustaz berjaya dalam pencarian ustaz
Allah itu Maha Kaya....
tak der keje boleh dapat yg ada keje..
lagi satu soal tak de keje bukan soal besar kerana rezeki Allah di mana mana
ada keje pun tak berkat
asyik keje je amal islami tak buat
ape ke he?/
rezeki Allah luas..asal kita rajin berusaha..dan apalagi rajin dan tekun berjuang di JalanNya..
rezeki pasti akan tiba
dalam pelbagai bentuk yg pasti...
salah satunya mungkin boleh dapat pasnagn yg solehah..
Insyaalah
semoga berjaya..tapi tkyah la fiirkan sangat>>>

Tanpa Nama berkata...

salam ya akh..

sedikit pandangan pra-matang dr ana yg kerdil. suka ana kongsikn artikel b'tajuk MENCARI atau MENJADI di blog ana pada april 2008.

harapan ana, tdk bkerja bknlah bererti tdk mlalukn apa2 dlm usaha mnjana pendapatan. nabi SAW jg pernah mnghalang shbt yg ingin mndermakn semua hartanya (ana x ingt nama shbt t'sebut. mgkn ust lebih arif). sungguh kefakiran itu menghampiri kekufuran.

~serahkan cintamu padaNya, nescaya ditemukn pemilik terbaik~

do correct me if i'm wrong. wallahualam~

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum..wbrkt..

lain dari yg lain..
25 tahun muda lg tu..
bina lh tembok pemisah kpd keinginan ini...bukan nk tolak sunnah..
ust. adalah permata, kena lambat2..
bg dulu sahabat2 kita yg lain..
ana bimbang akan mengeffectkan perjuangan ust..
28-30 nanti baru ok..
cari yg luar negara..
ada yg mcm solehah, tp tengok loker dia, sumbat jga..
ada yg muka dia mcm air jernih, tngok korea jga..
jarum peniti dijalan ni bnyk sgt..ana bimbang ust terkena nnti..

ana syorkan cari org indonesia.. cuba ust kaji.. bukan skg nnti lh..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE